
2018 memberi satu kejutan manis buat bakat baru seberang ini ketika EP perdananya “Prolog” berjaya mencuri perhatian pendengar di sana dengan hits “Something About Us” yang turut berjaya menembusi pencalonan Album Terbaik AMI Awards 2018 serta Bakat Baru Terbaik.
Tampil dengan ilham Electro Pop dalam EP lima lagu tersebut, Rayssa Dynta memberi warna cukup segar dan berbeza pasaran muzik Indonesia yang sentiasa membawa visi yang penuh eksperimentasi muzik.
Beredar 1 Februari lalu, Rayssa tampil merilis dua single perdana daripada EP Prolog dengan lagu “Something About Us” dan “Hands” dalam versi akustik yang menampilkan sisi berbeza gadis ini.
Dua single ini mendapat sentuhan produksi Aryo Ardhianto yang memukau dengan susunan piano dalam lagu-lagu ini. Menurut Rayssa keinginannya untuk meriliskan versi ini sudah lama diimpikan kerana senang dengan susunan muzik sederhana yang memberi mood berbeza dalam penyampaiannya.