Review, Terkini,

2000’S R&B Cara SonaOne dan tlinh lewat “POLITE”

SonaOne sudah mengukuhkan namanya sebagai produser muzik Hip-hop yang telah menghasilkan barisan hits yang cukup membanggakan. Kolaborasi bersama Joe Flizzow dan ALYPH meletakkan SonaOne sebagai aset muzik negara yang bernilai.

Rangkaian lagu-lagu ciptaannya diteruskan dengan kolaborsai bersama bintang R&B Vietnam, tlinh yang mengusung ilham 2000’s R&B yang cukup menyenangkan. Melodinya baik di setiap sudut denga hook dan groove yang melengkapi.

Attitude bermuzik tlinh cukup sempurna dalam vibes lagu-lagu sebegini. Sebagai pendnegar baru yang tidak pernah mendengar lagu-lagunya saya kira tlinh memiliki sifat lengkap seorang penyanyi R&B. Ia jelas dalam feel, pengucapan dan alur emosinya.

Kolaborasi dua suara ini tidak kedengaran canggunga malah melengkapi satu sama lain. Ini antara penciptaan SonaOne yang cukup baik tahun ini. Ia singkat dan mengikat. A repeat mode worthy.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Review, Terkini,

Is DOLLA entering a creative plateau?

Kalau saya menulis daripada sudut pandang seorang peminat, “Question” adalah lagu terbaik meneruskan kelangsungan girl group ini dalam bidang muzik. The beat goes on, the melody hooks me in, and yes, the MV is the bomb. Tapi itu kalau saya menulis sebagai peminat Dolla which I am.

Namun setelah melewati lagu ini berkali-kali dan kembali semula melewati diskografi Dolla sehingga yang terakhir “MWA” beredar awal tahun ini – “Question” satu pengulangan irama. Ia bukan penghasilan yang teruk tetapi saya melihat ke mana Dolla selepas ini?

Album debut “The New Classic” itu sememangnya pentafsiran sebenar naskhah evergreen yang baru. Cabarannya lebih besar sebetulnya untuk Dolla mula mencari arah muzik yang baru. Bukan BERUBAH tetapi lift up standard yang ada hari ini ke tahap yang lebih tinggi.

Hal ini penting sebagai sebuah daya tahan mereka setidaknya lima tahun mendatang. Dolla jika mahu terus bergantung pada acuan muzik begini mereka hanya akan terus membahagiakan peminat tegar sahaja.

Apa yang Dolla boleh lakukan? A bigger production scale. Lihat bagaimana Rosalia bertumbuh dan melawan arus muzik semasa tanpa menghilangkan identiti mereka. Dolla bersama orkestra Budapest atau setidak MPO – mengapa tidak? Ia permulaan untuk menjadikan sound Dolla lebih grand.

Atau semestinya idea kolaborasi. Tidak perlu jauh mencari girl group Korea, di Filipina mereka memiliki BINI dan Indonesia memiliki No Na. Jika sebuah lagu sahaja mampu dihasilkan atas kolaborasi ini. Satu momen baru mampu dicipta.

Ini kerana saya percaya Dolla sudah sedia sebetulnya untuk keluar dan memiliki hits antarabangsa yang capaian pendengar lebih luas.

Okey sekarang saya kembali menulis sebagai peminat Dolla, ya lagu ini sedap dan mengikat. It’s a bop tapi saya semakin bosan dan saya mahukan yang lebih. Boleh kan?

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

sebuah sudut pandang bermuzik, gagasan hip-hop ’53UNIVERSE’

Album: ZOOBOYS
Persembahan: 53UNIVERSE

Keberagaman muzik yang dibesarkan radarnya dengan kemampuan teknologi dalam pemasaran membenarkan cukup banyak bakat dalam bidang ini membuka dan mencipta peluang sendiri. Atas idea yang digerakkan dengan upaya tercipta kelompok bermuzik yang mencuri perhatian.

53 Universe antara kolektif dalam muzik yang begitu memberi satu keterujaan akan idea dan persembahan keseluruhan. Bermula dengan penghasilan ‘M16’ (2023) dan Semoga Dipermudahkan(2024) Pele L bersama batalion muziknya menciptakan sesuatu yang cukup ‘berisi’ dan memberikan satu variasi dalam pasaran muzik tempatan ke tahap yang baik. Hasilnya “PPP at Bukit Tabur” mencipta momen tersendiri.

