
Minggu yang membuatkan kesemua peserta keluar daripada comfort zone. Menghiburkan dalam cabaran untuk tidak menjadi predictable – Liza dan Ning mendahului pilihan Muzik Kita
ZEHRA ZAMBRI (70%)
Persembahan Zehra yang paling memuaskan sepanjang di GV. Menerusi lagu ini dia berjaya mengeluarkan attitude yang tepat dan pada masa yang sama masih terjaga kemerduan dalam nyanyian.
FAIRUZ (24%)
Nyanyian kurang menarik dan persembahan pun terlalu predictable. Lagu ini jiwanya lebih R&B namun interpretasinya berbeza dan tidak tepat. Fairuz harus ingat ini adalah pentas pertandingan – menjadi predictable akan membuatkan dia di zon tidak selamat.
NING BAIZURA (72%)
Ning Baizura penyanyi yang bijak. Dia memberikan rendisi yang lebih classy untuk lagu yang tidak sepatutnya pun menjadi pertaruhan di pentas pertandingan. The way she perform dengan body language dan intepretasi terhadap teks lagu ini dipersembahkan tanpa menenggelamkan attitude sebenar Ning.
THE LIMA (21%)
The Lima sebetulnya tak ada stage presence dan star quality di atas pentas yang membuatkan kita mahu menonton mereka sehingga ke hujung. Pertengahan lagu sudah buat saya zone out dan terasa seperti lama penghujungnya.
ARORA (12%)
Arora kena selalu mendengar nyanyiannya sendiri untuk dia faham sendiri prestasi dan kemampuannya.
LIZA AZIZ (90%)
One thing about Liza she always sounded young and current. Atas kemampuan itu juga Damelo di tangannya dipersembahkan dengan cemerlang dan tanpa masalah. Lagu ini sebenarnya terlalu mudah untuk Liza dan dengan mudahnya juga dia membuat kita sebagai penonton enjoy dengan persembahannya.
SHEILA ABDULL (69%)
Lagu yang susah nak nyanyi dan susah nak enjoy sebagai penonton. But Sheila manage untuk do her best dalam banyak kekangan yang ada. Saya mengharapkan Sheila diberi lagu “Sutera” atau “Lathi” yang lebih current dan ada cabarannya.
DYRGA (30%)
Persembahan yang juga predictable seperti Fairuz tadi. Idea baru dan segar perlu ada untuk lagu yang signifikan begini jika tidak berulanglah konsep serupa. Namun Dyrga memilih cara yang paling predictable untuk mentafsirkan persembahannya malam ini.
RONNIE (56%)
Minggu ini Ronnie benar-bebnar keluar dari zon selamat untuk perform dengan cara berbeza. Ada attitude yang baik untuk sebuah lagu yang berkarakter begini. Not memorable dan tak juga terlalu berimpak tetapi secukupnya untuk persembahan malam ini.
*Peratusan adalah penilaian Muzik Kita
ARTIKEL BERKAITAN