Lagu: Jalan Pulang
Artis: Yura Yunita
Komposer / Lirik: Donne Maula / Yura Yunita / Marchella FP
Produser: Iwan Popo
Konsistensi Yura dalam mengemudi pelayaran bermuziknya bergerak semakin matang seiring usianya berkarya. Satu per satu single dizahirkan dalam sebuah persembaham muzik yang cukup kuat mentafsir sifat Yura Yunita itu sendiri.
Menyelami sedalamnya emosi pendengar dengan cara paling halus, dia merasuk jiwa pendengar dengan persembahan terbaiknya yang sudah dibuktikan dalam single “Buka Hati”, “Tutur Batin”, “Intuisi” dan “Tenang” antaranya.
Sehingga sudah melahirkan 3 buah album penuh dengan barisan hits yang bakal menjadi melodi malar segar, Yura menyusun kembara bermuziknya secara cukup – memenuhi kehendak jiwa-jiwa penggemarnya.
Projek terbarunya, “Jalan Pulang” yang menjadi runut bunyi filem “Jalan Yang Jauh Jangan Lupa Pulang” menjadi pertaruhan terbarunya untuk terus mengikat pendengar setia untuk tetap melekat dengan muziknya. Lagu ini terhasil sekali lagi mendamaikan.
Dibuka dengan ambien muzik yang cukup dalam denagn bait lirik yang sepenuhnya ditulis cukup puitis. Transisi emosi Yura dari awal ke penghujung lagu bergerak bagai sebuah pelayaran emosi yang cukup dalam saat mentafsir kepayahan sebuah jehidupan.
“Teruslah jalan terus berjalan // Sebentar lagi ku akan sampai tujuan.” mengisi bahagian korusnya yang mencuri perhatian sekali. Awalnya dibuka dengan lebih emosi “Cari mencari Untuk mengisi / Lengkung hampa yang ingin terobati.”
Yura menerusi lagu ini saya kira mampu menawan terus pendengarnya. Saya sendiri mendengar ulang lagu ini berkali-kali, meresapi perasaan Yura dalam setiap kata-kata yang dilagukan dengan begitu penuh makna.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Keisya Levronka Melanjutkan Perjalanan Bermuzik Dengan Single “Hidup Tanpamu”