Tanpa membuang banyak masa dan membuat kita lupa pada gagasan muzik ini, mereka berkerja terus dalam menghasilkan album ketiga berjudul “ZOOBOYS” yang terisi 24 lagu keseluruhan dan dipisahkan dalam dua babak Disc 1 & 2. Ada banyak hal yang baik di album ini pertama penghasilannya yang lebih komersial, lebih melodious dan lebih Pop.

Hal ini jelas dalam lagu-lagu seperti “True” (Imran Hakim / Fahimi Rahmat / Faiz Ruzayn), “X Percaya” (Jeffrey Affandi / Imran Hakim), “Fikirkanmu” (Imran Hakim / Ameir Mustapha) “Overtime” (Jeffrey Affandi / Azam Shahrin) menjadi lagu-lagu yang cukup kuat di Disc 1 album ini. Menjerat dengan sekali pendengaran. Attitude, hook dan groove menyatu sebaiknya.

“Hilang” (Faiz Ruzaini) antara personal favorite saya di Disc 1, R&B Feel yang di lagu ini sangat baik dan solid. Ia disempurnakan dengan penulisan lirik yang baik terutama bahagian korusnya. “Lalu jauh berbatu-batu // Aku terdampar // Dengan kesepian // Aku hilang.”

DISC 2 menjadikan momentum album ini lebih melaju. Lagu-lagu seperti “Bid Dawg” (Haziq Jamaluddin / Jeffrey Affandi), “Fynn Shyt” (Uzayr Minke / Azam Shahrin) menjadikan “ZOOBOYS” semakin menarik untuk diperdengarkan.

“$IN” (Jeffrey Affandi / Jayd Harith / Fadzil P. Latif / Aifque) solid dan penuh attitude. Dibuka dengan mode lo-fi sebelum heavy piano di intronya disambut dengan beat dan transisi muzik yang melengkapkan segala kehendak sebuah penghasilan yang sangat puas didengar. Saya mengulang dengan berkali-kali sebelum beralih ke lagu seterusnya.

Momentum “$IN” diteruskan baik kesinambungannya menerusi “Mood” (Jeffrey Affandi / Jayd Harith / Ameir Mustapha) dan “Bising” (Uzayr Minke / Fadzil P. Latif / Aifque) dan ditutup sempurna dengan “OK ke KO” yang menampilkan Akeem Jahat dan LastKhalif.

ZOOBOYS” sebuah kolektif idea, pemikiran dan persembahan yang dibentuk sebagai sudut pandang bermuzik. Ia digerakkan dalam naratif sosialisme, persekitaran dan ketajaman pemerhatian juga pemikiran. Penghasilannya solid dengan attitude bermuzik yang tepat dan cukup baik penerbitan keseluruhannya.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

Menelusuri Transisi Baru Pop Tradisional Lewat “Gema Bumantara”

Album: Gema Bumantara
Persembahan: Siti Nurhaliza
Produser: Aubrey Suwito / Hafiz Hamidun / Iqie Hugh / Firdaus Rahmat / Mingaling / Jaydi / Amni Musfirah / Jamilah Abu Bakar / Irena Taib
/ Wan Saleh / Aiman Sidek

Keterujaan mendengar Siti bakal mengedarkan album penuh Pop Tradisional bersulam harapan tinggi untuk ia benar-benar terhasil segar. Dan setelah single pertama beredar atas penciptaan melodi Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh yang menghasilkan “Kumbang Bunga” menambah keterujaan itu.

Ia terhasil sebagai sebuah pesona baru Pop Tradisional yang menyembangi estetika muzik tradisi Melayu dengan sudut pandang baru Iqie dan Firdaus yang mencorak satu sound yang cukup mengikat. Biar saya agak kurang berkenan dengan persembahan Lesti tapi ia tidak merosakkan mood keseluruhan lagu. Susunan muziknya dengan kemasan efek suara dan korus yang catchy menjadikan ia sebuah lagu yang fun to listen to.

“Hati Yang Rindu” (Usop Kopratasa) membuat saya melayang sejauhnya. Entahkan bila agaknya kali terakhir kita diperdegarkan dengan lagu klasik Melayu tradisi sebegini. Melodi, lirik, kemasan muzik sehingga produksinya benar-benar meninggikan standard lagu tradisi Melayu ke tahap yang sangat cemerlang. Vokal Siti top notch dengan penceritaan dan stail nyanyiannya yang cukup melengkapi.

Susunan string yang melatari keseluruhan di lagu ini membentuk “Hati Yang Rindu” sebagai naskhah yang lengkap. Seawal ia dibuka degan bait “Dedaun gugur penyapa tenang // Bayu berbisik rindu tak sudah // Di hujung desa tersemat kasih // Berputik cinta tak pernah letih.” membuat saya terlarut dengan kehalusan penulisan Usop. Benar berbeza orang dulu-dulu menulis lirik dengan orang sekarang. Lembut, tersusun dan beralas.

Hal-hal lirik puitis ini diteruskan dalam lagu “Pesanan Buat Diri” tulisan lirik Habsah Hassan bersama melodi ciptaan Aubrey Suwito yang sekali lagi meneruskan ilham Melayu klasik setelah “Rindu Menyapa”. Habsah Hassan membuat saya tersenyum-senyum membaca teks lirik ini yang cukup kaya bahasanya. Bait “Dengan kacamata cinta  // Semua kelihatan indah” dan “Bertitian doa tersusun harapan  // Moga tak tercalar ikrar setiamu sayang” cukup membekas dan indah susunan bahasanya.

“Hujung Bumi” (Affan Mazlan / Danish Nor) sebuah lagi penciptaan yang memiliki hook dan groove dalam penghasilannya. Korusnya sangat baik, ada kemodenan yang nyata dalam kemasan muziknya. Lagu ini laju sifatnya dan Siti bagai sehabis nafas mengahabiskannya dan dia tidak gagal. Datang dengan komposisi yang cukup original dan unik.

Album ini memperlihatkan kerjasama Siti bersama bakat-bakat muda dalam komposisi muzik seperti Mingaling, Firdaus Rahmat, Radi, Aisha Retno dan gabungan tiga bersahabat Irena, Jamilah dan Amni yang menciptakan sebuah lagi kegemaran saya di album ini “Cenderamaya”.

Lagu ini mengingatkan saya pada penghasilan awal lagu-lagu Pop Tradisional Siti di album “Sahmura” dan “Sanggar Mustika”. Penciptaannya melengkapi keupayaan Siti yang dengan tidak sukar memberi justifikasi yang baik pada lagu-lagu sebegini. Korusnya dicipta dengan baik dengan instrumentasi yang mengarahkan lagu ini dengan ilham muzik padang pasir menjadikan ia senang didekati.

Ada hal-hal yang baik boleh didapati dalam lagu-lagu lain seperti “Rencong” (Hafiz Hamidun / Fedtri Yahya) dan “Syurgaloka” (Wan Saleh / Aiman Sidek) antara yang saya suka di album ini. “Gema Bumantara” sebuah hayat baru muzik tradisional dan siapa saja lagi yang mampu melakukannya dengan impak kalau bukan Siti? Ini satu gerakan baru, pemikiran baru dengan persembahan yang harus didengar terbuka.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

Empat Dekad Sheila Majid

Sakti yang ada pada seseorang penghibur adalah kuasanya dalam mengikat pendengar dan pengamat muzik dengan sebuah kelangsungan muzik yang berpanjangan dan tanpa putus. Setelah Sharifah Aini, Sheila Majid adalah personanya. Empat dekad dia lalui cukup konsisten menghiburkan lapisan generasi yang berganti.

Malam 8 November semalam akan diingati 9 ribu penonton yang hadir di Axiata Arena. Saya bersama teman media di sebelah berbual panjang sebelum konsert bermula, melihat stadium penuh di setiap kerusi dan sudut. Dan yang mengundang kekaguman kami adalah diveristy crowd yang hadir malam tadi. – melewati batas bangsa, kewarganegaraan malah usia.

