Terkini,

Alif Terajui “Black Hat Cat” Label Baru Pasaran Urban Warner Music Malaysia

Perkhabaran cukup menarik minggu ini pabila Warner Music Malaysia mengumumkan pelancaran label terbaru “Black Hat Cat” yang memberi fokus pada pasaran muzik urban tempatan.

Label baru ini akan dikemudi produser dan rapper muda Alif yang bagi kami ternyata pilihan tepat dan paling relevan dengan pasaran muzik urban hari ini.

Tumpuan Black Hat Cat adalah untuk memberi fokus pada pasaran muzik Electronic Dance Music (EDM), Hip-Hop, Jazz, Soul Raggae dan gabungan genre-genre tersebut.

EDM menjadi aliran muzik yang berkembang pesat ke seluruh dunia. Dan ini adalah peluang terbaik untuk Black Hat Cat meneroka pasaran muzik ini dan menawarkan sesuatu yang berbeza untuk pendengar muzik tempatan. – Darren Choy

Menurut Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy menjelaskan bahawa idea penubuhan Black Hat Cat bermula dari aspirasi pihak Warner Music Malaysia untuk meneroka pasaran ‘Urban Music’ di Malaysia.

Mengulas tentang pemilihan Alif, Darren berkata, “Gerakan ini perlu diterajui oleh individu yang relevan dan dekat dengan genre ini. Orang pertama yang terlintas difikiran saya adalah Alif yang sememangnya layak untuk menggalas tanggungjawab ini berdasarkan pengalaman serta kualiti kerjanya sebelum ini.

“Alif bukan sahaja mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam kerja-kerja terbitan untuk genre begini. Malah, Alif mempunyai keupayaan memahami citarasa muzik generasi kini dan naskhah karyanya mempunyai nilai estetika tersendiri yang boleh dinikmati pasaran semasa”.

“Black Hat Cat tercetus kerana kami mahu menolak sempadan kreativiti dalam industri muzik tempatan dan luar negara dengan menghasilkan karya menggunakan pendekatan yang berbeza, idea segar dan mempunyai nilai estetika tersendiri. – Alif

Lo-fi Jazz & R&B saya kira satu cabang muzik yang harus di explore lebih lagi label ini dalam mengangkat bakat-bakat R&B Jazz khususnya bagi mendapat tempat serupa pasaran Pop, Rock & Hip-Hop yang menjadi fokus penggemar muzik tempatan hari ini.

Dan saya kira selepas tenggelamnya persada Positive Tone yang bergerak cemerlang dua dekad lalu, semoga Black Hat Cat dapat memberi justifikasi bagi bakat-bakat muda yang mahu melakukan sesuatu yang berbeza untuk pasaran muzik tempatan.

Highlight, Review,

Sandhy Sondoro Beautiful Soul – Persembahan Muzik Di Ruang Jiwa Yang Cukup Personal

Sandhy Sondoro nama papan atas pemuzik Indonesia sentiasa bergerak atas kraf muzik yang organik yang berbalik pada idea mengapa muzik itu sebetulnya cukup indah untuk dinikmati. Live recording, bebas auto-tune dan tiada efek khusus dalam pembikinan muziknya. Semua berjalan atas landasan penciptaan melodi yang menangkap dan vokal yang dilepas cemerlang.

Bermula dengan Malam Biru dan kemudiannya Tak Pernah Padam, Sandhy Sondoro is the man with the real soul. Dia membuat penggemarnya melayang dengan lagu-lagu melodious dan lirik-lirik cinta nan puitis.

Kali terakhir dia mengeluarkan album penuh berjudul Vulnerability (20014) dan kompilasi Love Songs (2016)  dia tidak pernah gagal dalam berkarya mengikut acuan muziknya yang tersendiri.

Beautiful Soul buah tangan terbaru dalam mengikat penggemarnya diterbitkan dengan kematangan muzik yang cukup halus sekali penciptaannya. Single Sampai Usai Waktu bersama Monita Tahalea versi album dengan feel country terlalu hebat sekali saya kira hasilnya. If you gonna get married soon, this is the new love anthem!

Blues dalam lagu In The Heart of Bali Sun dan Jakarta Blues (bersama Once) antara lagu yang menarik dalam album ini. Saya kemudiannya lebih tertarik dengan lagu Damailah Indonesiaku. Patriotisme dalam folk pop dengan korus yang cukup hebat jiwanya.

“Berdamailah Indonesiaku, bersatulah saudaraku semua, berjanjilah oh bangsaku untuk selalu menjaga keutuhan negara kita tercinta…”

Killer album ini saya letkkan pada lagu Beautiful Soul yang nyata begitu baik sekali penciptaannya. Lagu begini saya kira mampu meneruskan kelangsungan melodi evergreen Tak Pernah Padam, Malam Biru dan End of Rainbow.

gambar: sondoromusic.com

Bait-bait korusnya “Damailah dirimu di sana semoga engkau lebih bahagia di sana, di syurga…”  begitu tulus sekali disampaikan penuh perasaan Sandhy sebagai instrumen penting menggerakkan kehebatan album ini.

Mendengar album ini membuat saya berada di zon tenang dan menyenangkan. Melodinya lembut dan kemas – tidak bising dan ia terus meresap ke jiwa dengan penyampaian sempurna Sandhy serta kualiti rakaman muzik yang begitu lively. Sandhy saya kira sudah berada di tahap yang mana kraf muziknya di kelas yang cukup hebat tanpa perlu lagi terikat dengan pasaran muzik semasa.

Perjalanan saya dari  Penang ke Kuala Lumpur menerusi tren panjang 4 Jam melewati kawasan pedalaman dengan pemandangan gunung-ganang dan hujan sekejap-sekejap beberapa minggu lalu bertemankan Beautiful Soul adalah pengalaman menikmati muzik yang mengasyikkan sekali.

The feeling is priceless, Begitulah hebatnya pabila satu persembahan muzik diproduksi dengan penuh tataadab dan kejujuran mendahului cerita-cerita pelantun yang dionyokkan media komersil.

Album ini ternyata antara yang cukup halus sekali penghasilannya dan saya cadangkan Beautiful Soul menjadi rujukan pemuzik-pemuzik muda yang serius dalam penghasilkan karya mereka.

BACA JUGA:

“1/4” Pertaruhan Synth Pop Dalam Redup Suara Petra Sihombing

Terkini,

Big Stage 2018 – Tentang Sarah Suhairi, Markah FT & Duo Alif Sherry Sebagai The Most Subtle & Classy Host

sarah membawa pulang wang tunai rm100k

Bermula dengan single Pedih yang dipersembahkan pada malam pertama konsert Big Stage musim pertama, Sarah Suhairi sudah mencuri tumpuan mata-mata yang tidak mengenal bakat muda ini sebelum program ini bermula.

Dan malam tadi, 23 September 2018 menjadi tarikh bersejarah buat gadis ini pabila dinobatkan sebagai pemenang pertama program Big Stage yang disiarkan secara langsung di Astro Ria.

Sarah mendahului empat peserta lain dengan peratusan markah tertinggi 66.05%

Markah keseluruhan 59.24% daripada juri profesional serta 6.81% menerusi undian aplikasi Tik Tok.

Mempersembahkan dua lagu pada malam tadi – Awan Yang Terpilu (Ning Baizura) dan lagu barunya berjudul Nyawa & Raga naskhah ciptaan Room None dan lirik Iman Imran. Markah Sarah dihampiri dekat Syafiq Farhain (64.37%) dan Afieq (62.17%).

Markah Penuh Peserta Final Big Stage

Kedudukan Markah Juri Profesional

1. Sarah – 59.24%

2. Wani – 57.44%

3. Syafiq – 57.27%

4. Afieq – 56.31%

5. Shima – 53.03%

Markah Tinggi Faizal Tahir Buat Wani Kayrie

Wanie Kayrie yang membuat dua persembahan cukup solid malam tadi biar hanya mampu pulang di tempat keempat saya kira puas dengan markah tertinggi yang diberi Faizal Tahir sebanyak 180 meninggalkan empat peserta lain.

Persembahan “Pematah Hati” dalam versi tradisional pop yang dibawa malam tadi cukup meyakinkan biarpun lagu barunya tidaklah memberi justifikasi pada kebolehan yang dia ada.

Wani should go with Crazy In Love direction! Kerana dia memang mampu untuk pull persembahan begitu dengan vokal besarnya. Semoga pihak pengurusan Suria Records dapat memikirkan tentang hal ini untuk kesinambungan karier Wani di tahap berbeza.

Syafiq Farhain masih belum grip my soul dengan suara hidung mancungnya. Afieq terlalu gementar malam tadi but we do still think he should go with Bruno Mars direction. Ballad hanya akan buat membuatkan Afieq menjadi the next Hafiz dan Syamel.

Perbezaan Markah Yang Sedikit Membezakan Kedudukan Afieq & Wani

Sarah Bawa Pulang Wang Tunai RM100K 

Dan saya kira masa depan yang cerah menanti Sarah. Selain undangan nyanyian pentas, persembahan TV dan radio – Saya pasti mata-mata PR korporat sudah menanti untuk dia menandatangani kontrak product endorsement.

Untuk setahun dua ini saya kira Sarah akan terus sibuk dengan rencana kariernya cuma dia harus terus belajar untuk menajamkan skil nyanyiannya.

Sarah benar-benar menarik perhatian saya ketika duet bersama Ismail Izzani menerusi duet You Are The Reason yang cukup lembut dan sesuai dengan karakter vokal Sarah. Dan kemudian persembahan Du Du Du Black Pink yang paling cemerlang sepanjang dia di pentas Big Stage akan sentiasa diingati.

Persembahan Du Du Du kini sudah mendapat 4 Juta Tontonan di YouTube rasmi Astro Gempak

Big Stage malam tadi dihoskan Sherry Alhadad dan Alif Satar dengan cukup cemerlang sekali. This duo needs more live program seperti ini – the best chemistry on TV. Tak bingit dan tak merapu. subtle and classy. Congrats both!

Alif & Sherry – Duo Host Terbaik

Terkini,

LaleIlmanNino Hasilkan Single Kedua Marion Jola “So In Love”

Setelah kejayaan luar biasa single berjudul “Jangan” yang memikat pendengar muzik Indonesia dengan cukup meluas. Marion Jola tidak lagi mahu membuang masa dengan tampil terus single keduanya berjudul “So In Love”.

Lagu dalam nuansa R&B Pop ini adalah naskhah kedua trio Laleilmannino buat Marion setelah single Jangan yang turut menampilkan Rayi Putra.

Apa yang menariknya official audio yang dimuat naik di YouTube Marion mencecah view 300k biar hanya kurang sehari dipertontonkan.

Begitu hebat sekali penangan bintang muda yang dicungkil daripada program Indonesian Idol ini.

Single Jangan  yang diedarkan awal tahun ini sudah distrim hampir 7 Juta kali di gedung muzik Spotify dan muzik videonya sahaja sudah mendapat tontonan sehingga 21 Juta sehingga artikel ini ditulis.

Jangan turut mendapat nominasi utama AMI Awards tahun ini bagi kategori Karya Terbaik, Produksi Pop dan Marion dicalonkan bagi kategori Pendatang Baru Terbaik. Terus sukses buat Marion daripada Muzik Kita!

