
Pasaran muzik berjalan laju masih banyak nama yang harus diberi perhatian bagi perkembangan showbiz tempatan. It is really a time to stop talkin about that cheesy pelamin anganku musnah idea. Muzik Kita menyenaraikan beberapa rilis terbaik untuk anda dengar sepanjang bulan Januari – Februari 2019 yang sempat diedarkan serta beberapa lagu di penghujung tahun 2018 yang masih segar serta relevan untuk dinikmati semua. Enjoy!
Truth – Zamaera
Lagu ini diedarkan penghujung 2018 menutup tahun tersebut dan memulakan 2019 dengan sebuah persembahan penciptaan Hip-hop yang cukup melodius dan berjiwa. Saya semakin sukakan kraf muzik Zamera yang bergerak cukup tersendiri dengan estetika muzik yang cukup bervisi.
Pun Boleh – SonaOne & Alif
Duo ini tidak pernah lagi mengecewakan. Selepas “Obvious” mereka tampil penuh groovy dalam sebuah teks yang penuh sindiran. Sick beat, sing-a-long chorus yang pasti melekat di pendengaran biar pertama kali mendengarnya.
Bila Entah – Aisyah Aziz
Duo Hael & Ezra meneruskan magis dalam penghasilan lagu yang berkelas menerusi single terbaru Aisyah Aziz berjudul “Entah Bila” ini. Saya sangat sukakan attitude Aisyah dalam lagu ini dengan feel serta teks lirik yang cukup genius! Classy.
Ur Cute But Boring – Lunadira
Lunadira is all you need to listen now! Bakat muda ini dalam percubaan menjual muziknya dengan cara tersendiri begitu menjadi sekali. Formula the new R&B yang kebanyakan pasaran muzik global hari ini tawarkan berjaya dilaksanakan dengan justifikasi yang cukup baik. Juicy and tastefully produced.
No Space – Alextbh
Alextbh seorang lagi bakat muda lokal yang berjaya memikat pendengaran global. No Space meneruskan segala groove yang ada padanya tanpa kedengaran superficial atau pretentious. A very bright future ahead!
Pipiyama – Shiha Zikir
Saya tidak pasti bila kali terakhir saya enjoy dangdut. Bukan apa lagu-lagu seperti Lagi Syantik dan Goyang Dua Jari bagi saya terlalu &#$%^ sifatnya. But Shiha tampil dengan dangdut yang saya sifatkan sopan dan bersantun – baik struktur muziknya sehinggalah liriknya yang tidak terlalu #$%&* seperti Lagi Syantik dan Goyang Dua Jari.
Kata Hati – Heidi
Saya sukakan melodi lagu ini – melankolik dalam satu feel yang cukup dalam tanpa perlu menjerit dan meraung. Bakat Heidi is one to watch this year selain Jamilah. Semoga justice pemasaran diberikan sebaiknya dalam lagu ini dan Heidi perlukan sebuah lagi single tahun ini untuk mengukuhkan namanya.
Gadees – Zaim Ajmal
Tak banyak bbnu yang menarik perhatian saya tambahan pula yang sibuk nak buat balada bunuh diri. Tapi Zaim mengingatkan saya pada Aziz Harun. Mid-tempo Pop dalam lagu Gadees ini tampil elemen twist minimal dan catchy. Dan Zaim ada suara yang sedap.
Suara Hati – Idayu
Idayu tampil ilham moderate Pop dalam single terbarunya ini. Saya sukakan Idayu yang begini tidak terlalu mellow seperti dua single sebelumnya. Semoga rilis ini memberi justice buat kariernya kerana we need more of this kinda Pop dalam radio.
Simpan Sedikit Rindu – Asmidar & Joe Bazli
Lagu ni actually biasa-biasa saja, sekadar mencuba mengulang kejayaan Sampai Bila. But atleast saya seronok dengar Asmidar buat ballad semula selepas long time hits Biar Sampai Ke Bintang.
Semua Sudah – Elizabeth Tan
Single ini sebetulnya lebih baik daripada Police Entry nya sebelum ini. Cerita tentang relationship dalam lagu ini bagi saya brutally real! I mean bila sampai satu tahap dalam relationship kita akan tanya diri sendiri what more? or what’s next? Dan seperti biasa melodi Alif jarang sungguh mengecewakan.
Nota: Bolehlah delete lagu Di Matamu dan Bunga daripada playlist korang tu ya…