Daya kuasa ini yang mungkin penghibur lain tiada dan Sheila berjaya menyatukan serumpun masyarakat nusantara menonton konsertnya. Magikal sekali. Sheila malam tadi membuka persembahan dengan rangkaian lagu-lagu Pop seperti Warna, Nada, Dia, Inikah Cinta, Catat dan Embun. Tanpa perlu berlebihan, dia adalah bukti when your presence is big, you don’t need anything else to stand out.

Sheila membuat semua menyanyi, menari dan saya yang melihat dari atas stadium menyaksikan betapa bebasnya crowd malam tersebut berekspresif dalam melayani lagu-lagunya. Malam diteruskan dengan persembahan Balada Ratu, Di Dalam Emosi Ini, Gemilang, Gerimis Semalam dan juga Datanglah.

Dua jam konsert berlangsung tiada momen kosong. Lagu-lagu dipersembahkan sebaiknya dan saya senang dengan pendirian Sheila untuk tidak terlalu mengubah susunan muzik untuk menjadi terlalu berbeza daripada versi asal.

Saya pasti yang hadir mahu menyanyi dan berhibur bersama dan Sheila faham akan hal ini. Namun Mac Chew sebagai Pengarah Muzik masih memberi justifikasi terbaik pada setiap kemasan muzik yang dibuat untuk konsert ini untuk benar-benar menyerlah.

Sheila bersama Mac Chew, Jenny Chin, Tohpati, Steve dan pemuzik lainnya yang mengiringi.

Malam semakin menyenangkan pabila Sheila mula menyanyikan lagu-lagu yang dinanti semua – Ku Mohon dan Kerinduan yang menyentuh emosi dan membuat setiap penonton terpaku saat dia menyanyikan kedua-dua lagu tersebut.

Sebagai penggemar era awal Sheila saya juga lega dia tidak meminggirkan lagu-lagu seperti Persis (My all time favorite), Bahagia, Fikirkan Dulu, Relakan dan Nada antaranya. Buat pertama kalinya juga Sheila mempersembahkan lagu berjudul Catat ciptaan Odie Agam di pentas konsert.

Konsert malam tersebut ditutup dengan Memori, Pengemis Muda dan Sinaran. Sebagai peminat saya puas, bahagia dan ini semestinya akan menjadi antara konsert yang akan saya ingati sepanjang bersama Sheila Majid sepanjang kariernya. Sheila bersahaja di pentas dan pengalamannya adalah bukti pendewasaan – dia tahu apa yang perlu dan tidak untuk benar-benar menghiburkan.

She’s truly a legend.

kesemua gambar: altus_prohouse


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

melayani “rekah” persembahan pop kontemporari terkini atilia

Lagu: Rekah
Persembahan: Atilia
Komposer Lirik: Atilia / Jinx Chin
Produser: Jinx Chin

Melwati perjalanan panjang kariernya tanpa riuh seribu, Atilia utuh dengan identiti serta visi jelas dalam muziknya. “Sangkar” dan “Indah” sudah lebih sedekad beredar menjadi satu benchmark tinggi sebetulnya untuk pasaran Pop tempatan menjadi lebih bercitarasa dalam muzik.

Biar ia tidak dalam lapangan majoriti yang mampu faham dan mengikuti visi Atilia dalam muzik, namun ia bukanlah kayu pengukur kejayaan. Atilia setidaknya memberi satu variasi untuk pasaran Pop tempatan tidak stagnant dengan ragam serupa.

Setelah “Cinta Sampai Mati” beredar lebih dua tahun, Atilia kembai dengan sebuah lagi lagu berjudul “Rekah” yang tidak silap saya menjadi sebahagian daripada pengisian album solo keempatnya “Prahara”.

Lagu ini bergerak dalam lingkungan Pop Kontemporari yang easy-listening. Tidak kompleks dengan hal-hal yang merumitkan baik melodi, kemasan muzik sehingga liriknya. Ia sebuah melodi penyembuhan (healing) dengan bait lirik yang bersulam kemanusiaan.

Hal ini jelas saat lagu ini dibuka dengan bait “Setiap rekah melangkah gagah // Perjalananku yang indah belaka // Melihat bala dunia berkata // Pada mereka aku salah.” Korusnya terhasil ringan dan menyenangkan.

