
Lagu: Dulu
Artis: Zamaera
Komposer / Lirik: Zamaera / Brandon Tan
Zamaera ketika muncul dengan single Z vs Z membuka mata saya dengan bakat luar biasanya. I mean untuk seorang penyanyi wanita tempatan datang dengan ilham Hip-Hop yang dibaluti soul yang cukup rare dalam pasaran muzik semata, Zamaera hadir promosing.
EP berjudul “Z” beredar di tahun 2019 terisi empat track yang cukup solid dan sehingga hari ini saya masih mendengarkan kesemua lagu di EP tersebut yang dihasilkan dengan satu produksi muzik yang cukup berkelas dan bercitarasa tinggi.
“Truth”, “KMS” dan “Almost” sehingga hari ini saya letakkan sebagai lagu-lagu terbaik yang pernah dihasilkan bakat muda ini. Setelah itu dengan cerita-cerita dalam yang mungkin mendatangkan konflik kerjayanya membuatkan Zamaera memutuskan bergerak sendiri tanpa tergantung mana-mana label.
Maka dengan itu lahirlah album perdananya “Heartbreak to Heal” yang dihasilkan cukup personal – ada air mata, ada cerita jatuh bangun, cinta, disakiti dan seterusnya. Masih dalam rencah Hip-hop yang biasa dia bawa namun kurang Soul seperti apa yang saya dapat di EP “Z”.
Album yang setiap satu lagu yang terisi dengan cerita peribadi, pandangan peribadinya. Zamaera hanya mahu bangkit dan ya saya faham akan kehendak album tersebut adalah untuk menjelaskan her state of mind but again musically ia agak gagal mengikat pendengaran saya.
Terkini sekali lagi Zamaera menghadirkan sebuah lagi lagu yang bersifat peribadi hasilnya berjudul “Dulu” yang sekali lagi mengungkit kisah-kisah lamanya yang bagi at this point formulanya berulang sahaja – sebuah repetition.
Seperti belum puas mengungkit kisah lamanya, Zamaera masih lagi terikat dengan idea silam “Lapan tahun lalu aku dah diberi peluang // Dihalang oleh ego juga kekurangan wang.” yang sebetulnya sudah dikisahkan jelas dalam album “Heartbreak to Heal” dan dia turut menulis “Dulu masa jumpa semua buat tak kenal // Sekarang mintak gambar sebab dah International.” Dan melodi lagu ini juga tiada hook yang mengikat saya untuk mengulang dengar.
Saya at this point sudah bosan dengan idea penulisan berulang Zamaera, she really need to move forward mencari kembali jiwa mahalnya dalam “Truth”, “Z vs Z” dan momentum “Almost” yang sangat hebat itu (Saya bercakap tentang muzik, konflik journeynya itu bukan concern utama saya). Sebab jika bergantung pada beberapa singlenya setelah itu saya semakin bosan dan hilang minat dengan karya-karyanya.
4/10
ARTIKEL BERKAITAN