
Hebatnya penangan Masdo ini saya kira bukan calang-calang, mereka mencipta satu corak pemasaran muzik yang cukup tersendiri tanpa perlu bergantung kepada rilis digital untuk mewar-warkan siapa mereka sebagai pemuzik apa lagi air play di radio. Cukup sekadar promosi berterusan di media sosial dan gig tidak putus.
Masakan tidak, hanya setelah hampir 2 tahun “Selamat Tinggal Pujaan” diedarkan secara fizikal hanya pada 15 Julai lalu album ini diedarkan secara digital di Spotify. Lapan lagu diisi penuh pengaruh Pop Yeh-Yeh juga swingging 60’s yang tampil penuh attitude dan produksi muzik yang berkelas yang kesemuanya dicipta Ali Sariah dan diproduksi AG Coco.
Album ini dibuka cemerlang dengan “Ratu Hati” yang buat saya terkesima juga dengan hasilnya. String menerusi lagu ini lain macam buat saya menaikkan volume untuk mendengar detail rakaman lagu ini. Saya belum sempat pun menghabiskan lagu ini tapi saya rasa ya ini lagu terbaik album ini.
Clarity dan attitude vokal Ali terkawal baik, emosinya ada dan ceritanya sampai sekali tanpa ditenggelami energy muzik dalam lagu ini.
“Kecundang” memiliki pengaruh serupa “Bunga” yang merupakan single perdana yang memeprkenalkan nama Masdi di persada muzik temptan. Sebuah naskhah yang mudah untuk kita enjoy dengan catchy korus yang baik. Dan feel serupa diteruskan dengan lagu berikutnya seperti “Teruna Dara”, “Malam Pesta Rock & Roll” dan “Berduka Lara”.
Saya lebih enjoy dengan “Bercanda Di Malam Indah” dan tentunya “Bunga” yang menjadi penutup album ini.
Masdo saya kira punya satu kosmik berbeza dalam memberi satu warna yang berbeza pasaran muzik lokal. Apa yang mereka hidangkan mungkin tidaklah datang dengan sesuatu yang berevolusi atau terlalu original tetapi saya kira ia penting dalam memberi satu dinamik untuk pasara muzik tempatan.
Saya tidak pasti projek Masdo ini ke mana arahnya setelah debut ini tapi setidaknya untuk 3-4 Tahun mendatang mereka pasti akan tampil dengan idea yang lebih besar dan berwarna sebelum bernokhtah setidaknya.
Dan ya saya masih mengulang dengar “Ratu Hati” di saat review ini berakhir membawa imaginasi saya melayang untuk melihat Masdo meneruskan visi muzik mereka dengan corak Buddy Holly, Nat King Cole dan Jimmy Durante – more strings!
7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Ramuan Rock N Roll Kyoto Protocol Dalam “The Pen Is Mightier”