“Rekah” bukan material massa yang akan menjulang Atilia dengan strim tinggi tapi sejujurnya sekali sekala kita dihidangkan dengan melodi sebegini ia memberi satu kenyamanan di saat terlalu banyak lagu yang oeng penghasilannya bising hari ini.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

afgan mengembalikan groove nusantara lewat “kacamata”

Lagu: Kacamata
Persembahan: Afgan
Komposer Lirik: Afgansyahreza / MOhammed Kamga / Iqbal Siregar / Petra Sihombing
Produser: Petra Sihombing

Dalam perjalanan panjang Afgan menelusuri karier bermuziknya, sudah banyak yang diteroka dalam gagasan Pop yang beragam. Balada, R&B itu menjadi kekuatannya – vokalnya tersendiri dalam menterjermah siapa Afgan itu sehingga menjadi jati dirinya hari ini.

Menghapiri usia dua dekad bermuzik Afgan musically, tidak pernah gagal dalam memberi keterujaan baru, sound baru. Bertumbuhnya Afgan dalam muzik itu secara sedar atau tidak ia membentuk landskap Pop nusantara yang semakin baik cita rasa muzinya.

Setalah projek “Sonder”, Afgan meneruskan lagi fokus muziknya dengan penghasilan lagu berbahasa Indonesia pula. Sebagai pemula “Kacamata” menjadi pertaruhan terbarunya. Tanpa banyak kata, saya senang dengan penghasilannya. Ringkas, mengikat dan kecanduan.

Bersama produser Petra Sihombing lagu ini terhasil solid. Penghasilannya tidak kompleks dengan hal-hal bermuzik yang terlalu teknikal. Simple namun secukupnya untuk menjadi the brand new classic daripada Afgan.

Groove nya ada, attitude vokal Afgan mengena dengan penghasilan keseluruhan lagu ini. Ditunjangi sesuatu yang moden dan dekat dengan kehendak pasaran muzik semasa, “Kacamata” definitely a smooch perfect Pop for the weekend!

9.5 / 10


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Terkini,

dominasi hindia, raisa di ami awards ke-28

Anugerah Musik Indonesia baru-baru ini mengumumkan senarai lengkap pencalonan. Tahun ini menyaksikan sebanyak 64 kategori dipertandingkan termasuk satu kategori baru iaitu penaataan vokal.


PRODUSER RAKAMAN TERBAIK
Iga Massardi – everything u are (Hindia)
Jemsii – Garam & Madu (Sakit Dadaku) (Tenxi, Jemsii, Naykilla)
Laleilmanino – Selalu Ada Di Nadimu (Ost. JUMBO) (Prince Poetiray, Quin Salman)
Nesia Medyanti, Ratna Nindya Wardhani – Donny (NonaRia)
S/EEK – Berharap Pada Timur (Salma Salsabil)

GRAFIS DESAIN ALBUM TERBAIK
Ipeh Nur, Enka Komariah, Aji Styawan – Hujan Orang Mati (Majelis Lidah Berduri)
J. Alfredo – Persembahan Untuk Masa Depan (Romantic Echoes)
Kendra Ahimsa – Intonesia (Diskoria)
Kubo/Galdive – Blue (Galdive)
Nady Azhry – Tumbuh dan Menjadi (Banda Neira)
Spell Method – Commit Death (Enola)

TIM PRODUKSI SUARA TERBAIK
Jemsii – Garam & Madu (Sakit Dadaku) (Tenxi, Jemsii, Naykilla)
Kevin Queency, Dimas Pradipta – semua lagu cinta terdengar sama (Hindia)
Osvaldo Rio Nugroho Aritonang – LOVE ME LIKE YOU (Rahmania Astrini)
Osvaldo Rio Nugroho Aritonang , Tanisha Tishawiana Sadewo – Teach Me How To Love (Galdive)
Stevano, Dimas Pradipta – Abadi (Ziva Magnolya)

