
Lagu: Are You My Valentine?
Artis: Sivia
Komposer / Lirik: Sivia Azizah / Iwan Popo
Produser: Iwan Popo
Pesona R&B yang dibawa bakat baru bernama Sivia menerusi lagu-lagu yang beredar di album perdananya “Love Spells” membuka satu lembaran baru muzik Indonesia dengan lahirnya seorang lagi bakat muzik yang cukup mampu dibanggakan sebagai pelapis.
Menerusi “Love Spells” Sivia sudah mengeluarkan semua kelebihan bermuzik yang dia miliki dalam 9 lagu yang terisi dengan feel Modern R&B yang seiring dengan apa yang ditawarkan pasaran global.
Dan konsert virtual solonya membuktikan sekali lagi keseriusan Sivia sebagai penyanyi dan pemuzik yang datang dengan kredibiliti dan kesungguhan dalam berkarya.
Terkini dia hadir dengan single “Are You My Valentine” dicipta bersama Iwan Popo yang juga menjadi tulang belakang Sivia bermuzik sejak awal dia berkarier.
Single ini hadir begitu soulful sekali dengan peson melodi yang cukup kuar pengaruh R&B Soul dalam persembahan menawan Sivia.
“Are You My Valentine” sebuah lagi lagu yang akan terus menanam rasa percaya pada bakat besar milik Sivia. Dan saya pasti single adalah permulaan 2021 yang baik untuk kita terus meresapi muzik yang bakal terus di pasarakan di masa depan.
8.3/10
ARTIKEL BERKAITAN