
Lagu: Mengejar Matahari
Artis: Andi Rianto & Keisya Levronka
Komposer / Lirik: Andi Rianto / Ari Lasso
Produser: Andi Rianto
Usaha Andi Rianto menerbitkan kembali karya-karya terdahulu ciptaannya dalam nuansa baru bagi memikat pendengar muda berhasil sejak awal dia meramu kembali “Bahasa Kalbu” bersama Raisa dan “Sang Dewi” nyanyian semua Lyodra yang begitu booming sekali.
Meneruskan kerja kreatifnya, Andi Rianto kali ini mengendeng bakat muda, Keisya Levronka yang semakin menular titi populariti yang pengaruhnya tidak hanya di Indonesia malah menawan penggemar Malaysia menerusi sebuah lagi karya ciptaan Andi berjudul “Mengejar Matahari”.
Lagu yang semua sedia maklum asalnya dipersembahkan Ari Lasso bagi runut bunyi filem dengan judul yang sama ini diterbitkan pada tahun 2004 hadir dalam aliran Pop yang sifatnya cukup dirasuk roh Ari sebagai pelantun diramu kembali oleh Andi Rianto di versi baru dengan lebih membuai.
Bersama alunan vokal Keisya Levrinka, lagu ini disusun kemas dan menawan dalam persembahan full string iringan Budapest Scoring yang melatari lagu ini membuah hasil yang cukup mewah sekali. Kemasan muziknya kedengaran lebih current dengan pengaruh citarasa muzik semasa.
Vokal Keisya melayari lagu ini dengan saling melengkapi persembahan keseluruhan muzik yang terhasil. Saling membaluti dan mengisi keperluan menjadikan lagu ini sebagai sebuah naskhah rakaman semula yang berjaya meniggikan standard muzik lagu asal.
8.5/10
ARTIKEL BERKAITAN
Keisya Levronka Melanjutkan Perjalanan Bermuzik Dengan Single “Hidup Tanpamu”