Kelibat MFMF. dalam pasaran muzik tempatan semakin dirasai sejak kejayaan single “Flashes” kolaborasi tiga bersahabat – Kuizz, Justin dan Zen bersama Bil Musa yang diedarkan awal tahun ini. “Flashes” tampil dalam satu ilham Pop semasa yang cukup current, bervisi dan hadir dengan citarasa muzik yang cukup tinggi.
Meneruskan kelangsungan kejayaan “Flashes” satu lagi kolaborasi istimewa dirilis hari ini bersama bakat muda Daiyan Trisha menerusi lagu berjudul “Passin’ Thru” yang sekali lagi tampil dalam ilham Pop semasa yang cukup kemas penghasilannya.
MFMF. akronim kepada “Music For My Friends” sebelum ini menghasilkan single Daiyan berjudul “If I” yang beredar sebulan lalu dan turut menjadi produser muzik single “Aku & Laguku” persembahan Hani & Zue yang meletakkan standard muzik duo tersebut di tahap lebih membanggakan.
Tiga bersahabat ini saya kira harus diberi lebih perhatian dalam penghasilan Pop yang lebih current dan bercitarasa untuk pasaran tempatan secara general. Kredibiliti serta keupayaan mereka dalam bermuzik dengan sentuhan serta feel muzik antarabangsa amat diperlukan untuk memajukan pasaran muzik komersil tempatan.
Rencana ini penting untuk meneruskan usaha Alif khususnya yang sudah memberi rencah moden dalam pasaran muzik semasa dalam lagu-lagu ciptaannya buat Kaka, Elizabeth Tan dan Andi Bernadee khususnya. Selain kolaborasi The Faithmen (Faizal Tahir, Mike Chan) dan Ezra Kong bersama Hael Husaini.
MFMF yang merupakan gabungan sisi muzik EDM duo “Spuds” dan solo R&B “Kuizz”. “Passin’ Thru” mengangkat tema cinta yang ditulis dalam ceritera dua anak muda yang harus membuat keputusan dalam perhubungan yang dijalin. Sudah tersedia di semua gedung muzik digital.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Summer Anthem Dipha Barus & Monica Karina Diteruskan Menerusi Single “You Move Me”