Lagu: Satu Malam di Temasek
Artis: Joe Flizzow
Komposer / Lirik: Joe Flizzow / SonaOne
Produser: SonaOne
Perjalanan panjang Joe Flizzow dalam kembara muziknya bergerak hampir tiada hentinya. Sejak bermula awal bersama Malique sehingga bergerak solo, Joe dan Hip-Hop bersatu menggerakkan kosmik muzik tempatan dengan caranya yang cukup tersendiri.
Satu per satu single dihasilkan, dengan membebaskan pasaran muziknya lebih luas dan terbuka dalam kolaborasi bakat-bakat baru, Joe melestarikan Hip-Hop tempatan dengan satu standard yang cukup tinggi.
Setelah “Kuasa” dan “Ciao” yang saya sifatkan sebagai penghasilan terbaiknya sepanjang berkarier, Joe tidak lagi mahu memperlahankan langkahnya. Kali lebih personal dengan sudut pandang peribadi tentang perjalanan hidupnya menerusi single “Satu Malam di Temasek”.
Kolaborasi berterusan bersama SonaOne yang turut menghasilkan lagu ini bersama Joe, “Satu Malam di Temasek” harus dihayati tidak hanya melodi atau beat yang terhasil tetapi pasti juga baris-baris liriknya.
Joe menginjak kedewasaan dalam sebuah ekamatra bermuzik yang semakin personal dan matang. Lagu ini terisi dengan penulisan lirik yang berlapis pesan dan hemat yang ditulis berdasar pengalamannya. baris tertulis sangat pasti mampu dirasai dalam balutan pemikiran juga perasaan pendengar setianya.
Bait seperti “Dulu selalu pegang besi yang berkarat, Sekarang jari manis ada 6 karat.” bergerak sebagai sebuah perlambagan di mana dirinya sekarang. Beriring kematangan juga dia menulis pesan keras “If you ain’t making sense I hope you saving pennies.”
Lagu ini hadir sebagai sebuah kritikan sosial yang sangat pedas jika anda peduli dengan apa yang cuba Joe sampaikan. Mendengarkan lagu ini buat kedua dan ketiga kali saya kira saya harus bersetuju dengannya saat dia menulis “A tiger never gonna lose its stripes, Piloto Capitan Flizz never miss his flights.”
8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Persembahan Soulful Ballad Alif Satar & The Locos Lewat Single “LelakiXSempurna”