Terkini,

Curhat Pengikut Instagram Inspirasi Radhini Merilis Single “Lelah”

Lelah ciptaan sepenuhnya Radhini

Benar kata orang ilham datang dalam formasi yang beragam dan berencam. Kreativiti tanpa batas ini membuatkan Radhini yang awal tahun ini merilis single berjudul “Fly” bersama Ramengvrl menghasilkan single terbarunya berjudul “Lelah.”

Menerusi ilham curhat pengikutnya di Instagram, Radhini berkongsi aspirasi penulisan di balik lagu “Lelah” yang beredar di gedung muzik digital bermula 23 November yang lalu. Lagu ini dicipta sepenuhnya Radhini atau nama penuhnya Radhini Aprilya Hapsari ini.

“Respons pengikut di Instagram begitu luar biasa saat saya membuka kempen #CurhatRadhini yang membolehkan semua pengikut mencurahkan rasa hati setiap satu daripada mereka. Semua proses, bermula daripada kiriman cerita, menyusun lirik dan membuat melodinya. Pemilihan chord, verse, dan reff dihasilkan sehingga menjadi satu lagu.” Katanya menerusi MetroTV News.Com

Mendapatkan khidmat “Marco Steffiano” sebagai produser dan arranger yang sebelum ini menjadi orang penting di balik pembikinan muzik Raisa (Teduhnya Wanita) dan Adrian Khalif (Merona/Flawless). Marco Steffiano juga cukup dikenali sebagai pemain dram kugiran Barasuara.

 

Terkini,

Keserasian “Raisa – Dipha” Menghasilkan Single Kolaborasi Kedua “Mine”

Setelah berjaya dengan single “My Kind of Love” yang beredar beberapa bulan lalu, Raisa dan produser muzik Dipha Barus kini tampil dengan single kolaborasi kedua berjudul “Mine” yang datang dengan dua versi Day & Night.

Lagu yang dicipta sepenuhnya Raisa ini diproduksi Dipha Barus dalam tempo R&B yang cukup moden dan terkini.

“Aku sama Dipha memang sengaja membuat lagu ini dalam 2 versi. Jadinya di sini aku sama Dipha tuh pengen melakukan hal lain, nggak cuma menggabungkan dunia musik aku dan Dipha, tapi juga pengen menghadirkan versi yang mewakili aku banget dan Dipha banget,” jelas Raisa mengenai single terbaru dua versi ini.

Latar muzik Mine (Day) tampil dengan sisi lebih lembut refleksi persona Raisa yang menyenangkan dan Mine (Night) lebih upbeat dengan feel gospel dan dance yang diadun penuh groove sekali.

Single kedua daripada division Juni Records ini kini tersedia di semua gedung muzik digital!

 

Highlight, Review,

Melewati Manifesto Muzik “Siang Dan Malam” Amir Jahari Sebagai Seorang Seniman

Dalam lambakan muzik Pop yang semakin serupa bunyi dan perasaannya, Amir Jahari mengalihkan pendengaran saya pada satu pengalaman mendengar muzik dengan perasaan yang cukup dalam sekali.

Album yang beredar secara fizikal ini dilancar 10 November lalu dalam satu showcase istimewa buat penggemarnya. Sayang saya terpaksa melupakan hasrat untuk ke showcase tersebut atas undangan perkahwinan yang bersilih.

Dan album ini hanya tiba di meja kerja seminggu selepas Amir merenda perasaan bersama semua penggemarnya yang menghadirkan diri di showcase tersebut. Saya tidak terus memasang album ini tetapi saya bermula dengan membaca tulisan tangan Amir dalam inlay yang serba sederhana.

Tersedia dalam tujuh lagu bersama penambahan hidden track “Ingga” yang sudah pun lebih awal dirilis. Ingga menjadi antara lagu terbaik persembahan Amir sepanjang kariernya selain karya cipta “Wangikanlah Hati” yang ditulis bersama AG Coco persembahan betari seni muzik Melayu, Noraniza Idris.

“Nafas” membuka Siang & Malam sebagai satu melodi pengabdian hamba kepada tuhannya.

