
Program “Malaysia Idol” yang awal diperkenalkan sekitar tahun 2004 membawa kita pada nama besar seperti Jaclyn Victor, Dina, Sufiah dan seorang lagi yang begitu menonjol dengan skil nyanyiannya – Nikki Palikat.
Hadir penuh pesona di sesi uji bakat dengan lagu “Emotion” nyanyian asal Mariah Carey, Nikki memukau tiga juri idol ketika itu – Roslan Aziz, Paul Moss dan Fauziah Latiff dalam penampilan sederhananya.
Biar hanya sempat berada di pentas Idol selama enam minggu sahaja, kelibat Nikki di persada muzik tempatan mendapat perhatian “Artiste United Records” yang kita itu merekrut Nikki sebagai artis rakaman mereka.
Di bawah kendalian Vernon Kedit dan soul sensastion, Ning Baizura – Nikki sempat melahirkan dua album R&B Pop yang cukup tinggi penghasilan kualiti muziknya dengan sentuhan muzik yang cukup moden.
Bergerak selesa dengan komposer Audi Mok – Artiste United Records merangka jaluran muzik Nikki yang ketika itu cukup melawan arus muzik perdana.
Berbekal single “Pinta” yang ditulis Hazami menerusi debut berjudul “Maharani”, dia tampil lebih disenangi dan menjadi sebutan menerusi single kolaborasi bersama Zahid ketika itu berjudul “Caramu” sebuah lagu ciptaan Audi bersama lirik dipena Nurfatima.
Meneruskan suskses “Maharani” – Nikki tampil lebih eksperimental dan berani dalam garapan muzik Klasikal yang di-Pop kan dengan cukup cemerlang Audi Mok.
“Hawa” sehingga hari ini biar sedah lebih sepuluh tahun beredar masih kental bergerak sebagai sebuah naskhah Pop yang berdiri sendiri tanpa perlu terikat ilham pasaran muzik semasa.
Muzik Kita membawakan sedikit ingatan sebagai apresiasi muzik yang sudah diberikan Nikki sepanjang semapat dia bermuzik secara komersil. Biar kini dia memilih untuk bergerak secara independen di pentas-pentas muzikal, comeback nya ke pentas mainstream akan sentiasa dinanti.
Berikut 5 Persembahan Vokal Terbaik Nikki
PINTA
“Pinta” ibarat love at first sight pada pesona suaranya. Kelebihan Nikki tentu saja pada feel dan kejelasan dalam menutur bait lirik yang telah disusun kemas. Lagu ini benar-benar memberikan satu nafas baru Balada tempatan ketika diedarkan di tahun 2004.
BETARA SUKMA
Prolog kepada lagu terakhir di album “Hawa” berjudul “Cinta” – dikemaskan dengan konsep muzikal yang begitu emas hasilnya. Hanya untuk mendengar penyampaian hebat Nikki sahaja saya boleh mengulang dengar beberapa kali trak berdurasa 1:46 saat ini.
OH MY!
Improvisation di bahagian korus lagu ini mengubah lirik asal kepada Teknik nyanyian luar biasa Nikki. Lagu yang cukup rare dalam pasaran muzik tempatan ini memberi satu perasaan yang luar biasa sekali hasilnya.
DRAMA (Bersama Ning & Yanie)
Kolaborasi terhebat di era 2000 diterajui gerakan muzik Artiste United Records dalam menerusi single “Drama” ciptaan Audi Mok yang menampilkan tiga vokalis hebat Nikki, Ning dan Yanie. Lagu ini begitu memberi justice kepada vokal Ning dan Nikki khususnya yang sehingga hari ini diingati sebagai antara lagu terbaik mereka.
ROMEO & JULIET (Bersama Ebi Kornelis)
Lagu yang begitu jarang didengari dan diketahui. Sayang sekali terbiar begitu sahaja. Eksperimen muzik Audi dalam mengembangkan ilham muzik klasikal yang dimodenkan dalam penyampaian vokal dan susunan muzik menjadikan lagu ini istimewa sekali. Mendengarkan vokal hebat Nikki sahaja sudah memberi nilai tambah luar biasa lagu ini.
*Dengarkan 12 Lagu Terbaik Nikki Sepanjang Kariernya di playlist Spotify MK
ARTIKEL BERKAITAN
#RetrospektifMuzik 20 Tahun “Memori” Dalam Lipatan Sejarah Pop R&B Tempatan