
Setelah kejayaan luar biasa single berjudul “Jangan” yang memikat pendengar muzik Indonesia dengan cukup meluas. Marion Jola tidak lagi mahu membuang masa dengan tampil terus single keduanya berjudul “So In Love”.
Lagu dalam nuansa R&B Pop ini adalah naskhah kedua trio Laleilmannino buat Marion setelah single Jangan yang turut menampilkan Rayi Putra.
Apa yang menariknya official audio yang dimuat naik di YouTube Marion mencecah view 300k biar hanya kurang sehari dipertontonkan.
Begitu hebat sekali penangan bintang muda yang dicungkil daripada program Indonesian Idol ini.
Single Jangan yang diedarkan awal tahun ini sudah distrim hampir 7 Juta kali di gedung muzik Spotify dan muzik videonya sahaja sudah mendapat tontonan sehingga 21 Juta sehingga artikel ini ditulis.
Jangan turut mendapat nominasi utama AMI Awards tahun ini bagi kategori Karya Terbaik, Produksi Pop dan Marion dicalonkan bagi kategori Pendatang Baru Terbaik. Terus sukses buat Marion daripada Muzik Kita!

Info:
Selain Jangan dan So In Love, trio Lale (Maliq & D’Essentials), Ilman (Maliq & D’Essentials) dan Nino (RAN) merupakan individu terlibat dalam pembikinan single Tunggu Apa Lagi (Lalahuta), Siapkah Kau Tuk Jatuh Cinta Lagi (H!V!), Definisi Bahagia (Vidi Aldiano), Pelita (Andien), Sebelah Mata (Amand Maulana) dan Hingga Nanti (Vidi & Andien)