Seperti membaca teks doa dalam sebuah cerita – penyerahan jiwa Amir buat sang pencipta begitu jujur dan humanis sekali. Bait pembuka “Ku menghampiri waktu yang terus berjalan berputar tanpa ada yakin.” dan bait-bait ini diteruskan dengan “Aku tahu Kau wujud aku tahu dikau di mana ku melihat sekeliling.” 

Dan semua bait-bait puitis ini dilantun sempurna dalam kesederhanaan feel Amir yang saya harus katakan di sini dirasai jujur dan betapa dia memaknakan apa yang diucapkan. Saya paling terkesan dengan persembahan Amir dalam bait “Ada bila masa untuk ku bernafas, ada bila waktu terus berputar.” 

“Sila Robek Hati Ini” lebih memukau, Amir mengundang kagum saya dengan produksi muzik yang begitu besar sekali sifatnya ini. Elemen folk nusantara yang dikomersilkan dengan cukup cemerlang tanpa terasa pretentious seperti pemuzik yang satu lagi itu, ermm tak apalah…

But seriously lagu ni begitu dasyat sekali penghasilannya. Saya menguatkan volum stereo saya untuk membiarkan pendengaran menyerap bunyian yang maha hebat sekali penghasilannya ini.

Lagu ini bagi saya memperlihatkan segala potensi yang ada pada Amir untuk bergerak sebagai seorang karyawan muzik yang bijak bermain dengan elemen muzik yang pelbagai dan menjadikan sifat muziknya asli dan berdiri sendiri.

Trak ketiga album ini, “Syurga”  seawal intronya sudah mengingatkan saya pada lagu-lagu hebat Mumford & Sons seperti I Will Wait dan Babel dan diteruskan dengan lagu “Sang Perindu” (Bersama Noh Salleh) datang ilham rasa nusantara yang cukup sederhana. Saya sukakan blend vokal Noh dan Amir dalam lagu ini menyatu baik sekali.

Persembahan vokal Amir semakin lembut dalam “Bayang” yang sekali lagi buat saya seronok membaca teks lirik lagu ini. Amir ibarat berbicara dengan dirinya sendiri tentang kekecewaan, kegagalan dan betapa dia ingin bangkit menjadi a better person. Cantik sekali hasilnya. “Kita adalah satu untuk selama-lamanya.”

“Tersenyumlah” sebuah lagi favorite saya dalam album ini. Ada feel festival, lagu-lagu yang begitu akan mudah kita enjoy dalam persembahan live. Struktur lagu ini seakan “Ingga” – catchy, mesra pendengaran. Bagus juga untuk radio.

Album ini ditutup dengan “Hadiah Dari Tuhan” (Menampilkan Mafidz) yang cukup mellow dalam komposisi dan penulisan lirik yang cukup puitis sekali. Ibarat penyudah dalam kembara seharian sebagai manusia, Hadiah Dari Tuhan saya kira naskhah lullaby yang sempurna untuk menenangkan jiwa-jiwa yang resah.

“Siang & Malam” bergerak sebagai satu refleksi kemanusian dan kehidupan yang cukup besar sekali jiwanya. Amir Jahari, AG Coco & Ahmad Huzaini membawa kita pada satu kosmik ranjau hidup yang sebetulnya dilalui setiap satu daripada kita semua.

Fasa kekeliruan, keresahan dan kebahagiaan sebagai seorang manusia. Melewati erti kesederhanaan malah kekecewaan dengan begitu bererti sekali.

Saya tidak pasti bila lagi agaknya segala jenis rasa kemanusiaan setebal ini dapat dipersembahkan dalam sebuah repertoire muzik yang solid serba serbi baik pada penghasilan melodinya, lirik juga persembahan vokal paling humanis seperti “Siang & Malam” yang dipersembahkan penuh kejujuran.

Album ini mungkin bukan sebuah naskhah yang anda akan dengar setiap hari di radio, apa lagi menjadi naskhah AJL yang mungkin bagi sesetengah juri terlalu kompleks hasilnya serta tidak boleh dipertandingkan kerana lagu yang bertanding sifatnya harus “diterima ramai”. Apa-apalah…

Tetapi saya nak cakap kat sini – sila beli, dengar, faham dan hadamkan kehalusan hasil album ini. Belajarlah untuk mendengar muzik yang sebegini – sesuatu yang dihasilkan dengan cukup teliti dan halus kerana hanya dengan itu kita mampu menjadi masyarakat yang faham bahawa fungsi muzik itu lebih daripada sekadar hiburan.

Review,

“Boys” Pertaruhan Perdana Talitha Dalam Naskhah Pop Serba Moden

Melewati katalog pasaran muzik urban tahun ini diisi nama Alif, SonaOne, Kuizz, Aina Abdul dan lain-lain yang menghasilkan sesuatu yang lebih segar daripada apa yang dihidangkan pasaran semasa. Lebih membanggakan nama-nama ini mencipta persada dalam pasaran muzik yang tersendiri tanpa perlu terikat dengan penerimaan yang terlalu luas tetapi masih ada dalam pasaran.

Talitha mula diperkenalkan menerusi Hey Orang Kita dan single bersama Ali Aiman berjudul “Cover You”. Kehadirannya semakin memikat dengan single solo berjudul “Okay” yang benar-benar memberi impak besar dalam karier nyanyiannya sebelum kehadiran EP berjudul “BOYS” yang menampilkan tujuh trak kesemuanya.

Talitha saya kira sudah tampil cukup menawan sebetulnya dalam nuansa Pop yang melatari EP ini. Seawal trak  “GIRLS” yang cukup ramuannya untuk popular di radio dia kedengaran cukup baik. Dan kemerduannya dalam penyampaian lagu ini di beberapa bahagian cukup dirasai.

Talitha menulis sendiri lagu-lagu dalam EP ini dengan komposer lain seperti Kuszanagi, The Chief dan Tatsuro Miller.

“Please Stay” antara all time favorite saya dalam album ini yang cukup moden, catchy dan terkini sekali penghasilannya. Lagu-lagu begini saya kira tidak sukar untuk menangkap pendengaran sesiapa pun saat pertama mendengar. Dan melodi-melodi yang catchy ini dteruskan lagi dengan lagu lain seperti “Slip Through the Veins”, “Maple” dan “Fooled Me”.

Album ini saya kira cukup sempurna dalam mentafsir pasaran muzik global hari ini. Pop dalan beat-beat yang sederhana dan lirik poetic yang pasti saja mudah dihadam pendengar remaja khususnya. Naskhah ini perlu dibesarkan dan terima meluas sebagai bukti kita tidaklah ketinggalan jauh dan masih terikat idea muzik lapuk 90-an.

Review, Terkini,

Maya Karin Tampil Single “Getaway” Yang Ternyata Ermmm…

Lama kiranya kita tidak mendengar perkhabaran Maya Karin dalam bidang nyanyian. Hampir ingat dia sudah melupakan hasrat untuk menyanyi namun tidak. Setelah fokus dalam bidang lakonan dan kerja-kerja amalnya, Maya tampil dengan single terbarunya berjudul “Getaway” selepas hampir empat tahun sunyi tanpa single solo terbaru.

Pelakon filem “Munafik 2” ini kali terakhir muncul dengan album solo berjudul “Teka Teki” pada tahun 2013 dan single khas Hari raya yang berjudul “Pulang” pada tahun 2014. Selain membuat penampilan khas dalam single “Serik Dengan Cinta” bersama Juzzthin pada tahun 2015 dan ‘ Sinar Ini’ kolaborasi bersama Yasin Sulaiman pada tahun ini.

“Getaway” merupakan hasil karya komposer dan produser Audi Mok bersama bakat baru Atilla Hanna atau lebih dikenali sebagai Tilla Hanna.

Single yang yang bergerak dalam landasan Urban Pop ini turut menampilkan penyanyi meningkat naik Kaka Azraff yang ternyata lebih sesuai menyanyikan lagu ini secara solo sebagai singlenya. Sorry Maya, your voice too shallow. It’a about time to really focus on acting. 

Maya Karin memulakan karier dalam bidang nyanyian sekitar tahun 2001 ketika muncul dengan album penuh di bawah label MIG Records yang menampilkan hits “Erti Cinta” karya cipta Ajai dan kemudian tampil album kedua yang juga bersama pengurusan MIG berjudul “Bukan Qalamaya” pada tahun 2004.

Setelah 10 tahun selepas itu pada tahun 2014 Maya disunting Warner Music dengan penghasilan album penuh berjudul “Teka-Teki” yang ternyata ermmm…

Review, Terkini,

The Sam Willows – “I Know But Where” Persembahan Penuh Energi Quartet Pop Semasa

Kali pertama mereka muncul circa 2015 dengan debut “Take Heart” , The Sam Willows membuka satu formasi muzik Pop yang sedikit berbeza pasaran muzik Singapura yang sebelum ini kita hanya tahu adalah Imran Ajmain dan Taufik Batisah. Single Take Heart dan All Time High saya kira berjaya lift up standard muzik pasaran Pop seberang dengan beat, padua vokal dan muzik yang cukup segar.

Seiring tahun beredar dengan kematangan muzik dan pengalaman, The Sam Willows menjadi semakin memikat ketika mereka berkolaborasi bersama GAC menerusi lagu Save Myself yang beredar tahun lalu.

Berada dalam jaluran muzik serupa, saya kira kolaborasi ini cukup penting dalam perkembangan muzik dua negara Singapura – Indonesia dari segi pemasaran muzik yang lebih luas sifatnya.

Tahun ini, mereka muncul dengan abum penuh kedua “I Know But Where” yang sekali lagi meneruskan momentum muzik yang dicipta sejak mereka awal memulakan karier pada tahun 2012. Album yang beredar Julai lalu ini hadir lengkap dengan sebelas lagu serba moden, segar dan terkini.

Album ini dibuka penuh tenaga dengan lagu “Baby Don’t Shy” yang penuh groove. Seawal intronya sahaja sudah memikat dan ia jadi lebih menarik di bahagian korus. Diteruskan dengan “Keep Me Jealous” dan “Lie Like A Lover” menjadikan album ini solid sebagai naskhah Pop yang baik.

“Say So” menjadi lebih lembut dan menyenangkan. “Pappa Money” antara all time favorite saya dalam album ini. Groove mereka semakin menjadi dan kemas sekali penghasilannya. Lagu-lagu begini punya persamaan dengan kebanyakan lagu-lagu GAC.

The Sam Willows saya kira semakin jelas dengan visi muzik mereka menerusi album kedua ini. Vokal Benjamin saya kira killer pada setiap lagu, strong dan soulful dalam memberi justifikasi pada lagu-lagu yang cukup baik dalam album ini.

#PerspektifMuzik, Terkini,

#RoadToAJL33 Melihat Potensi Daftar Lengkap 30 Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 33

Perkara paling menarik tentang Muzik-Muzik saya kira adalah cabaran mencari yang terbaik dalam senarai paling banyak undian di carta saban minggu.

Anugerah Juara Lagu seperti yang saya sebut dalam artikel tahun lalu, (KLIK #AJL32 untuk artikel penuh) menjadi platform paling relevan dan seimbang dalam mencari lagu terbaik kerana saya percaya yang terbaik itu selain memiliki struktur penciptaan lagu, lirik yang puitis serta produksi cemerlang – ia perlulah bersifat Malar Segar!

Dan disebabkan itu lagu-lagu seperti Janji Manismu, Isabella, Sekadar di Pinggiran, Tanya Sama Itu Hud-Hud, Terukir di Bintang, Jerat Percintaan dan lain-lain saya kira sememangnya menjadi pilihan terbaik untuk bergelar Juara Lagu (kecuali Potret – Akim & The Majistret sebab  Assalamualaikum patut menang).

Tahun lalu seperti yang menjadi jangkaan semua, naskhah Hael & Ezra menerusi Jampi berjaya pulang sebagai Juara kerana faktor serupa. Popular, komposisi yang asli dan bersifat malar segar.

Tahun ini pertembungan junior – senior dalam perang suara dan gubahan lagu yang akan berentap bersaing dengan cukup sengit pastinya. Namun saya masih berharap tiada lagi filler untuk rating yang akan bertanding kali ini. Biarlah yang datang dengan kredibiliti muzik, lirik dan vokal cemerlang yang akan diperdengarkan di pentas final.

Nama-nama senior seperti Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Liza Hanim, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Sarah akan beri satu pengalaman AJL paling menarik di pentas final

Namun dalam 30 lagu yang disenarai pendek ini saya agak terkilan tidak melihat Aizat – Sampai ke Hari Tua tersenarai sedangkan lagu tersebut lebih dulu dan lama dalam carta berbanding  Syamel – Kau Pun Sama. Soal rezeki barangkali. It’s okay, naskhah-naskhah Aizat akan tetap akan menjadi all time favorite semua.

Hael muncul juara tahun lalu dengan lagu “Jampi” Gambar: Berita Harian

I would say Masdo boleh jadi calon juara lagu jika mereka mempertaruhkan Bunga tapi sayangnya Bercanda di Malam Indah menjadi percaturan mereka yang sekadar menyadur ilham twist sedangkan Bunga lebih original penghasilannya.

Dalam senarai 30 tahun ini ada 4 sahaja yang betul-betul menarik perhatian saya akan penghasilan lagu sebagai naskhah yang solid melodi, lirik, produksi muzik serta penyampaian pelantunnya. Dan empat lagu tersebut adalah

Sampai Bila
(Sharon Paul  / Fedtri Yahya / Shah Shamshiri / Misha Omar)

Layarlah Kembali
(Aubrey Suwito / Ad Samad / Dayang Nurfaizah)

Nisan Cinta
(Hael / Ezra / Mike Chan / Siti Nordiana / Jaclyn Victor)

Haram
(Hael / Ezra/ Dayang Nurfaizah / Hael Husaini)

Empat lagu ini solid sebagai naskhah studio yang saling melengkapi elemen awal yang saya kata tadi. Penciptaan melodi dengan lirik paling kemas berbanding lagu lain yang sama ada menjadi terlalu mellow (lembik) atau cuba kedengaran cool. Potensi empat lagu ini untuk dibesarkan sifatnya dari segi susunan muzik string khususnya di pentas final amat besar.

Melodi lagu “Di Matamu” hanya sekadar gabungan melodi Segalanya (Haqiem Rusli) dan Menahan Rindu (Wany Hasrita) yang disatukan selepas itu cuba terus dengar “Kata Akhirmu” selepas Di Matamu. Serupa.

Dan dengarkan juga intro dua lagu ciptaan Ippo Hafiz yang berjaya ke semi final kali ini, “Jagakan Dia” (Shiha) dan “Dia” (Qody) dan cari beza komposisi kedua-dua lagu ini. Terlalu sama dan tak ada keistimewaan sekadar ulang formula serupa.

Cerita yang sama dengan lagu “Stereotype” dan “Cakap Ke Tangan” tapi setidaknya formula Akim dan Laq dalam kedua-dua lagu ini ada energi dan punya daya tarikan untuk berada di pentas besar.

“Rintihan Rindu”, “Luluh” dan “Selamat Tinggal Sayang” tidak perlu berada di final. Tiga lagu ini terlalu lembik dan tak maju bagi saya, penghasilan melodi berulang serupa, lirik yang terlalu lemah. Dan tolonglah bukan juga lagu “Kisah Antara Kita” jauh-jauhkanlah lagu begini di pentas final.

Berikut 30 lagu yang bakal bertanding di tiga minggu berbeza yang akan bermula pada 9 November nanti. Bold pilihan Muzik Kita.

Siti Nordiana & Dayang Nurfaizah kedua-duanya mempertaruhkan lagu ciptaan Hael Husaini.

9 November 2018

Di Matamu – Sufian Suhaimi (Sirkhan / Rinkarnaen)
Dia – Qody (Ippo Hafiz)
Kata Akhirmu – Ariff Bahran (Rudy Kasmaran / Jimmy Asmara / Sang Hitam)
Bercanda di Malam Indah – Kugiran Masdo (Ali Sariah)
Sesungguhnya Aku – Alif Satar (Faizal Tahir / Romeo / Mike Chan / Ezra Kong)
Mimpi – Liza Hanim (Hafiz Hamidun / Fedtri Yahya)
Seindah Berdua – Dewi Seriestha (Dewi Seriestha)
Dia – Dayang Nurfaizah (Omar K / Ezra Kong / Hael Husaini)
Semakin – Siti Sarah (Mera Utama)
Tak Pernah Hilang – Amylea X Kaer (Farouk Roman / Amylea)
Hikayat Ben Ladin – Ben Ladin (Dedeq / Malique)

16 November 2018

Bunga – Altimet (Omar K / John Jeevasingam / Altimet)
Luluh – Khai Bahar (Khai Bahar)
Rahsia Kita – Khai Bahar & Fatin Husna (Harris Yusoff / Jim Bimasakti)
Stereotype – Akim & The Majistret (Laq / Hang Nadim)
Sulit – Aman Aziz (Asfan Shah / Fedtri Yahya)
Bunga – Ara Johari (Hang Nadim / Laq / Kadok)
Jagakan Dia – Shiha Zikir (Ippo Hafiz)
Haram – Hael Husaini & Dayang (Hael Husaini / Ezra Kong)
Demi Kita – Ismail Izzani (Omar K/Ezra Kong / Adib Hamdi / Ismail Izzani)
Cakap Ke Tangan – Stacy (Hang Nadim / Laq)
Kau Pun Sama – Syamel (Syamel / Kidd Santhe / Syamel)

23 November 2018

Selamat Tinggal Sayang – Haqiem Rusli (Haqiem Rusli / Ibnu)
Jatuh Bangun – Haqiem Rusli ft Aman Ra (Haqiem Rusli / Omar K / Ikhwan Fattana / Aman Ra
Hajat – Hael Husaini (Hael Husaini / Ezra Kong)
Layarlah Kembali – Dayang Nurfaizah (Aubrey Suwito / Ad Samad)
Nisan Cinta – Siti Nordiana & Jaclyn Victor (Hael Husaini / Mike Chan / Ezra Kong)
Rintihan Rindu – Wany Hasrita (Ibnu /Gouffran)
Kisah Antara Kita – One Avenue Band (Reyhan)
Sampai Bila – Misha Omar (Sharon Paul / Fedtri Yahya / Shah Shamshiri)

Terkini,

“Sila Robek Hati Ini” Pertaruhan Terbaru Amir Jahari

showcase album terbaru Amir “Siang & Malam” akan berlangsung 10 November nanti

Kali terkahir muncul dengan single “Ingga” pada tahun 2016,  Amir Jahari mengambil masa hampir lima tahun untuk menerbitkan album keduanya. Mengambil “Siang & Malam” sebagai judul album yang diterbitkan sendiri syarikat rakamannya, Sekalo Music dengan kerjasama Luncai Emas Sdn. Bhd dan bakal diedarkan oleh Kamar Seni Enterprise.

“Sila Robek Hati Ini” menjadi pertaruhan Amir sebagai single perdana album ini  sudah pun dimuat naik di akaun YouTube Amir Jahari. Album dengan tujuh track ini turut menampilkan lagu bonus bersama Mafidz berjudul “Hadiah Dari Tuhan”.

Lebih menarik, album ini turut menampilkan duet bersama vokalis Hujan yang juga soilst terkenal Noh Salleh menerusi sebuah lagu berjudul “Sang Perindu”.

Album yang membawa konsep Pop Nusantara ini bakal menampilkan sisi matang Amir sebagai pemuzik juga produser yang turut bekerjasama lebih dekat dengan AG Coco dalam proses pembikinan kesemua lagu dalam album ini.

Album yang dirakam sepenuhnya di studio Kamar Seni ini diterbitkan AG Coco bersama Ahmad Huzaini yang turut menampilkan pemuzik hebat lain seperti Pacai dan Karim.

Bakal melancarkan album Siang dan Malam pada 10 November 2018, Amir juga akan mengadakan showcase sulung Album Siang & Malam kolaborasi antara Sekalo Music Production dan Mendamrasso yang bertempat di Live Fact, pada pukul 3 petang. Pada hari showcase tersebut, Amir akan diiringi band Rawi yang berasal dari Sarawak.

Tiket boleh dibeli di talian whatsapp +6016 8789437 pada harga RM35 ataupun anda boleh beli terus di pintu masuk pada hari persembahan berharga RM50. Setiap pembelian tiket akan diberikan CD Album Siang & Malam secara percuma.

Terkini,

Pop Masa Depan – Mendekati Sensasi Segar Pop Seberang Bernama “Abirama”

Lewat 2017 yang lalu ketika Air Asia memperkenalkan program “Dreams Come True” bagi mencungkil bakat-bakat baru serantau dalam bidang muzik, Malaysia diwakili Kuizz Shah yang cukup promising dengan beat-beat moden serta melodi yang cukup semasa.

Dan dalam senarai atas program tersebut, Indonesia diwakili seorang anak muda bernama Abirama yang tampil lebih soulful dengan suara yang lebih strong dan berkarakter. Selepas itu saya terus mengikuti perkembangan bakat muda ini yang diawali dengan single yang cukup mendapat hebohan berjudul “Terasa Nyaman”

Abirama tampil idea Pop yang lebih rileks menyenangkan menerusi nota-nota muziknya dan menambah lagi nilai komersil yang ada padanya adalah imej serta branding yang cukup moden. Lihat saja idea-idea dizahirkan menerusi cover single serta muzik videonya yang cukup segar dan terkini sekali.

Ketika “Terasa Nyaman” menjengah di balik kejayaan Tulus, Yura dan Kunto Aji – Abirama tampil lebih sederhana cuba mencelah publisiti yang ada. Dan nyata percaturannya tidak langsung gagal. Selepas kejayaan single perdanya itu, Abirama tampil duet dengan Gisel dalam romantisme “Sendirian” yang begitu lembut sekali penghasilannya. Dan sekali lagi muzik videonya cukup menarik sekali penghasilannya.

“Saya masih baru sekali, pendengar belum banyak, tapi seenggaknya lumayan ini membuat lebih ‘terdengar’ sampai sini. Dan enggak terasa sudah sampai hari ini saja, jadi lanjut,” tambahnya.” – CNN Indonesia (15/12/2017)

Baru tampil dengan single terbaru yang lebih segar dan saya kira meninggikan lagi radar kelas muziknya, Abirama saya lihat mampu untuk terus berjalan cemerlang dengan acuan muzik yang dijalani hari ini.

Bermula dengan undangan Spotify Asia mewakili Indonesia dan hari ini single demi single dihasilkan menjadikan anak muda ini semakin bersinar dan disukai keberadaannya.

“Sebenarnya enggak menyangka, dari Spotify tiba-tiba kontak, ‘Anda terpilih salah satu peserta Air Asia Dreams Come True. Maksudnya, [enggak menyangka] terpilih di antara kontestan lain yang sudah lumayan, setahun-dua tahun, sementara saya baru empat bulan,” Tambahnya.

 

Review, Terkini,

Amir Alif Melewati Tempo-Tempo Minimal Menerusi EP “Obscura”

 

Lapangan muzik digital hari ini nyata membenarkan lebih ramai lagi anak muda untuk bereksperimentasi dengan muzik sekali gus berkongsi dalam skala cukup luas dan mudah. Amir Alif satu antara bakat muda yang mahu mencuba melakukan sesuatu yang dia percaya dalam muzik.

EP diberi judul “Obscura” yang beredar September, 21 yang lalu satu percubaan yang saya kira impresif penghasilannya. Mood R&B Lo Fi dengan beat minimal melatari hampir keseluruhan EP ini dengan cukup konsisten sekali.

Membuka lembar “Obscura” dengan trak berjudul “Interlude” dengan cukup soft sebelum menjadi sedikit agresif dalam lagu kedua “Temporary Happiness” yang lebih menarik tempo muzik serta melodinya. Cuma saya kira jika vokal Amir andai dapat dilembutkan sedikit lagi akan lebih mencantikkan lagu ini.

Dan bercakap tentang kelembutan album ini diteruskan dengan “Misses” dan “Everything Is Changing” – dua lagu dengan melodi yang cukup baik penghasilannya. Terkini dan menyenangkan. Namun masih kurang puas dengan vokal Amir yang kurang rasanya.

EP ini ditutup sempurna dengan satu-satunya lagu berbahasa Melayu berjudul “Kata” yang buat saya terus melayang dengan keindahan melodinya. Saya kira Amir sounds better in Malay. Sebutannya sedap dan terasa emosinya.

Lagu ini percaturan yang baik jika dia mahu go big cuma perlu pemasaran yang cukup kemas untuk membawa lagu ini lebih jauh. This kind of song saya pasti sangat mudah untuk orang kita terima. “Obscura” kini siap di semua gedung muzik digital.

Trivia “Obscura” Amir Alif

  • Diproduksi Wjx, Zulkarnain dan Redro
  • Yuna, Daniel Caesar & The Weeknd antara inspirasi menzahirkan EP ini
  • Dua single awalnya “Okay”, “Changed” dan “Memories” lebih awal diedarkan pada tahun 2017