
Apalah Gegar Vaganza tanpa sebarang kejutan. Daripada lima kerusi yang dijanjikan untuk bekas-bekas peserta ini sama bersaing dengan juara-juara sebelumnya menjadi enam kerusi hangat kesemua yang tercalon.
Tomok, Ezad, Zamani, Suki, Nikki Palikat dan Liza Hanim mendominasi pencalonan yang terus meninggalkan calon favorite lain seperti Amelina, Hazami dan Bob antaranya yang dikira cukup berbakat dan mampu berpentas dengan baik namun harus akur dengan sistem voting yang ditetapkan penganjur.
Seratus peratus undian dilakukan peminat – Nama Zamani dan Tomok pastinya sudah dijangka akan berada selesa untuk turut sama bersaing kali ini. Nikki, Suki dan Liza Hanim antara yang kuat berkempen di media sosial mereka lolos dengan jangkaan.
Namun Ezad? Saya kira it’s a sweet surprise untuk mengenepikan Amelina terutamanya. Namun berkat undian rezeki padanya kembali untuk terus bersaing di pentas GV all stars. Dengan data disediakan pihak Astro mendahului ialah Zamani (11.11 %) diikuti Nikki Palikat denngan 10.43 Peratus, Liza Hanim (10.25%), Suki (9.41%), Tomok (6.05%) dan Ezad Lazim (4.48%).
Persoalannya mampukah peserta hot seat ini mampu memberi persaingan buat kesemua yang bergelar Juara sebelum ini? Mari lihat analisa Muzik Kita.

NIKKI PALIKAT akan memberi persaingan hebat sebagai vokalis yang masih solid persembahan secara langsung. Jac harus sangat berhati-hati dengan adanya Nikki. Percaturan lagu yang betul seharusnya menjadi paksi. Tanpa perlu terlalu bergantung pada lagu-lagu Balada, Nikki sebetulnya akan lebih menyinar dan berbeza di pentas GV dengan lagu dalam jaluran R&B dan Pop Dance.
- Damelo (Dolla)
- Sial (Mahalini)
- W.H.U.T (Aisha Retno)
- My Immortal (Evanescence)
- Flower (Jisoo) x Solo (Jennie)
LIZA HANIM seorang lagi saya kira calon kegemaran ramai untuk ke final. Kelebihan Liza tentu saja dalam menyampaikan lagu-lagu Balada dengan penjiwaan yang tepat. Namun kemampuannya menyampaikan lagu-lagu Power Pop seperti apa yang biasa dibawakan Leona Lewis, Kelly Clarkson dan Adele akan benar-benar mengeluarkan attitude bermuzik sebenar Liza di pentas.
- Pudar (Indah Ruhaila)
- Siapa Tak Mahu (Siti Nurhaliza)
- Boneka (Ernie Zakri)
- Turning Table (Adele)
- Cry Me Out (Pixie Lot)
SUKI LOW tidak boleh bergantung pada suara sahaja jika dia mahu kekal sehingga ke penghujung pentas GV All Stars. Kedudukannya kali ini akan lebih goyang berbanding di GV yang dulu dengan persaingan yang sangat sengit Suki harus bijak dalam percaturan berpentas. Lagu-lagu yang harus dia persembahkan harus keluar daripada zon selesanya.
- X Missing U (Dayang Nurfaizah)
- No (Meghan Trainor)
- Hilang Tanpa Bilang (Meiska)
- SHH (Elizabeth Tan)
- Greedy (Tate McRae)

ZAMANI sifat berpentasnya adalah showcase dan konsert. Sukar untuk kita melihat Zamani yang berbeza daripada apa yang kita biasa lihat. Saya pasti perjalanannya di GV tidak akan terlalu diuji dengan lagu-lagu yang di luar kebiasannya. Namun itu bukan tiket mudah untuknya ke pentas final. Ada keterbatasan dan persaingan yang cukup kuat untuk Zamani.
- Bayang (Khai Bahar)
- Paku (Ara Johari)
- Sandiwara (XPOSE)
- Bukalah Hatimu (M. Nasir)
- Lebih Sempurna (Syamel)
EZAD antara yang masih memiliki vokal yang sangat steady di pentas. Tak salah jika saya sifatkan kesederhanaan yang ada padanya sama dengan apa yang ada pada Siti Nordiana. Kedua-dua mereka memiliki kemerduan dan so much control in singing. Nyanyi Ezad jarangnya bingit sekali pun nada tinggi yang dilantun not bad tingginya. Ezad harus fokus pada persembahan vokal yang memberi impak untuk dia menyerlah berbanding pesaing yang lain.
- Di Matamu (Sufian Suhaimi)
- Jadi Aku Sebentar Saja (Judika)
- Purnama (Naim Daniel)
- Arjuna (Dewa)
- Stanza Sekeping Hati (Ben Nathan)
TOMOK ada kreativiti di pentas but to be honest daripada sudut nyanyi dia tidak begitu evolve. He sounded the same usai fasa One In a Million. Tomok harus benar-benar meninggikan standard nyanyiannya agar setara standard kerativitinya dalam persembahan pentas.
- Story of My Life (One Direction)
- Drama King (Meet Uncle Hussein)
- Before You Go (Lewis Capaldi)
- Bayangan Gurauan (Mega)
- Mimpi (Haqiem Rusli)
ARTIKEL BERKAITAN