
Lagu: Tiada
Artis: Liza Hanim
Komposer & Lirik: Liza Hanim & Fedtri Yahya
Produser: Sharon Paul
Setahun dua ni Ballad kita terlalu stagnant dan membosankan. Semuanya kedengaran serupa dan tiada excitement baru. Muzik harus ke depan dan berevolusi.
Penyanyi baru yang hadir dalam ilham Ballad pun tidaklah datang dengan penyampaian yang cemerlang. Sekadar teriak- teriak nada tinggi yang mengundang jeritan peminat2 yang sebegitu jugalah sifatnya, suka berteriak.
Itulah silapnya bila buat ballad. Ballad sebetulnya bukan begitu. Ia harus disiapkan dengan rasa bukan teriak-teriak kasar yang bingit. Dah 2020 kot Ziana Zain pun dah tak nyanyi macam tu.
Hari ini saya kembali mendengar Ballad Melayu hanya kerana LIZA HANIM merilis lagu terbarunya “TIADA” ciptaan Liza sendiri bersama kemasan muzik Sharon Paul dan lirik Fedtri Yahya.
Awalnya bila melihat posting Liza di studio Sharon Paul beberapa bulan dulu tidaklah mengundang teruja. Sebab rasanya its going to be another Sampai Bila.
But again Liza is exceptional. She deliver Ballad ini dengan sangat cemerlang, sangat merdu, sangat lembut dan secukup rasa. Lagu begini menuntut masa dan rasa pendengar untuk meresap semua emosi yang Liza persembahkan.
Pengalaman yang ada saya kira membuatkan Liza faham apa itu sebenarnya nyanyian. “TIADA” dari segi melodi tidaklah terhasil dengan idea baru tetapi hanya untuk menghayati feel hebat Liza yang sangat kemas tersusun tertibnya dalam melantun bait lirik lagu ini saya harus katakan Liza dah buat saya nak dengar Ballad melayu balik specifically this song.
Terlalu cantik suaranya.
Lagu ini andai kata ia gagal menarik perhatian pendengar baru dan muda hari ini saya kira Liza tidak perlu terlalu terusik dengan hal ini kerana apa yang penting dia sudah memberi apa yang penggemarnya mahukan.
6.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
https://muzikkita.com/siti-nordiana-angkara/