
Lagu: Jatuh Cinta
Artis: Marion Jola & Teza Sumendra
Komposer / Lirik: Harry dE Frates / Kenny Gabriel / Marion Jola / Teza Sumendra
Produser: Kenny Gabriel
Saya mungkin antara yang terlalu lama menantikan Teza Sumendra merakamkan lagu Pop dan keluar seketika daripada pasaran muzik Urban R&B yang dibawanya selama ini. Bukan kerana ia tidak bagus tetapi saya kira Teza itu akan sangat lebih berjaya dengan pasaran muzik yang lebih luas jika menembus pasaran Pop.
Kolaborasi yang sedia ada kebanyakannya juga bersama nama-nama pasaran muzik Urban seperti Soundwave memberi sentuhan muzik dengan sebuah sudut pandang berbeza anda melihat pasaran muzik Indonesia. Pengalaman berbeza yang ditawarkan dalam muziknya mungkini sesuatu yang niche namun diperlukan dalam mraikan kepelbagaian bermuzik.
Jadi di saat mengetahui Teza membuka hati dalam projek istimewa runut bunyi “Keluarga Cemara 2” ini saya antara bahagia menyambut perkhabaran ini dan lebih menggembirakan ia adalah sebuah kolaborasi bersama bintang Pop handalan Marion Jola yang sentiasa hadir dengan hits meganya.
“Jatuh Cinta” sebuah rakaman semula yang digubah dengan sound yang cukup current sekali. Kemasan muzik Kenny Gabriel menyuntik elemen R&B Pop menjadikan lagu ini terhasil sebagai sebuah pengalaman baru mendengarkan lagu yang total baru tanpa perlu mengusik ubah melodi asalanya tetapi ditinggikan standard muziknya ke tahap yang cukup baik.
Sifat lagu ini yang cukup dekat dengan ilham Pop Marion Jola tidak kedengaran canggung pabila dibalas pesona suara Teza. Kolaborasi ini saya kira datang sebagai sebuah kejutan manis Pop Indonesia. Melodinya cukup catchy dengan bait lirik yang ditulis dengan cukup menarik sekali.
Seawal ia dibuka dengan “Dari manakah datang datangnya lintah, Darilah sawah turun turun ke kali.” sudah menawarkan pesona untuk mengikat pendengar melayani lagu ini ke hujungnya. Lagu ini saya kira tidak sukar untuk menembus pendengaran nusantara.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN