
Lagu: Hilang Sewindu
Artis: Titi DJ
Komposer / Lirik: Tintin / Titi DJ
Produser: Tintin / Kitut / Victor Kong
Empat dekad melayari sebuah nakhoda bermuzik dengan cukup konsisten dan terus diraikan dalam pelbagai cara. Itulah satu-satunya sang dewi yang begitu disayangi seIndonesia tidak hanya lagu-lagunya malah juga sikap dan sifatnya.
Dari era Disko juga City Pop Titi DJ melewati pasaran muzik Balada dan Pop yang beredar mengikut edaran zaman. Satu per satu lagu dihasilkan mengikut kehendak pasaran muzik semasa – Titi DJ cukup cemerlang mengikat terus penggemarnya.
Setelah menghasilkan single “Still Learing” tahun lalu dalam persembahan full string yang menawan, Titi DJ kembali dengan sebuah lagi melodi galau ciptaan bersama komposer muda Tintin berjudul “Hilang Sewindu”.
Terhasil dalam persembahan Balada yang daya pengikatnya jelas pada persembahan melodi keseluruhan yang memberi kebebasan buat Titi menyanyikan dengan sepenuh jiwa. “Hilang Sewindu” merungkai kisah sedih sebuah percintaan yang digantung oleh kesepian.
Bait liriknya ditulis cukup menarik “Aku yakin tak main-main // Kukuhkan batin // Tuk jadi pengantin” membaris verse sebelum korusnya lebih pedih “Aku tahu untukmu aku bisa // Aku tak tahu mulutmu berbisa”
Kesayuan lagu ini benar-benar dirasai di bahagian bridge lagu ini saat Titi DJ melantun bait “Kamu semena-mena // Menggantungku yang terus menanti // Menguras habis nurani // Melumpuhkan hati lemah ini.” Mendengarkan lagu ini saya kira lebih indah pabila kita bersama menyatu dengan penulisan liriknya.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN