
Lagu: 2001x
Persembahan: Adrian Khalif
Komposer / Lirik: Iqbal Siregar / Adrian Khalif / Belanegara Abimanyu / Kaleb Jonathan
Sebagai salah seorang yang mendengar Adrian Khalif seawal “Made in Jakarta” sehingga boomingnya “Sialan” dan “Alamak” – saya senangmelihat akhirnya dia benar-benar diterima cukup meluas hari ini. R&B dengan pengaruh Urban Pop dan Hip-Hop yang dibawa pada wal bermuzik lewat EP “Embrace, Embrace” beralih dengan bertemunya formula lebih Pop bersama Iqbal Siregar.
Kolaborasi awal lewat “Kembali Kesepian” di album Juicy Luicy membentuk satu landskap baru muzik Adrian yang lebih berarah pada sesuatu yang melodious dan dekat dengan pendengaran semasa. Dengan itu terhasil hits “Sialan” yang menjadikan Adrian Khali sebagai the most stream artiste sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Adrian hari ini sudah utuhnya namanya. Permintaan semakin tinggi dan dia semakin jelas dalam menyeimbangi apa yang dia mahu lakukan dengan apa yang pasaran mahukan daripadanya. Lantas terhasil barisan hits lainnya.
Tidak menunggu masa yang lama, Adrian hadir dalam sebuah lagi persembahan Pop yang menawan lewat “2001x” yang masih kental pengaruh 2000’s R&B. Melodi sebegini sebetulnya sinonim dengan apa yang sudah dia lakukan beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam persembahan sederhana, lagu ini melengkapi kehendak pendengar saya kira.
Transisi Pop Adrian baik, lagu ini semakin didengar semakin kecanduan terutama bahagian korusnya. Saya sifatkan lagu in isebagai lagu show yang akan menjadi sebahagian pengisian di pentasnya. Beberapa bahagian lagu ini mengingatkan saya pada “Flawless/Merona” yang menjadi antara single awal yang mentafsir muzik Adrian sebagai penghibur Pop.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN