
Lagu: I.L.S.M
Artis: Aisha Retno
Komposer / Lirik: Aisha Retno
Produser: Radi
Aisha Retno antara bintang Pop harapan yang memiliki ruang lebar untuk diketengahkan sebagai pelapis muzik tempatan. Kualiti pada bakat suara miliknya dengan kemampuan menyanyi secara live dengan baik ditambah kemampuan menghasilkan lagu sendiri melengkapkan dia sebagai future Pop star.
Setelah merilis dua single tahun ini menerusi pertaruhan Balada “Pencarianku” dan EDM Pop bersama produser MFMF. menerusi lagu “Sutera” dia melajukan langkahnya dengan sebuah lagi rilis berjudul “I.L.S.M”.
Hasil ciptaan sepenuhnya Aisha bersama adiknya Radityo, lagu ini terhasil dalam sebuah padanan muzik Pop semasa yang dikuatkan kemasan muziknya yang cukup dreamy dan magical. Melodinya terhasil cukup catchy dan current dalam satu pengalaman menikmati muzik yang begitu melekakan.
Saya sekali lagi terlarut dengan vokal Aisha yang nyata sangat cocok menyanyikan lagu-lagu begini. Persembahannya cukup kemas dengan feel yang secukupnya. Tidak terlalu sukar saya kira untuk kita melayang dengan penyampaian vokal indahnya yang dibaluti muzik yang cukup melayang.
Aisha saya kira tahun depan seharusnya hadir dengan sebuah album mini yang konsepnya begini, sound yang lebih urban dan kekinian tanpa perlu terlalu terikat dengan ilham Balada meleweh since she’s still young dan ada jalan yang panjang dalam industri muzik tempatan.
Untuk “I.L.S.M” saya kira Aisha cukup cemerlang! Dan pastinya dia bersama pengurusan kariernya harus memikirkan sesuatu yang lebih besar tahun hadapan untuk dia terbang sejauh yang mungkin tanpa perlu bergantung harap pada pasaran muzik tempatan sahaja dan hal itu sesungguhnya tidak mustahil untuk bakat sebaik Aisha.