
Menutup kalender muzik tahun 2021, Levi’s® Malaysia mengumumkan (serta merombak) projek Levi’s® Music Project Malaysia. Berpaksikan pada pelancaran awal inisiatif komuniti pada tahun 2020 yang lalu, Levi’s® Music Project berusaha untuk memperjuang serta memupuk aspirasi dan semangat dalam kalangan penggiat komuniti muzik tempatan di peringkat akar umbi.
Selaras dengan itu, sumbangan Levi’s dalam memainkan peranan dalam komuniti, Projek Muzik Levis yang bakal memasuki lembaran baru menawarkan program yang lebih menarik bersama dengan ikon muzik tempatan dan budaya tempatan, Yuna.
Diperkenalkan dengan fokus memberi inisiatif muzik di kalangan penggiat seni muzik tempatan, kempen #SupportMusic diperkenalkan bagi meneruskan kelangsungan program yang masuk tahun kedua ini.
Levi’s® bakal memperkenalkan server Levi’s® Music Project Discord global, yang pertama seumpamanya. Program yang diterajui oleh para artis ini bakal berfungsi sebagai hab utama kempen – dan akan menjadi satu-satunya cara komunikasi dan penyampaian menerusi saluran YouTube Levi’s® bagi menyediakan akses dan peluang selanjutnya, selepas tempoh kempen.
Kempen yang diterajui Yuna sebagai artis dan juga mentor program ini juga bakal menawarkan peserta dan penggiat komuniti pandangan langsung ke dalam proses kreatif dan dunia Yuna, yang bakal disusuli dengan persembahan maya secara langsung yang eksklusif. Sorotan penglibatan Yuna, kemuncak program ini bakal disusuli dengan “CabaranRemix” di mana Yuna akan membuka peluang pemuzik yang bercita-cita untuk mengadun semula salah satu lagunya.