Jumaat datang lagi, senarai lagu-lagu terbaru untuk anda isi sebagai penghibur akhir pekan.
Lagu: Ruang & Waktu
Persembahan: Aziz Harun
Komposer / Lirik: Seow Seng Tack / Mady / Aziz Harun / Reza
Produser: Justin Seow
Verdik: 5.6 / 10
Aziz faham apa yang pendengarnya mahukan dan kekal pada radar tersebut. Apa yang ditawarkan adalah rasa dalam melodi yang akan sentiasa menjerat pendengar setianya. Lagu sebegini melengkapkan diskografi galau Aziz sebagai pelapis muzik Pop tempatan.
Lagu: Kisah Penuh Kecewa
Persembahan: Ernie Zakri & Anggi Marito
Komposer / Lirik: Clara Riva / Ernie Zakri / S/EEK
Produser: S/EEK
Verdik: 6.5 / 10
Ernie Zakri meneruskan rangka mendominasi pasaran muzik nusantara dengan Balada “Kisah Penuh Kecewa” tidaklah terhasil terlalu berbeza, masih berpaksi pada penciptaan Balada sedia ada. Kemasan vokal kedua-dua penyanyi ini harus diberi pujian kerana ia menjadi paksi utama ia bergerak sebagai sebuah naskhah yang ada sedikit perbezaan. Melodinya baik dan menjerat jiwa-jiwa yang sentiasa mahu difahami kekecewaannya.
Lagu: Kisah Penuh Kecewa
Persembahan: Naim Daniel / Adnin Roslan
Komposer / Lirik: Naim Daniel / Adib Hamdi / Amir Firdaus
Produser: Amir Firdaus
Verdik: 5 / 10
Lagu in mungkin dicipta untuk cater budak-budak uni. Paten muzik begini akan sentiasa ada dan saya tidak terkejut kalau ia akan sangat booming tahun ini. Dengan bait lirik yang dialih daripada pe[atah inggeris, what is your will be yours – “Berlarilah ke mana pun // Jika kau milikku // Kau milikku” menjadi kunci sebagai kisah merelakan kesakitan. It’s okay but it’s too student-ish.
Lagu: Malu
Persembahan: Aniq Iffat
Komposer / Lirik: Darien Sebastian / Aniq Iffat / Anwar Amzah
Produser: Darien Sebastian
Verdik: 4.5 / 10
Aniq mencuri perhatian saya ketika dia di pentas One In A Million ketika persembahan lagu Di Balik Pertanda. Dia ad groove dan attitude yang baik untuk mengemudi Pop R&B sebenarnya namun single perdananya ini dihasilkan terlalu Pop for TikToK untuk memberi justifikasi pada bakatnya. Dia perlukan naskhah yang lebih serius namun moden.
Lagu: I’m Fine, Thank You, I Love You
Persembahan: Perry
Komposer / Lirik: Perry
Produser: Salam
Verdik: 5 / 10
Setelah duet bersama Zee Avi yang hadir cukup santai dan mencuri perhatian, Perry hadir lagi dengan sebuah naskhah sederhana. “I’m Fine, Thank You, I Love You” tidak datang dengan daya pengikat sekali dengar namun masih ada hal yang menarik jika didengar berulang kali.