
Lagu: Loop
Artis: Kuizz
Komposer / Lirik: Kuizz
Kuizz antara bakat pasaran muzik Urban Pop yang mula mencuri pendengaran saya ketika fasa 2017 dengan single seperti “No Matter” dan “Silence” yang datang dengan ilham EDM dalam infusi Pop yang catchy dan menarik sekali penghasilannya.
Kuizz semakin menarik minat saya dengan penghasilan “Vibe” juga kolaborasi bersama Daiyan Trisya ketika dia bersama MFMF. menerusi lagu “Passin Thru” yang beredar di tahun 2019. Masih menjadi antara legasi Pop tempatan yang terhasil dalam persembahan muzik yang current namun kurang diraikan.
Diam seketika setelah itu, Kuizz saya kira bagai tidak begitu berminat untuk ke depan bergerak dalam radar lebih komersil. Tidak lagi bersama MFMF. di saat kolaborasi produser itu sangat on demand, Kuizz senyap sesekali muncul di belakang tabir untuk penghasilan lagu-lagu Ai.Z dan Yuna.
Terkini dia kembali muncul dengan groove dan lebih fun di single “Loop” yang dihasilkan sepenuhnya oleh Kuizz sendiri sebagai sebuah kelangsungan bermuziknya yang lama mendiam. Lagu ini terhasil dalam ilham Pop yang cukup current, catchy dan menangkap pendengaran dengan sekali dengar.
Korusnya daya pengikat utama dengan pengulangan melodi dan lirik serupa berbalut penuh fun dan cukup menghiburkan. Kuizz pemuzik yang bagus saya kira dalam penghasilan lagu-lagu Pop bersifat kekinian. Rujukan muziknya juga luas dengan sound yang dekat dengan pendengar semasa. Lagu ini jika kena percaturannya akan menjadi siulan.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN