
Bakat seni yang ada pada bakat kelahiran kota Singa ini sudah mula dicungkil ketika dia kecil lagi. Nama Rauzan Rahman jika di Singapura hari ini sudah menjadi antara penerus gelombang irama Hip-Hop dengan beberapa lagu yang sudah diterbitkannya buat penyanyi lain.
Muncul dengan lagu karya ciptanya sendiri berjudul “Terakhir Untukmu”, Rauzan tampil yakin dengan genre Hip-Hop yang menjadi pertaruhan perdananya ini. Mengangkat kisah darjat dan cinta dalam susunan kata yang catchy dan kasual.
“Mencuba nasib di Kuala Lumpur adalah satu lumrah untuk anak-anak seni kelahiran Singapura. Apatah lagi, bila kami telah secara tidak langsung mempunyai kenalan dari komuniti sesebuah genre muzik.”
Saya berbesar hati dan terharu mendapat sokongan daripada ramai rakan-rakan yang juga rapper dan producer muzik Hiphop di Malaysia”
Tambahnya lagi dalam satu sesi tayangan muzik video “Terakhir Buatmu”, “Semoga ia dapat memberikan satu kelainan kepada arena muzik pop di Malaysia, dan saya sebagai pendatang baru diterima ramai”
Info!
- Rauzan Rahman bermula mengukir nama sebagai pelakon cilik dalam siri muzikal-komedi popular “Kids United” di saluran khusus kanak-kanak “Kids Central” di Singapura.
- Merupakan Ketua Muzik & Pembangunan Kreatif SukaSucre Creatives
- Pernah berkolaborasi dalam lagu “Chocolate Cake” nyanyian Dato’ Fazley Yaakob
- Terbabit dalam penerbitan lagu B-Heart, Mimifly, Imran Ajmain dan Dato’ Fazley Yaakob.
- Selain nyanyian Rauzan juga berbakat dalam bidang pengacaraan