
Hani & Zue dalam legasi Pop tempatan mungkin tidak sebesar nama lainnya yang pantas memanjat carta muzik semasa dengan rangkaian pop yang mudah memikat pendengaran. Dan jujurnya ketika mereka muncul dengan debut tahun 2015, bakat mereka tidaklah begitu menyerlah dan membanggakan.
Single seperti “Biar” dan “Jauh” sebetulnya biasa-biasa sahaja sekadar meneruskan ilham Pop remaja Najwa Latiff dan Tasha Manshahar. Namun as an artiste Hani & Zue perlahan evolve dalam terus menerbitkan lagu-lagu yang lebih baik.
Sekitar 2016 mereka tampil dalam hits “Mulut Tempayan” yang menjadi lagu pertama membuka mata saya pada duo ini. Kraf muzik mereka dalam Mulut Tempayan saya kira menyuntik sesuatu yang segar untuk pasaran muzik ketika itu dan sempat mendapat airplay biar tidak terlalu popular untuk melawan lambakan balada ketika itu.
Bersama Yuna Room Records langkah mereka semakin ke depan dengan beberapa single seperti Dan Kali Ini (AG Coco) dan Alone (Kuizz).
Single Alone yang beredar tahun lalu mengalihkan perhatian saya kembali pada duo ini. Garapan muzik Kuizz memberi suntikan segar dan cukup moden sekali. Alone diproduksi penuh citarasa dan bergerak atas landasan muzik semasa.
Dan semua hal moden dalam muzik ini tidak hanya pada lagu mereka tetapi bergerak seiring dengan pesona imej serta muzik video yang saya kira banyak dipengaruhi oleh Yuna sendiri.
Meneruskan kelangsungan tersebut Hani & Zue tampil dalam sebuah lagu single baru berjudul “Aku & Laguku” pertaruhan terbaik untuk mereka menawan pasaran mainstream dengan syarat sokongan menyeluruh yang pastinya.

Aku & Laguku sekali lagi diciptakan oleh duo ini tampil dalam ramuan mudah untuk popular. Melodius, lyrical dan datang dengan vokal yang semakin meyakinkan. Saya mengulang dengar lagu ini berkali-kali kerana komposisinya cukup kemas dengan produksi muzik MFMF yang begitu cemerlang.
Saya kira Hani & Zue sudah melakukan sesuatu yang sepatutnya untuk mereka diterima secara lebih meluas.
Lagu ini datang dengan formula yang baik untuk dikomersilkan dan popular di radio, I mean kalau radio tidak berkira untuk putarkan lagu bedurasi 2 Minit 29 Saat ini semua orang mampu menikmatinya dengan hati terbuka.
Sayang jika lagu dan bakat begini dipinggirkan saya tidak pasti apa lagi yang perlu dilakukan untuk meyakinkan pasaran tempatan. Back to 90’s ballad again or come out with stupid gimmick? Nope.
INFO!
Produser: MFMF
Komposer: Hani & Zue
Lirik: Hani & Zue
Pengarah MV: Yuna Zarai
D.O.P: Zul Luey
Arahan Seni: Studio Selepas Ribut