
Berlangsung hujung minggu lalu dengan cukup grandeur sebuah persembahan konsert violinist tempatan Dennis Lau bersama beberapa artis jemputan seperti Aisyah Aziz, Namawee dan beberapa lagi artis jemputan.
Konsert yang diberi nama The Chosen One ini merupakan kolaborasi istimewa Dennis Lau bersama Teach For Malaysia (TFM) yang melatih empat pelajar TFM dalam satu sesi mentoring khas untuk konsert ini bersama seorang lagi upcoming artiste bernama Farah Dolhadi.
“Enam bulan yang lalu memberi satu perjalanan penuh inspirasi buat saya bersama empat pelajar ini melihat mereka transform dan menjadi lebih baik setelah dilatih. Terlalu banyak potensi dalam diri pelajar-pelajar ini dan saya berbangga untuk terlibat dalam program “Give Back” ini.” Menurut Dennis.
Konsert yang berlangsung di Mega Star Arena at Viva ini menyaksikan kehadiran penonton yang dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu karya cipta Dennis seperti Mahkota (Nyanyian asal Syafinaz) sehinggalah kolaborasi terbarunya bersama Aisyah Aziz menerusi lagu Abadi Kita yang baru diedarkan minggu lalu.