
Lagu: Kisah Tak Pasti
Artis: Jemimah Cita
Komposer / Lirik: Jemimah Cita / Gayatri Citra
Produser: S/EEK
Jemimah bakat yang cukup istimewa di mata saya, bakatnya cukup original dengan kemampuan mewarnakan nyanyian dengan cara yang tersendiri tanpa terikat dengan ilham mana-mana penyanyi sedia ada di Indonesia.
Kelibatnya di Indonesian Idol biar tidak bergelar Juara akan sentiasa diingati sebagai salah satu bekas peserta yang memiliki impak cukup besar sekali berbanding pesaingnya yang lain ketika itu.
Setelah merilis single perdananya awal tahun ini menerusi single “Separuh” dia melangkah dengan sambutan yang agak perlahan berbanding pesaingnya yang lain sedangkan saya kira lagu tersebut sangat cukup ramuan untuk bergerak sebagai sebuah lagu yang cukup popular.
Namun begitulah percaturan muzik hari ini yang sangat sukar ditebak siapa yang akan mendahului siapa. Penggemar tahun ini lebih meraikan Kesya Levronka yang cukup booming dengan “Tak Ingin Usai” dan beberpa lagu lain daripada Mahalini contohnya yang juga cukup popular.
Biar begitu masih terlalu awal untuk dia melangkah perlahan, strategi pemasaran muziknya diteruskan dengan single terbaru yang saya sifatkan sebagai sebuah yang cukup matang dalam persembahan Balada yang cukup hebat produksi muziknya.
“Kisah Tak Pasti” sebuah lagu ciptaan Jemimah bersama Gayatri Citra hadir dalam ilham Indo Pop yang biasa kita dengar namun diberi suntikan jiwa dalam persembahan sepenuh hati Jemimah yang cukup melekakan. Korusnya sangat baik dengan bait-bait lirik yang cukup mengikat.
“Mengapa terlintas dalam hati // “Mungkin kali ini ada arti?” // Seperti tak berakal budi” cukup baik sekali penghasilan liriknya. Semakin di korus kedua Jemimah menjadi lebih baik dan baik.
Komposisi melodi Jemimah menerusi lagu ini diberi standard tinggi kemasan muzik S/EEK (Afgan, Raisa,Hanin Dhiya) yang menyuntik kemasan yang lebih moden dan bersifat lebih current. Jemimah menerusi lagu harus sangat berhasil untuk lebih popular di barisan hadapan seperti bakat-bakat lainnya kerana she deserves it.
8.5/10
ARTIKEL BERKAITAN
Terkhayal Dengan Melodi Mimpi Aisha Retno Menerusi “I.L.S.M”