
Lagu: Lenggang
Artis: Khodi
Komposer / Lirik: Khodi / Shazee
Produser: Shazee
Khodi begitu menarik perhatian saya ketika dia merilis single kolaborasi bersama Razqa berjudul “Ke Mana” yang mengalun nuansa Pop R&B juga Soul. Cukup impresif dan biar sehingga hari ini saya masih mampu menikmati lagu tersebut. Fresh dan original.
Landskap Pop yang dipersembahkan menerusi lagu tersebut menyuntik satu spirit baru di kalangan bakat muda yang mampu memberi satu dimensi berbeza muzik tempatan. Dengan satu tenaga muzik yang lebih moden, current dan tidak terlalu ‘me-layu” sifatnya.
Namun “Ke Mana” tidaklah ke mana sebetulnya. Pasaran muzik lokal yang masih meraikan Balada melayu, lembik dan meleweh seperti tidak membenarkan lagu tersebut untuk diterima cukup meluas. It is sad tbh, tapi tak banyak yang kita boleh pertikaian selain keep on support great music.
Setelah lebih setahun “Ke Mana” dirilis, Khodi menghadirkan sebuah lagu berjudul “Lenggang” yang ditulis bersama Shazee dalam sebuah repertoire muzik yang mengambil ilham muzik Tradisional yang di Pop kan. What’s new? The next “Canggung” mungkin.
Terhasil catchy dengan dance move yang saya kira dihasilkan untuk catch younger Tik Tok generation attention – dance challenge etc. But tbh this is not the Khodi yang saya expect. She’s bigger, better than this.
Saya tak pasti percaturan ini baik untuk bakat besar yang dimiliki Khodi, sebab she’s definitely a soul singer. Dia boleh carry jiwa Amy Winehouse dalam feel yang tersendiri.
Tapi saya faham jika ia dirilis untuk buat memperkenalkan nama Khodi dalam pasaran yang lebih luas. Peratusan untuk pendengar kita enjoy “Lenggang” lebih tinggi berbanding “Ke Mana”. Saya berharap “Lenggang” bakal menjadi, kerana jika tidak ia hanya percaturan yang membazirkan bakat besar milik Khodi.
Khodi definitely bakat baru yang harus kita jaga bakatnya. Saya selalu berharap agar Khodi boleh terus bersama Razqa mencipta lebih banyak soulful songs yang semakin kurang di pasaran muzik tempatan.
Chemistry mereka sangat-sangat baik dan musically Khodi akan terlihat lebih intelek dan serius. “Lenggang” bukanlah lagu teruk cuma yeah ia buat saya keliru arah muzik Khodi becuase she is bigger and better than this. Jadi, kau ke mana sayang?
5/10
ARTIKEL BERKAITAN
#TheFutureIsBright Khodi Hadir Dalam Persembahan Penuh Groove Di Single Perdana “Ke Mana”