
Lagu: Bahagia Yang Sebentar
Artis: Suki Low
Komposer / Lirik: Shila Amzah
Arranger: Lee Sze Wan
Pasaran muzik Pop tempatan yang disokong dengan cetusan idea program televisyen “Gegar Vaganza” telah membuka ruang baru untuk penyanyi terdahulu menyusn kembali langkah bermuzik dengan landskap baru dan cara baru.
Maka terlihat di radar popular hari ini nama seperti Siti Nordiana, Allahyarham Sarah dan Nikki Palikat kembali bertaut di pasaran muzik Pop dengan sambutan baik penggemar mereka. Satu daripadanya juga adalah bakal yang lebih awal dicungkil menerusi program One In Million, Suki Low.
Usai usaha membuktikan kemampuan berpentasnya di Gegar Vaganza beberapa tahun sudah, memberi keyakinan buat Suki untuk kembali bernadi dalam pasaran muzik tempatan. Maka terzahirlah single “Nelangsa” yang beredar tahun lalu. Biar hasilnya tidaklah mengundang kagum tetapi it is still good to see Suki produced something for the fans.
Meneruskan langkah-langkah yang pastinya telah disusun awal, Suki tahun ini kembali merilis sebuah lagi lagu berjudul “Bahagia Yang Sebentar” karya cipta sepenuhnya Shila Amzah dengankemasan muzik Lee Sze Wan (Tanpa Rela – Misha Omar) sebagai pertaruhan terbarunya.
Lagu ini cukup kental idea komposisi Shila jika anda dekat dengan gaya penulisan Shila. Melodinya baik tetapi tidak terlalu mengikat dengan sekali pendengaran. Namun kemasan muzik Sze Wan menyelamatkan melodi asal lagu ini menjadi lebih baik hasil keseluruhannya.
Saya larut dalam kemasan muzik lagu ini yang disusun sangat baik, ideanya memberi lebih kesegaran untuk sebuah ciptaan Balada. Suki juga cukup baik dalam penyampaian keseluruhan, vokalnya terkawal baik dalam balutan emosi yang sederhana tanpa perlu berlenih-lebih.
6.3/10
ARTIKEL BERKAITAN