VIDEO MUSIK TERBAIK
Aco Tenriyagelli – Si Paling Mahir (Raisa)
Dwi Agung Pambudi, Dhiwangkara Seta – Arteri (.Feast)
Febrian A. Hasibuan – Tumbal Proyek (Sukatani)
Gilbert March – Frenemy (Isyana Sarasvati, VIDI)
Senry Alvin – Not Today (Reality Club)
Yogi Kusuma – everything u are (Hindia)

ARANSEMEN VOKAL TERBAIK
Barsena Bestandhi – Berharap Pada Timur (Salma Salsabil)
Belanegara Abe – Di Balik Pertanda (Kaleb J)
Dian HP, Gabriel Harvianto – MAR Medley Acapella – Melati Di Tapal Batas, Sepasang Mata Bola, Saputangan Dari Bandung Selatan, Selendang Sutra (Gabriel Harvianto, Galabby, Nisa Haryanti, MAR Ensemble)
Kamga – everything u are (Hindia)
Natasya Elvira – Sembilan (Societeit de Harmonie, Natasya Elvira)
RINNI, Teza Sumendra, Annisya – I GOT IT (RINNI)

Bidang Umum
PENDATANG BARU TERBAIK TERBAIK
Fajar Noor – Tahta Hatiku #Pendampingmu
Faris Adam – Stecu Stecu
Prince Poetiray – Selalu Ada Di Nadimu (Ost. JUMBO)
Vanessa Zee – Engga Ngerti
Wijaya 80 – Terakhir Kali
Zainul Basyar – Gejala Asmara

ALBUM TERBAIK TERBAIK
Berharap Pada Timur – Salma Salsabil (Universal Music Indonesia)
Dengarkanlah Radio – NonaRia (BTL Records)
Doves, ’25 on Blank Canvas – Hindia (Sun Eater)
Membangun & Menghancurkan – .Feast (Sun Eater)
Rahasia Pertama – Rony Parulian (Universal Music Indonesia)

KARYA PRODUKSI TERBAIK TERBAIK
Berharap Pada Timur – Salma Salsabil
everything u are – Hindia
Garam & Madu (Sakit Dadaku) – Tenxi, Jemsii, Naykilla
Selalu Ada Di Nadimu (Ost. JUMBO) – Prince Poetiray, Quin Salman
Terakhir Kali – Wijaya 80
Terserah – Raisa

KARYA PRODUKSI RE-ARANSEMEN TERBAIK
Andi Rianto – Mencintaimu (Ost. 2nd Miracle in Cell No.7) (Mahalini)
Andre Dinuth – Nada Nada Cinta (Rossa, Ariel NOAH)
David Albert, Lukman Hakim – Elegi Esok Pagi (Ebiet G. Ade, Segara, Adera)
Irwan Simanjuntak – Selalu Untuk Selamanya (Hanin Dhiya, Stevan Pasaribu)
Yovie Widianto, Adrian Kitut – Terlalu Cinta (Yovie Widianto, Lyodra)

Raisa mendominasi kategori Pop

Bidang Pop

ARTIS SOLO WANITA POP TERBAIK
Mahalini – Mencintaimu (Ost. 2nd Miracle in Cell No.7)
Meiska – Keras Kepala
Raisa – Terserah
Salma Salsabil – Berharap Pada Timur
Shabrina Leanor – Pendampingmu #TahtaHatiku
Yura Yunita – Tanda

ARTIS SOLO PRIA POP TERBAIK
Barsena Bestandhi – Ruang Baru (Ost. My Annoying Brother)
Nadhif Basalamah – bergema sampai selamanya
Nyoman Paul – Tunggu Apa Lagi
Rizky Febian – Malam Rawan
Rony Parulian – Pesona Sederhana

DUO/GRUP POP TERBAIK
Batas Senja – Kita Usahakan Lagi
Juicy Luicy – Malapetaka
MALIQ & D’Essentials – Kumpul Bocah (Ost. JUMBO)
RAN – Rahasia #2
The Lantis – Bunga Maaf
Wijaya 80 – Terakhir Kali

