
Big joke minggu lalu masih buat saya geli hati, dalam ribuan naskhah Audi Mok, lagu “Mata” diangkat sebagai lagu terbaik sepanjang kariernya sebagai komposer yang bermula dengan lagu-lagu arwah Seha (album Hitam Manis) dan debut Atilia “Pelangi Mimpi” (album R.A.P 95) yang masih antara masterpiece Audi sepanjang karier muziknya.
Audi Mok antara komposer dan produser muzik yang cukup ke depan dengan naskhah yang cukup moden dan up beat melangkaui jauh pasaran muzik Pop yang masih terikat dengan idea Balada.
Nama Audi Mok diketengahkan bakatnya seawal hujung 80-an dengan penglibatan pemuzik terkenal lain seperti Fauzi Marzuki khususnya.
Nikki dan Ning Baizura antara penyanyi yang cukup dominan dengan karya Audi dalam siri album penuh mereka seperti Maharani, Dewa dan Hawa begitu juga dengan kemunculan tiga album terawal Faizal Tahir.
Memenuhi lengkap portfolio seni muziknya, Audi turut mencipta lagu berjudul Oxygen buat bintang Pop cukup popular di Indonesia iaitu Maudy Ayunda. Berikut 10 Lagu Terbaik Karya Cipta Audi Mok sepanjang kariernya. And yes, Mata obviously not one of them!
- Ku Percaya Ada Cinta (Siti Nurhaliza)
Melodi lagu ini cukup membekas sekali. Komposisi terbaik Audi dalam percaturan Pop ketuhanan buat Siti. Menyempurnakan lagi naskhah ini lirik cukup puitis Habsah Hassan. - Oxygen (Maudy Ayunda)
Antara lagu baru ciptaan Audi yang begitu baik sekali komposisinya. Saya sangat sukakan melodi lagu ini yang cukup solid dan kemas penghasilannya. - Cantik (Nikki)
Pop Dance dalam Cantik dikemas cantikkan dengan persembahan sempurna vokal Nikki yang begitu cemerlang sekali. Bukan sahaja dalam single ini malah keseluruhan album Hawa. - Cinta Datang Lagi (Dina)
R&B Malar segar ini sudah berusia lebih 12 Tahun sejak diedarkan dan sehingga hari ini masih antara komposisi paling original sejarah R&B Malaysia. - 1000 Penipuan (Farah Asyikin)
Rencah Pop dalam rencana menghasilkan Kelly Clarkson Malaysia dalam lagu ini saya kira satu yang cukup segar. Vokal Farah Asyikin strong dalam memberi justifikasi dalam 1000 Penipuan. - Karma (Faizal Tahir)
Ini all time favourite saya gabungan FT dan Audi. Lagu ini cukup tersendiri yang membawa standard muzik Malaysia - Pernah & Untuk Selamanya (Ferhad)
Dua lagu Balada yang dimuatkan dalam album Katakan Saja. Feel R&B Ferhad dalam kedua-dua lagu ini timeless dan killer pada lagu ini tentu saja korusnya yang cukup indah sekali melodinya. - Tapi Mengapa (Shila Amzah)
Sebuah lagi R&B Ballad karya cipta Audi Mok. Ketika pertama kali mendengar sudah buat saya terasa feel Unfaithful (Rihana). Beautiful! - Romeo & Juliet (Nikki & Ebi)
Klasikal dan Pop disatukan dalam lagu yang cukup hebat sekali penciptaannya. Kolaborasi yang bersatu baik dalam kejutan manis. Ini antara karya terbaik Audi Mok sepanjang kariernya. - Generasiku (O@G)
Tidak hanya terikat di lapangan muzik Pop R&B, Audi menggubah sebuah alternatif pop malar segar ini buat O@G yang sehingga hari ini menjadi antara lagu paling fun untuk dinikmati.
ARTIKEL BERKAITAN