
Percubaan pelakon menjadi penyanyi dalam pasaran muzik nusantara bukan sesuatu yang baru. Ada percubaan yang berjaya dan tak kurang juga yang gagal. Nama-nama seperti Maudy Ayunda (Indonesia), Fazura (Malaysia), Raffi Ahmad (Indonesia), Luna Maya (Indonesia) dan Fattah Amin (Malaysia) antara yang sudah mencuba nasib dalam bidang nyanyian.
Landasan mudah YouTube, Smule dan Instagram sememangnya membantu banyak orang untuk mencuba nasib dalam bidang ini. Namun begitu tidak semua memiliki bakat untuk betul-betul diketengahkan dan diperkembangkan.
Nama Hafeez Mikail mungkin agak asing dalam lapangan ini. Hanya setelah penampilan dalam filem Busker dia sempat mencuri perhatian pasaran muzik dan filem Malaysia khususnya.
Pernah tampil dengan single berjudul Ingin Selalu awal tahun ini, Hafeez Mikail kembali dengan single kedua yang semakin meyakinkan dengan vokal lelakinya yang punya pesona tersendiri.
Lagu berjudul “Rahsia” diedarkan pada hari ini 28 September di semua platform muzik digital. Apa yang lebih menarik lagu dalam genre R&B dengan feel Lo Fi ini dicipta oleh rapper dan produser muzik Hip-Hop yang cukup dihormati iaitu Malique dengan kerjasama Didieq – dua individu yang bertanggungjawab di balik pembikinan hits Hikayat Benladin.
Menurut MK lagu ini rasanya sudah cukup memberi justifikasi untuk vokal Hafeez Mikail dan selepas dua single yang beredar jika diurus dengan cukup baik, Hafeez mampu jauh dalam bidang ini dengan syarat jauhkan diri daripada cheap marketing dan dekatkan diri dengan persembahan live pentas festival muzik kecil dahulu. Good luck Hafeez!