
Seletah fasa SimetriSiti yang beredar sekitar 2017 dan kelahiran Siti Afiyah, biduanita Pop Malaysia, Siti Nurhaliza siap sedia menghadiahkan penggemarnya dengan taruhan lagu terbaru berjudul Anta Permana.
Lagu yang dicipta oleh duo terhangat tahun ini – Hael Hussaini dan Ezra Kong dirilis pada tanggal 21 September 2018.
Anta Permana membawa maksud “Tidak terkira” menjadi comeback Siti selepas kali terakhir dia merilis lagu istimewa Comel Pipi Merah dan Cinta Syurga (bersama Khai Bahar)
Menurut posting IG Siti dia berkongsi kronologi penghasilan single tebaru ini bermula sekitar 18 Februari yang lalu pabila Hael menyatakan hasrat untuk menghasilkan lagu buat Siti dan demo pertama Anta Permana diserahkan kepada pihak pengurusan Siti pada 22 Mei 2018.
Anta Permana dirakam pada Ogos lalu dan siap sepenuhnya pada 7 September. Pada tarikh 21 September ini lagu ini tersedia di semua gudang muzik digital.
INFO:
Selain Anta Permana buat Siti Nurhaliza, gandingan Hael dan Ezra telah menghasilkan lagu-lagu Pop buat Elizabeth Tan (Police Entry), Alyah (Jutaan Purnama), Dayang & Hael (Haram), Jaclyn Victor & Siti Nordiana (Nisan Cinta), Hael (Hajat), Pematah Hati (Nabila) dan beberapa lagi.
LIRIK ANTA PERMANA
Bicara minda dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati
Jauh dimata dekat dihati
Jika dirindu jangan curangi
Kemana kemana kan terbawa pergi
Terduga diuji
Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi
Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti
Sedangkan lidah tergigit jua
Inikan pula cinta manusia
Melayang melayang dibawah pawana
Iringi cintamu
Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi
Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti
Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar biarkan cinta anta permana
Andai bintang dan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta kerna ku pasti kau tiada pengganti
Kau tiada pengganti