PENCIPTA LAGU POP TERBAIK
Bernadya, Iqbal Siregar, Adrian Khalif, Rendy Pandugo – Asumsi (Adrian Khalif, Bernadya)
Hezky Joe – Terakhir Kali (Wijaya 80)
Nyoman Paul, Rahman Sadli Waraiya, S/EEK – Tunggu Apa Lagi (Nyoman Paul)
Raisa Andriana, Lafa Pratomo – Terserah (Raisa)
Salma Salsabil, Clara Riva – Berharap Pada Timur (Salma Salsabil)
Siprianus Bhuka – TABOLA BALE (Silet Open Up, Jacson Seran, Juan Reza, Diva Aurel)

PENATA MUSIK POP TERBAIK
Andi Rianto – Kau Selalu Dihati (Andi Rianto, Lyodra, Rony Parulian)
Ari Renaldi, Yovie Widianto – Bunga Jiwaku (Yovie & Nuno)
Erikson Jayanto – Terakhir Kali (Wijaya 80)
Rendy Pandugo – Asumsi (Adrian Khalif, Bernadya)
S/EEK – Berharap Pada Timur (Salma Salsabil)

ALBUM POP TERBAIK
amBivert – Raisa (Juni Records)
Berharap Pada Timur – Salma Salsabil (Universal Music Indonesia)
HARAP-HARAP EMAS – Adrian Khalif (E-Motion Entertainment)
LUAP – Nyoman Paul (Universal Music Indonesia)
Rahasia Pertama – Rony Parulian (Universal Music Indonesia)

Bidang Soul/R&B

ARTIS SOLO SOUL/R&B TERBAIK
Adrian Khalif – Maling
Jordan Susanto – Will I Ever Love Again?
Kaleb J – Di Balik Pertanda
Karina Christy – Ontime
Rahmania Astrini – LOVE ME LIKE YOU
Ziva Magnolya – Abadi

DUO/GRUP/KOLABORASI SOUL/R&B TERBAIK
Christo Edgar, Laze – Kembali
GAC (Gamaliél Audrey Cantika) – Higher
Salon RnB, Moneva, RL KLAV, Karina Christy, Madukina, Sade Susanto, Noni – Do What We Do
TADI, Rahmania Astrini – Pesona
Ziva Magnolya, Kaleb J – Against All The Odds

ARTIS SOLO SOUL/R&B ALTERNATIF TERBAIK
Assia Keva – Looking For Love In Wrong Places
Bloodlyne – Don’t Say I Never Loved You (DSINLY)
Cécil Yang – Is It Love?
Christo Edgar – Berlalu
Tarrarin – Wanita

DUO/GRUP/KOLABORASI SOUL/R&B ALTERNATIF TERBAIK
Dreane – Keluh
Galdive – Teach Me How To Love
Matter Mos, Teddy Adhitya – Sujud
Monica Karina, Teza Sumendra – Gentle Agreement
Noni, Rai Anvio – RECKLESS

Bidang Rock

ARTIS SOLO/GRUP/KOLABORASI ROCK TERBAIK
.Feast – Tarot
For Revenge – Penyangkalan
Last Child , Sansan – Dendam
Methosa – Bangun Orang Waras
Voice of Baceprot – Mighty Island

ALBUM ROCK TERBAIK
Black Horse I – Black Horses (FireFly Records)
Joged – Slank (Slank Records)
KOMA – Kelompok Penerbang Roket (Berita Angkasa Records)
Membangun & Menghancurkan – .Feast (Sun Eater)
TRANSISI – Voice of Baceprot (Dark Anthem Records)

Bidang Jazz

ARTIS JAZZ TERBAIK
Arumtala – Gagal Diet
Dua Empat – My Funny Guy
Indra Lesmana – A Time For Everything
NonaRia – Donny
Societeit de Harmonie, Natasya Elvira, Jamie Aditya – Kosong

ARTIS JAZZ ALTERNATIF TERBAIK
Arini Kumara, Nesia Ardi – Jelang Malam (Ost. Sorop)
Barry Likumahuwa, Andre Dinuth, Echa Soemantri – Classroom Assessment
eleventwelfth, Littlefingers – ka/la (Littlefingers ver.)
Littlefingers – Four Flights to Fibs
Mikail Al Rabbdia, Gerald Situmorang – Dalam Perjalanan