Info:

Selain Jangan dan So In Love, trio Lale (Maliq & D’Essentials), Ilman (Maliq & D’Essentials) dan Nino (RAN) merupakan individu terlibat dalam pembikinan single Tunggu Apa Lagi (Lalahuta),  Siapkah Kau Tuk Jatuh Cinta Lagi (H!V!), Definisi Bahagia (Vidi Aldiano), Pelita (Andien), Sebelah Mata (Amand Maulana) dan Hingga Nanti (Vidi & Andien)

Terkini,

Marcell Merakam Semula Lagu Klasik “Putri Remaja”

Setelah tampil dengan single rakaman semula Rozana nyanyian asal kumpulan Search awal tahun ini, Marcell memilih Putri Remaja sebuah trak klasik nyanyian asal penyanyi era 50-an, Jasni yang akan turut dimuatkan dalam album terbarunya.

Mengambil pendekatan big band Jazz dalam susunan muzik penuh groove, Putri Remaja versi Marcell ini diberi pentafsiran cukup moden seiring dengan konsep album terbarunya yang diberi judul This Is Not Jazz.

Marcell dalam satu kentayaan memberitahu album terbarunya ini mengambil pendekatan yang lebih personal dan dekat dengan dirinya. Putri Remaja menjadi lagu yang dipilih ibu mertuanya.

Putri Remaja menurut Marcell memiliki lirik yang cukup ini selain pesona dalam melodi yang cukup bagus.

Lagu klasik ini dicipta sekitar 1957 dan pernah dirakamkan Saleh Yakob bagi filem Keluarga 99 arahan A.R Badul.

Highlight, Review,

Yura “Merakit” Titian Dewasa Dalam Seriosa Paling Merdu & Puitis

Mengingat kembali momen saat dia membuat Glenn Fredly terpaku mendengar suaranya di uji bakat The Voice Indonesia sekitar 2013 dan melihat perjalanan kariernya sehingga hari ini, saya kira Yura sudah jauh evolve sebagai penyanyi, penghibur dan pemuzik yang cukup solid.

Yura tampil dengan album pertamanya pada 2014 yang cukup organik sifatnya. Lagu-lagu dalam album tersebut begitu humanis penulisan liriknya, dari kisah boneka sarkas dalam Balada Sirkus ke jazz Sunda dalam Kataji sehingga…

jumlah 57 Juta tontonan video lirik Cinta & Rahasia di YouTube – Saya kira Indonesia dan penggemar muzik nusantara sudah siap untuk melihat perjalanan jauh Yura dalam bidang ini.

Pertama saya menonton Yura secara live sekitar 2014 di Java Jazz, ketika itu dia hanya membuat persembahan di pentas paling depan dan paling kecil di festival tersebut. Tetapi itu bukan alasan untuk membuatkan persembahannya berjiwa kecil. Saya masih ingat ketika dia menyanyikan lagu Balada Sirkus, sosok clown naik ke pentas bersama Yura dan melihat mereka berdua bersama pemuzik having so much fun in stage. Pengalamannya cukup priceless.

Dan hari ini, setelah single demi single dirilis dengan penerimaan cukup meluas penggemar muziknya, Yura siap untuk Merakit jiwa-jiwa yang lama menantikan kemunculan album kedua ini setelah hampir lima tahun menunggu tanpa lelah.

Dibuka dengan cukup menyenangkan single yang lebih yang lebih awal beredar dengan judul Takkan Apa, nuansa big band jazz yang sememangnya menjadi kekuatan Yura. Saya jadi semakin enjoy dengan groove lagu kedua Apakah Kamu. 

Yura bercerita tentang keinginan dan perasaan fasa pertama jatuh cinta. “Ini bukan tentang cinta, Bukan. Ini tentang rasa nyaman hati denganmu…” 

Yura mula membuai perasaan di lagu ketiga, Buka Hati yang cukup puitis sekali. Mendengar Yura dengan membaca liriknya saya kira adalah cara paling tepat untuk merasakan emosinya – “Duhai diri ubahlah arusmu, Jadi arah yang disukai, rendahkanlah hatimu…”

Saya larut dalam penulisan kata-kata dalam lagu ini yang begitu indah sekali perasaannya. Keingingan seorang wanita untuk dicintai dan mencintai pada tahap yang paling dalam.

Dan segala perasaan yang cukup dalam ini diteruskan lagi dalam lagu Kata Hilang Makna dengan baris pembuka “Tak duga kau tak ada saat rindu makin menyiksa…” Saat  ini saya kira kekecewaan yang ada dalam lagu ini ditafsir dalam satu persembahan bahasa dan perasaan yang cukup hebat sekali.

Kekecewaan ini berakhir pada bait yang paling realistik sekali “Tak semua yang pergi ditakdirkan untuk kembali…” Dekap kembali groove dengan feel urban jazz yang memberi warna dalam karakter vokal Yura di fasa yang berbeza. Saya sukakan struktur lagu ini begitu kemas sekali susunan muziknya.

Merakit mengingatkan saya pada Manusia Kuat (Tulus) – Meremang mendengarkan lagu ini cukup besar jiwanya ini.

Pesan-pesan positif dalam bait “Semestakan membantu merakit mimpimu…” dan “Pasti kitakan mampu melompat lebih jauh. Melesatlah seperti peluru…” Begitu mudah untuk dinikmati.

Album ini ditutup dengan Malam Sepi yang kembali membawa kita ke perasaan gelap Buka Hati dan Kata Hilang Makna. Emosi Yura kali ini adalah yang paling baik sekali. Bait lirik ditutur dengan cukup terkawal dengan perasaan yang cukup tepat menutur bait-bait galau “Aku harus bagaimana, tak ingin berpisah namun hatiku berkata sudah. Aku memang butuh dia namun dia bukan untukku…” #Superfine

Image: Popbela

Saya mengulang dengar album ini berkali-kali sejak beredar jam 12 tengah malam tadi. Mencari ruang untuk berasa jemu tapi masih gagal, lagi saya mengulang dengar semakin jatuh cinta saya dengan Merakit.

Lima tahun penantian album kedua ini ‘dihukum’ dengan perasaan cukup berat yang menyenangkan sekali. Seriosa-seriosa yang maha merdu dan puitis dalam kedewasaan seorang Yura Yunita sebagai wanita kuat melawan kesepian dan perasaan dalam lagu-lagunya. Terima kasih untuk sebuah persembahan muzik yang cukup dalam sekali perasaannya.

BACA JUGA:

Rizky Febian Dalam “Jejak” Pop Semasa

Terkini,

“Anta Permana” Taruhan Terbaru Siti Nurhaliza

Seletah fasa SimetriSiti yang beredar sekitar 2017 dan kelahiran Siti Afiyah, biduanita Pop Malaysia, Siti Nurhaliza siap sedia menghadiahkan penggemarnya dengan taruhan lagu terbaru berjudul Anta Permana.

Lagu yang dicipta oleh duo terhangat tahun ini – Hael Hussaini dan Ezra Kong dirilis pada tanggal 21 September 2018.

Anta Permana membawa maksud “Tidak terkira” menjadi comeback Siti selepas kali terakhir dia merilis lagu istimewa Comel Pipi Merah dan Cinta Syurga (bersama Khai Bahar)

Menurut posting IG Siti dia berkongsi kronologi penghasilan single tebaru ini bermula sekitar 18 Februari yang lalu pabila Hael menyatakan hasrat untuk menghasilkan lagu buat Siti dan demo pertama Anta Permana diserahkan kepada pihak pengurusan Siti pada 22 Mei 2018.

Anta Permana dirakam pada Ogos lalu dan siap sepenuhnya pada 7 September. Pada tarikh 21 September ini lagu ini tersedia di semua gudang muzik digital.

INFO:

Selain Anta Permana buat Siti Nurhaliza, gandingan Hael dan Ezra telah menghasilkan lagu-lagu Pop buat Elizabeth Tan (Police Entry), Alyah (Jutaan Purnama), Dayang & Hael (Haram), Jaclyn Victor & Siti Nordiana (Nisan Cinta), Hael (Hajat), Pematah Hati (Nabila)  dan beberapa lagi.

 

LIRIK ANTA PERMANA

Bicara minda dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati

Jauh dimata dekat dihati
Jika dirindu jangan curangi
Kemana kemana kan terbawa pergi
Terduga diuji

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
Inikan pula cinta manusia
Melayang melayang dibawah pawana
Iringi cintamu

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar biarkan cinta anta permana

Andai bintang dan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta kerna ku pasti kau tiada pengganti
Kau tiada pengganti

Highlight, Terkini,

Tulus Live At Istana Budaya – Kesempurnaan Dalam Kesederhanaan Seorang Tulus

Saat pertama saya mendengar Sewindu circa 2011 di YouTube dengan muzik video cukup minimalis (fast cut, still,wide) saya sudah terpikat dengan soul, taste serta feel yang dalam persembahan keseluruhan muziknya (Audio dan Visual). Sewindu menjadi anthem saya tahun tersebut – lagu paling banyak saya ulang dengar.

Selepas itu, kembara ke Jakarta atas urusan kerja membawa saya ke toko muzik di sana untuk membeli debut Tulus (2011) yang membuat saya jatuh cinta dengan groove yang dimiliki bakat ini menerusi lagu-lagu seperti Teman Pesta, Diorama, Tuan Nona Kesepian, Kisah Sebentar sehingga love anthem Teman Hidup.

Since then, i’m a fans! Tulus membawa idea muzik sederhana dalam penulisan lirik begitu meaningful dan boleh di-relate oleh kebanyakan orang.

Dari fasa cinta “Kamu cantik meski tanpa bedak…” Satu Hari di Bulan Juni, Kisah galau “Kau sibuk dengan yang lain…” dalam lagu Bumerang di album Gajah sehingga “Manusia -manusia kuat itu kita…” dalam “Lembaran foto hitam putih…” Monokrom Tulus bercerita dengan cukup sederhana tapi bermakna.

Peluang menonton Tulus di Java Jazz 2014 momen pertama saya di Konsert full scale Tulus dan semalam (18 September) selepas 4 tahun, peluang kedua menonton Tulus di Istana Budaya sesuatu yang cukup indah sekali perasaannya. Tulus semakin matang di pentas berbanding 4 tahun dulu komunikasinya masih kurang tetapi semalam Tulus berada di fasa paling selesa dan bersahaja.

Di bawah kendalian pengarah muzik Ari Renaldi yang juga orang penting di sebalik kerjaya Tulus sejak mula dia melibatkan diri dalam bidang muzik, Tulus Live at Istana Budaya berlangsung cukup sempurna dalam kesederhanaan seorang figura seni bernama Tulus. Bermula baik dengan trak Baru dan Kisah Sebentar dan persembahan ditutup dengan Sewindu yang mengundang gila penonton di dewan. Malam istimewa ini Tulus turut mempersembahkan single terbarunya Labirin.

Saya paling terpesona dengan alunan Tulus dalam Pamit yang begitu membuai sekali dan di saat Lagu Untuk Matahari dipersembahkan, penonton turut bangkit bersama menyanyi dan menari.

Penonton malam tadi saya kira berada di ruang paling senang dan bebas. Dari awal persembahan sehingga ke hujung semua menyanyi bersama tanpa henti bak kata Tulus “Lebih kencang lagi ya!.”

Among the crowd malam semalam, terlihat kelibat Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Adibah Noor, Pot Innuendo, Aubrey Suwito, Jenny Chin dan beberapa lagi pemuzik tempatan. Pengalaman untuk menikmati Tulus pertama kali di Malaysia saya kira momen yang cukup indah sekali, ya indah perkataan paling tepat menggambarkan persembahan malam tadi yang akan diingati semua Teman Tulus di Malaysia.

Takkan lagi ku sebodoh ini, larut di dalam angan. Angan tanpa tujuan…

 

Foto: Rendha Rais (Tulus Music Company)


ARTIKEL BERKAITAN

“Diastika – Live In Bandung” Persembahan Nota-Nota Jazz Yang Menyenangkan 

Terkini,

Dari Bottom 3 Ke Top 2 – Wani Kayrie Cemerlang di Pentas Semi Final “Big Stage”

Saban minggu mendapat markah terendah di pentas Big Stage, Wani Kayrie akhirnya membuktikan kehebatannya di pentas semi-final Big Stage dengan persembahan penuh energi menerusi lagu solo Crazy In Love dan persembahan duet cemerlang bersama Sarah menerusi lagu Nisan Cinta.

Wani Kayrie mula mendapat perhatian dengan single Jangan Jangan (DJ Fuzz) yang mendapat tontonan lebih 5 juta di YouTube mula mendapat perhatian kami ketika persembahan di pentas Big Stage menerusi persembahan Destinasi Cinta (Siti Nurhaliza) biar tidak sempurna persembahannya (Ya kami bersetuju dengan pandangan Siti & FT nyanyiannya agak pitchy and all over the place)

Namun potensi yang ada pada range besar miliknya sangat boleh dikembangkan dengan adanya latihan dan pengalaman yang lebih jauh dan lama lagi dalam lapangan muzik komersil khususnya dalam persembahan lagu-lagu Pop.

Crazy In Love saya kira sudah berjaya membuat Wani keluar daripada kepompong selesanya di pentas. R&B nyata sesuatu yang harus bakat muda ini explore. Lagu-lagu upbeat yang berat seperti ini saya percaya mampu menaikkan level muzik Wani lebih tinggi dan berkelas because she definitely can sing and dance biar masih belum sharp, seiring masa dia past mampu. Cuma apa yang Wani perlukan adalah pengurusan yang tepat dan  ‘bercitarasa’ untuk bawa namanya keluar perlahan-lahan daripada kepompong tipikal BBNU.

Wani dan Afieq Menjadi Pilihan Muzik Kita

Menerusi persembahan Nisan Cinta, Wani sudah berjaya mendiamkan suara-suara yang mengatakan dia tidak mampu menyanyi live dengan baik. Saya secara peribadi sukakan bakat yang raw begini hanya untuk melihat perkembangan mereka dari satu tahap yang rendah ke tahap yang lebih baik (Tak perlu terlalu sempurna).

Wani Kayrie bakal ke pentas final hujung minggu ini dengan lagu Pematah Hati dan sebuah lagu baru berjudul Saat Terindah ciptaan Rudy Kasmaran bersama finalis lain Sarah Suhairi, Baby Shima, Syafiq Farhain dan Afieq Shazwan.

Highlight, Review,

Kunto Aji (Mantra Mantra) – Satira Kegelisahan Hidup Dalam Kesinambungan Muzik Yang Mendewasakan

Di saat Aji mengumumkan bahawa album keduanya bakal beredar hari ini (14 September 2018) saya sudah siap-siap menikmati album demo awal yang beredar diberi judul Overthinker. Mendalami muziknya dalam 5 Mantra muzik berdurasi 8 Min 22 Saat itu bikin saya teruja kerana bunyiannya kedengaran berbeza dan lebih exciting.

Jadi di lewat malam 14 September tepat jam 00:00 saya sudah siap sedia di Apple Music untuk mendengar segala keterujaan Aji dalam membikin album ini yang dihebohkan lewat akaun Instagramnya sepanjang minggu ini. Dan lebih menambah keterujaan saya pabila melihat senarai produser maha hebatnya kali ini.

Batalion muzik Mantra Mantra menampilkan Petra Sihombing (Rehat & Jakarta Jakarta), Ankadiov Subran (Sulung, Bungsu, Rancang Rencana, Pilu Membiru & Topik Semalam), Anugrah Swastadi (Konon Katanya) dan Bam Mastro (Saudade).

Ya, melihat nama Bam Mastro saja saya sudah cukup teruja untuk mendengar eksperimentasi muziknya bagi naskhah terbaru Kunto Aji ini.

Seperti album awalnya Generation-Y, Mantra Mantra turut dibuka dengan prolog muzik berjudul Sulung dan diakhiri dengan Bongsu – Satu konsistensi perasaan yang cukup dalam sebagai pengisian journey dalam muzik. Dan seperti biasa Aji akan membuat saya melayang dengan alunan puitisnya dalam bait yang diulang:

Cukupkanlah Ikatanmu
Relakanlah yang tak seharusnya untukmu
Yang sebaiknya kau jaga adalah dirimu
Sendiri…

Dan kehebatan Sulung diteruskan dengan Rancang Rencana dan Pilu Membiru yang bergerak atas satu tempo muzik yang cukup kemas sekali. Topik Semalam menjadi semakin memikat, saya betul-betul sukakan feel Aji dalam lagu ini yang cukup soulful (mengingatkan saya pada Ekspetasi) riff gitar melatari lagu ini diselang-seli dengan gabungan suara latar begitu melengkapi feel Aji dalam lagu ini.

Dan bait kegemaran saya dalam lagu ini tentu saja “Tapi tunggu dulu, kurangkai dengan waktu, kusemai harapan mu sebelum kutemui Ayahmu…Ibumu.” 

Kehebatan Topik Semalam diteruskan dengan lagu berjudul Rehat yang sekali lagi menjadikan momentum album ini begitu hebat sekali penghasilannya. Trak dengan durasi lebih 5 minit ini ditutup dengan senandung muzik yang cukup sempurna sekali pelayaran perasaannya. Lagu ini saya ulang dengar berkali-kali sebelum sempat ke lagu seterusnya.

Dan di saat ini jika Aji ada di depan saya, ingin saya bangkit untuk standing ovation atas lagu yang terlalu hebat sekali penghasilannya ini.

Segala kesempurnaan Rehat diteruskan dengan Jakarta Jakarta. Seawal bait “Dalam hati aku ingin selalu beranjak pergi, Kota yang sama yang membuat ku tegak berdiri..”  dan diteruskan dengan “Kota yang sama membuatkan ku berasa sepi..”

– Satu eskpresi perasaan cinta Aji buat kota Jakarta; antara benci dan kekecewaan tetapi tersulam perasaan cinta paling dalam.

Single perdana album ini Konon Katanya terlebih dahulu diedarkan tahun lalu diteruskan dengan lagu penuh terakhir album ini berjudul Saudade. Jika diikutkan carian saya Saudade membawa maksud nostalgik; perasaan yang paling dalam; melankolik.

Dan seperti mana maksudnya, saya kira begitulah tepat sekali pentafsiran Bam Mastro dalam memproduksi lagu terbaik yang saya letakkan dalam Mantra Mantra.

Lagu ini punya elemen nostalgia melodi-melodi melankolik 80-an yang dimodenkan dengan beat dan susunan muzik yang cukup cemerlang sekali. Dan saya sekali lagi cukup melayang dengan penulisan lirik dalam lagu ini. Baca saja bait di bawah:

Dikatakan oleh angin yang menghasilkan gelombang,
Jadilah besar bestari dan manfaat tuk sekitar,
Dikatakan awan hitam sebelum datangnya hujan,
Biarlah aku dikutuk dan engkau yang dirayakan.

Album ini saya sifatkan sebagai sebuah refleksi kehidupan. Melodinya bermula perlahan dari satu trak ke trak yang lain bergerak dengan momentum yang cukup tepat temponya, perasaannya dan execution yang cukup sempurna.

Penulisan lirik dalam album ini begitu humanis sekali, Aji membawa kita akan isu besar dalam hidup – mengenal diri dengan perjalanan yang kita sedang lalui, dalam situasi yang menyekat dan tentang impian juga cita-cita yang mengecewakan kita.

Saya henti di sini review ini. Biar saya terus larut dalam pelayaran perasaan paling sempurna setakat ini di tahun ini. Sepenuh bintang di langit malam ini buat sebuah album yang maha sempurna sifatnya ini.

BACA JUGA:

Yura “Merakit” Titian Dewasa Dalam Seriosa Paling Merdu & Puitis