
Meneruskan visi dalam bermuzik yang cukup current dan berevolusi, Kuizz yang berawal tampil dengan penampilan perdananya di EP “Till The End” pada tahun 2016 terus memikat pendengaran tampatan dengan beat semasa yang dipersembahkan dalam lagu-lagunya.
Benar-benar mula mencuri perhatian pendengar menerusi single “Silence” bersama Haneri yang diedarkan pada tahun 2017, Kuizz terus mencuri tumpuan dengan single “Vibe” yang beredar tahun lalu dengan jumlah strim di Spotify yang kini sudah menghampiri jumlah 5 Juta pendengaran.
Kelibat Kuizz mula mencuri perhatian saya ketika dia menjadi Top 2 Asia’s Dream Come True yang dianjurkan Spotify bersama Air Asia mengetepikan bakat lain dari Jakarta dan Singapura. Dan jika masih ingat pernah kami namakan Kuizz sebagai pemuzik baru yang harus diberi perhatian (Baca artikel lengkap di pautan di bawah) bersama Alif dan Ali Aiman.
Dan nyata dia benar-benar telah memberi satu warna pasaran muzik lokal di pasaran urban khususnya dalam agenda meninggikan lagi standard pasaran muzk tempatan.
Tahun ini Kuizz aktif dalam gerakan Pop yang diusakan bersama dua lagi rakannya Justin Seow dan Wee Zhen Yong yang membentuk hab Pop diberi nama MFMF. dan di tahun ini sahaja MFMF. sudah menghasilkan single-single yang cukup besar visinya. Bermula dengan Aku & Laguku (Hani & Zue), Flashes (Bil Musa), Growing Up Sucks (Chaleeda), If I (Daiyan Trisha), Passin Through (Daiyan Trisha) dan Summer Love (Alex Ungku).
Terkini melengkapkan lagi portfolio muziknya, Kuizz hadir lebih mempesona dengan single solo terbarunya berjudul “Why I Hate The Weekends” yang sekali lagi menyerlahkan sisi Pop semasa yang hadir dengan penghasilan melodi yang baik dan terkini.
Single ini seawal bait awal sudah memikat dengan lirik “Why is it the problem is my vibe?” Kuizz tampil cukup catchy di bahagian korus sing-a-long yang dihasilkan. Kiranya setelah “Vibe” saya percaya “Why I Hate The Weekends” mampu meneruskan kredibilitinya sebagai pemuzik pelapis tempatan yang boleh kita banggakan.
8.2/10
ARTIKEL BERKAITAN
Pop Masa Depan – Cerita Tiga Bakat Ali Aiman, Kuizz Shah & Alif