
Lagu: Sebatas Bayangmu
Artis: Rimar
Komposer / Lirik: Clara Rivar
Produser: S/EEK
Balada galau benar-benar meneruskan momen besarnya di Indonesia sepanjang tahun lalu. Dengan rangkaian lagu-lagu seperti “Sial”, “Tak Segampang Itu”, “Jiwa Yang Bersedih” dan beberapa lagi yang cukup booming tahun lalu membuka laluan untuk ramai penyanyi menjual ilham serupa.
Rimar yang pernah menjuari program Indonesian Idol satu daripadanya yang tidak putus menghasilkan single Balada yang terhasil dalam persembahan yang sedih dan membuai. Setelah kejaan rilis seperti “Waktu & Perhatian” serta “Cinta Yang Ku Tunggu”.
Sekali lagi menerusi lagu ini Rimar membuktikan kesederhanaannya yang secukupnya untuk memberi justifikasi yang baik pada penghasilan keseluruhan lagu ini. Melodinya tidaklah terlalu luar biasa, masih berlegar ilham yang biasa kita pernah nikmati.
Namun untuk suka pada lagu-lagu begini tidaklah terlalu sukar. Cuma saya kira tiada yang terlalu istimewa dalam persembahan keseluruhan. Ideanya berulang baik melodi atau liriknya semuanya sudah banyak di pasaran muzik Balada.
Rimar saya kira di tahun ini benar-benar harus merombak kembali percaturan bermuziknya untuk menghasilkan sesuatu yang lebih berimpak, datang dengan identiti yang kuat serta tidak terlalu terikat dengan ilham Balada sahaja.
Dia memiliki suara yang baik juga fleksibel untuk masuk dengan apa juga jaluran muzik, agak sayang jika dia masih mahu meneruskan Balada sebagai percaturan. Sekali sekala saya kira dia harus keluar sekejap daripada jaluran ini dan lakukan sesuatu yang lebih mencipta impak berbeza.
5/10
ARTIKEL BERKAITAN