
Lagu: Teman
Artis: Insomniacks
Komposer / Lirik: Iqie
Sekitar tahun 2017 – 2018 tumbuh kugiran-kugiran Pop yang memberi warna dan rasa berbeza dalam menikmati muzik tempatan. Midnight Fusic, Orkes A. Hizadin, Masdo dan Insomniacks antaranya yang sehingga hari ini masih bernadi terus bermuzik dengan lagu-lagu terbaru.
Insomniacks menjadi nama yang cukup tinggi jumlah strim dengan berbekal hits seperti “Pulang”, “Sempurna”, “Reminisensi” biar sehingga hari mereka masih teratas.
Kelangsungan bermuzik mereka yang berilham muzik Pop semasa dengan cerita dalam lagu yang dekat dengan pendengaran anak muda menjadi kunci pada penghasilan lagu-lagu mereka. Jadi atas faktor tersebut nama mereka terus diraikan.
“Teman” menjadi pertaruhan perdana tahun ini. Datang dalam persembahan muzik Folk / Akustik yang terhasil lembut dan menyenangkan. Seawal dibuka ia sudah membayangkan ilham keseluruhan pada penghasilannya.
Bergerak atas puitis lirik, kemasan muzik yang dibantu susunan string di tengah ke hujungnya memberi feel sedikit berbeza menikmati Insomniacks berbanding lagu-lagu mereka sebelum ini.
Saya terlarut dengan persembahan vokal Iqie yang kedengaran semakin matang dan feel yang lebih tepat mengena pada melodi juga penceritaan dalam lagu.
Insomniacks masih banyak potensi untuk bergerak sebagai kugiran Pop yang bakal panjang hayat bermuziknya. Dan “Teman” bergerak sebagai kelangsungan yang baik bagi perkembangan muzik mereka.
6.7/10
ARTIKEL BERKAITAN