ALBUM JAZZ / JAZZ ALTERNATIF TERBAIK
CINEMA. Extended – Natasya Elvira (Kuatimane Records)
Dengarkanlah Radio – NonaRia (BTL Records)
Dua Empat – Dua Empat (Dua Empat)
Made to Believe – LOVE IS, Jason Mountario, Sri Hanuraga, Kelvin Andreas, Rainer James (Jason Mountario)
Snakes & Ladders – Littlefingers (Sunny Music Distribution)
Sydney Reunion – Indra Lesmana (InLine Music)

Bidang Alternatif

ARTIS SOLO ALTERNATIF TERBAIK
Feby Putri – Semoga Ada Waktu Luang
Hindia – everything u are
Oslo Ibrahim – F*** You
Pamungkas – Riddle of The Night
Shakira Jasmine – Selalu Kalah

DUO/GRUP/KOLABORASI ALTERNATIF TERBAIK
Ali – Blue Lotus
Dipha Barus, Kunto Aji, The Adams – Rima Raga
Efek Rumah Kaca – Tiada Tuhan Selain Pemilik Kapital
Nidji – Mutant Love
Reality Club – Quick! Love!
The Panturas, Doel Sumbang – Jimat

ALBUM ALTERNATIF TERBAIK
Doves, ’25 on Blank Canvas – Hindia (Sun Eater)
Galura Tropikalia – The Panturas (Los Panturas Ent.)
Hitam Putih – Feby Putri (Tumbuh)
Patterns – Ali (Ali)
Telisik (lagi) – Danilla (Laguland)

Highlight, Review, Terkini,

rossa melewati usia karier yang semakin muda lewat ep “asmara dansa”

EP: Asmara Dansa
Persembahan: Rossa
Produser: Dipha Barus

Tidak pernah betah dan selesa dengan karya-karya sedia ada, meneruskan sebuah kelangsungan bermuzik dengan idea dan pemikiran yang sentiasa baru untuk penggemarnya. Itu Rossa yang saya kenal sejak dia muncul di persada muzik tempatan dengan “Tegar”.

Perjalanannya tidak pernah perlahan, malah akan ada sahaja hal-hal baru yang mahu dikongsikan. Jika tidak perlu hadir dengan album penuh pasti akan ada single baru atau rakaman ulang lagu terdahulu yang menjadi pertaruhan untuk terus kekal relevan.

Bulan lalu “Bertengkar Manis” membawa kemenangan buatnya saat dinobat sebagai Lagu Bahasa Melayu Terbaik Artis Luar Negara di acara Anugerah Industri Muzik yang menjadi satu lagi penanda aras buatnya utuh sebagai penyanyi luar yang kuat di Malaysia.

Terkini, beriring empat lagu yang diramu semula, Rossa menzahirkan EP “Asmara Dansa” bersama produser muzik Dipha Barus. DIbuka dengan “Serasa x Juwita” yang menggabungkan dua lagu sebagai satu naskhah baru dan segar.

Ilham Disko, City Pop dan Synth menjadi penggerak lagu ini sekaligus membentuk keseluruhan EP. Apa yang cukup menarik, biar pada usia bermuzik lebih dua dekad, suara Rossa sentiasa muda dan menyenangkan. Tiada hal yang janggal dalam menikmati Rossa yang baru ini.

Hal ini jelas dalam persembahan sederhananya menawan melodi malar segar yang sudah memiliki hayat panjang sebagai lagu malar segar. Rossa tidak berlebihan dalam penyampaian dan dia tahu mengikut rentak sepatutnya agar dia kedengaran cukup untuk memberi justifikasi pada kemasan muzik yang baru.

“Sinaran” menjadi focus track album ini dengan penampilan MK sebagai rapper undangan. Klasik dan tidak diusik untuk mengubah tetapi ditinggikan standard muziknya. Lagu ini kedengaran baru, segar dan timeless di tangan Rossa.

“Asmara Dansa” bergerak sebagai satu projek istimewa untuk peminatnya dan saya percaya ini juga satu usaha untuk Rossa menjerat penggemar yang baru. Ilham ini saya sudah perhatikan ketika dia merakam lagu “Kau” bersama Boy William di album “Another Journey”. Ia mengena dengan attitude yang ada pada Rossa.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN