Review, Terkini,

Usai Fasa Bintang RTM & DAA Musim Ke-5, Hariz Fayahet Merilis Single “Yang Terbaik”

Lagu: Yang Terbaik
Artis: Hariz Fayahet
Komposer & Lirik: Adi Priyo
Label: Archive Capital 

Pasaran muzik Balada hari ini menghadirkan ramai bakat-bakat baru dengan ilham Balada yang sebetulnya serupa dan tidak begitu memberi variasi dalam pasaran muzik tempatan.

Nama-nama besar seperti Khai Bahar, Haqiem Rusli, Aiman Tino antara yang cukup dikenali tetapi masih kurang kehebatan dalam bermuzik.

Bakat baru seperti Luqman Faiz, Isma Sane, Usop juga hadir sebagai lapisan baru muzik Balada namun sejujurnya tiada apa yang boleh dibanggakan penghasilan muziknya.

Namun dalam banyak-banyak bakat baru yang ada nama Hariz Fayahet antara yang tampil cukup promising dengan kelantangan vokal yang cukup kemas. Dan ya kemampuan bernyanyi secara live dengan baik.

Hadir dengan single perdananya berjudul “Yang Terbaik” ciptaan sepenuhnya Adi Priyo (6ixth Sense)

Hariz tampil cukup menawan pendengaran kami dengan feel yang baik, kawalan emosi dan suara yang tidak melebih-lebih untuk memberi justice sebaiknya melodi lagu ini.

“Yang Terbaik” dihasilkan dengan cukup cocok paten suara Hariz yang nyata sesuai dalam melantun melodi Ballad / Rock begini dan power juga weight yang ada pada vokalnya mampu membawa Hariz ke persada komersil dengan cemerlang jika kena percaturannya.

Untuk percubaan perdana ini saya kira sudah cukup penghasilannya sebagai sebuah percaturan yang baik. Apa yang harus dilakukan adalah pemasaran juga promosi yang lebih kuat agar lagu ini tidak disia-siakan.

Bagi yang baru mengenal Hariz, namanya mula mencuri perhatian ketika memenangi program Bintang RTM dan baru-baru ini kelibatnya di Dangdut Akademi Asia musik ke-5 meletakkan nama Hariz lebih dikenali.

7.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Intepretasi Rock N Roll “Jemson” Dalam Derum Deram “Balada Cinta Kosmos”

Review, Terkini,

Asmidar Menghadirkan Rendisi Segar “Sireh Pinang” 

Lagu: Sireh Pinang
Artis: Asmidar
Susunan Muzik & Jururakam: SPACE Records – Aiman Rijal, Christiana, Alwani
Label: Kruk Krak Records

Asmidar saya kira sudah boleh dikira sebagai bakat senior yang masih belum mahu berhenti menghasilkan produk muzik dalam acuannya tersendiri. Pasaran muzik Asmidar sebagai artis komersil mungkin tidak sebesar lapangan Misha atau Sarah namun dia tidak pernah berhenti.

Percubaan demi percubaan dilakukan untuk terus mengekalkan momentum muziknya, Asmidar membina momennya yang tersendiri ketika mengungguli Vokal Bukan Sekadar Rupa. Dengan single “Biar Sampai Ke Bintang” setidaknya membuka mata semua akan bakat hebatnya.

Tahun lalu Asmidar hadir dengan projek “Keronchong Bilek Ayer” dengan merilis dua video YouTube rakaman terkini “Selamat Tinggal Bungaku” dan “Bahtera Merdeka” yang hadir cukup berbeza dan terkini.

Meneruskan sisi muzik berbezanya itu, Asmidar lewat Disember lalu menghadirkan sebuah rendisi terkini “Sireh Pinang” nyanyian asal Azlina Aziz ciptaan Dato’ Ahmad Nawab.

Rendisi terkini ini mengingatkan MK pada penghasilan “Sri Mersing” Najwa Mahiaddin yang hadir dalam pesona kemasan muzik serupa. Dan menerusi Sireh Pinang Aiman Rijal, Christiana dan Alwani menyusun kembali lagu ini dengan cukup cemerlang.

Persembahan vokal Asmidar kemas dan tida berlebih-lebihan. Untuk sebuah naskhah susunan semula, saya kira “Sireh Pinang” berjaya hadir dalam originality dan persembahan produksi yang cemerlang.

8.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

Menepis Balada Rawan, Sarah Tampil Penuh Groove di Single “Dap Dap Dap”

Highlight, Review, Terkini,

#TheFutureIsBright Khodi Hadir Dalam Persembahan Penuh Groove Di Single Perdana “Ke Mana”

Lagu: Ke Mana
Artis: Khodi & Razqa
Komposer & Lirik: Khodi / Raja Sham / Razqa
Label: Sony Music Entertainment

Melihat semakin ramai bakat baru yang berani tampil dalam nuansa Pop semasa yang lebih segar hasilnya menunjukkan penanda aras yang baik perkembangan muzik tempatan. Setiap satunya hadir dalam pendekatan muzik serta inspirasi yang tersendiri.

Beberapa nama yang hadir dengan masa depan yang baik seperti Lunadira, Adzrin, Chaleeda, Aisha Retno dan Neeta Manisha yang sudah siap untuk terus menyerlah tahun ini dengan cara mereka sendiri.

Seorang lagi nama baru yang menarik perhatian MK dengan penghasilan single perdananya adalah Khodi yang tampil cukup promising dengan single berjudul “Ke Mana” kolaborasi bersama Razqa (Viral).

Lagu yang hadir dalam nuansa Pop R&B ini cukup cemerlang penghasilannya untuk sebuah naskhah dari bakat baru seperti Khodi. Kolaborasi vokalnya bersama duo Razqa memberi justice yang cukup baik pada single ini.

Khodi punya corak suara yang cukup bersifat semasa, styling nyanyiannya berkelas dan tidak melebih-lebih menjadikan itu sebagai satu kelebihan untuk Khodi menyerlah dengan caranya tersendiri.

Penghasilan “Ke Mana” harus dijadikan benchmark muzik Pop hari ini. Muziknya segar, hadir dengan feel serta groove yang secukupnya dan cukup baik bagi meninggikan standard muzik lokal. Beriring strategi pemasaran yang betul dan pengurusan yang tepat Khodi punya masa depan yang cerah jika jalannya betul dan tidak terhenti.

8.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Aisha Retno Menawan Rasa Menerusi Single “Mengikat Jiwa”

Terkini,

“TOMOKTWNTY” Dokumentari Khas Dua Dekad Perjalanan Muzik Tomok

Untuk bertahan selama dua dekad dalam bidang muzik bukan langkah mudah. Kekuatan dan keyakinan untuk berada di legasi muzik dan kekal meniti bibir penggemar di samping mencuri perhatian penggemar baru sesuatu yang harus difikirkan.

“Tomok” meniti kembara sebagai seorang penyanyi berawal dengan kugiran Pop “New Boyz” hadir dalam satu fenomena yang mengubah landskap muzik lokal dengan cukup popular di era 90-an.

Setelah menghasilkan cukup banyak album dengan hits malar segar bersama New Boyz, Tomok meniti kedewasaan dalam bermuzik secara solo seperti resam kebanyakan vokalis legenda lainnya yang mengambil haluan sendiri bila tiba masanya.

Dalam kedewasaan itu kita melihat Tomok semakin menyerlah di ruang solonya dengan kejayaan di pentas One In a Million menghasilkan satu skop muzik berbeza menerusi album solo perdananya yang beredar sekirar 2010.

Dengan hits seperti “Rindu Terhenti”, “Bagaikan Bidadari” dan “Berlari” melengkapkan lagi satu sejarah dalam bermuzik. Debut yang mendapat sentuhan produser senior seperti Aubrey Suwito antaranya.

Dan hari ini setelah dua dekad melayari susah senang sebagai seorang pemuzik, rakaman memori serta kenangan bermuzik ini disatukan dalam sebuah dokumentari khas berjudul “TOMOKTWNTY”.

Sudah bersiar sejak 27 Disember lalu, cerita dan kisah Tomok boleh ditonton dengan interbiu khusus bersama Zul 2by2, Aubrey Suwito dan Zimi antaranya. Dokumentari 4 episod dengan durasi selama 15 mini ini diterbitkan oleh Monkey Bone.


ARTIKEL BERKAITAN

Ezad Lazim Tampil Sisi “Exists” Di Single “Luahan Cintaku”

Highlight, Review, Terkini,

Menepis Balada Rawan, Sarah Tampil Penuh Groove di Single “Dap Dap Dap”

Lagu: Dap Dap Dap
Artis: Sarah Raisuddin
Komposer & Lirik: YonnyBoii
Label: Indigital Sdn. Bhd.

Masih ingat awal kemuculan Sarah ketika awal bermuzik yang tampil cukup promising dengan feel R&B single seperti “Ku Teruskan” dan groove “Pesan Mamaku” – namanya cukup sinonim dalam pesona seorang penyanyi R&B  yang hadirnya mampu memberi masa depan cerah pasaran muzik lokal ketika itu.

Setelah itu di album “Mimpi Pun Sama” dan “Tiada Dikau Tiada Makna” Sarah masih meneruskan groove yang dia miliki namun agak diteggelami populariti lagu-lagu Balada nya yang nyata lebih popular seperti “Saat Hilang Cintamu” dan “Bersamamu”.

Namun dalam dua album tersebut Sarah hadir cukup hebat dengan lagu-lagu seperti “Menari Denganku”, “Mimpi Pun Sama” dan “Cuma Permainan” antaranya yang benar-benar hadir dalam esen muzik dan feel sebenar Sarah.

“Tiada Dikau Tiada Makna” menjadi nokhtah panjang Sarah dalam lapangan muzik tempatan sebelum hadir ke pentas GV dan hadir dengan single “Matahari” eh silap “Semakin” yang dicipta Shuib.

Terkini, Sarah hadir cukup segar seperti apa yang MK harap-harapkan. Kembali dengan groove, dengan feel dan soul yang sangat-sangat cemerlang!

“Dap Dap Dap” menjadi pertaruhan Pop terbaru Sarah sebagai sebuah naskhah yang cukup terkini dan langkah bijak buat perkembangan kariernya. Lagu ciptaan anak muda bernama YonnyBoii ini mengembalikan Sarah yang kita rindu di single “Jangan Kau Mimpi” dan “Menari Denganku”.

Jujur saya puas mendengar lantang dan jelasnya vokal Sarah dalam melantun setiap kata dalam lirik lagu ini dengan caranya sendiri. Manis jadi “Menis” / Tersungkur jadi “Tersungko” / Jatuh jadi “Jadoh” – semua slanga yang begitu Sarah sekali sifatnya. And I enjoy every bit of it!

Pertaruhan Sarah bersama InDigital untuk meninggikan bakat baru dalam muzik seperti YonnyBoii is much appreciated. Saya berharap lebih ramai lagi bakat-bakat senior seperti Sarah yang boleh bekerjasama dengan anak-anak muda yang punya idea segar dan baik untuk perkembangan Pop Tempatan. Yelah sampai bila nak nyanyi Ballad bunuh diri kan?

8.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kolabrasi Pop Bil Musa, Alex Ungku & MFMF. Menerusi “Let Me In”

Highlight, Review, Terkini,

Kolaborasi Pop Bil Musa, Alex Ungku & MFMF. Menerusi “Let Me In”

Lagu: Let Me In
Artis: Bil Musa & Alex Ungku
Komposer & Lirik: Bil Musa / MFMF. / Alex Ungku
Verdik: 9/10

Gerakan muzik urban Pop yang dilangsungkan Yuna Room Records sejak awal memperkenalkan nama Bil Musa di pasaran muzik mainstream beralur cemerlang dengan senarai rilis yang cukup meninggikan standard muzik tempatan.

Berawal debut 2015 dengan hits seperti “The Beach” dan “I Would Die” nama Bil Musa meniti jambatan populariti dalam satu fasa yang semakin hari semakin baik. Dan satu hal yang penting dalam perjalanan kariernya, Bil belum lagi memperlahankan langkahnya dalam bermuzik sekalipun secara komersil di pasaran lokal nama Bil masih lagi kurang diberi perhatian.

Tahun lalu Bil Musa cemerlang dengan single “Flashes” bersama produser muzik masa depan lokal, MFMF. dan sebuah single berbahasa Malaysia dalam jaluran muzik lo-fi berjudul “Pikachu – Aku Cinta Kamu”. 

“Flashes” sudah kami letakkan sebagai 10 Lagu Terbaik sepanjang tahun lalu dan tanpa membuang masa sekali lagi bersama MFMF. – Bil Musa menghadirkan single yang cukup cemerlang penghasilannya bagi memulakan tahun 2020.

Lagu berjudul “Let Me In” menampilkan kolaborasi Bil bersama Alex Ungku seorang lagi bakat muda tempatan yang cukup harus diberi perhatian.

“Let Me In” tampil dalam ilham romansa milenial yang mengambil ilaham cinta dalam pesona melodi dan lirikal yang mudah diikuti ceritanya. Single ini bergerak cemerlang sebagai sebuah naskhah Pop yang cukup baik untuk pasaran lokal.

Bil saya kira setelah “Flashes”, “Pikachu” dan “Let Me In” yang menjadi pertaruhan terbarunya ini sudah siap rasanya untuk penghasilan album Urban Pop yang boleh membanggakan kita semua sebagai pengikut pasaran muzik lokal.

Bakat-bakat seperti Bil dan Alex Ungku ini kiranya harus diraikan dan diangkat lebih tinggi pasaran muzik tempatan dalam satu skala yang lebih besar.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

#502019 Dominasi Hip-Hop, Kebangkitan Urban Pop & 50 Rilis Terbaik Sepanjang Tahun (Malaysia)

Review, Terkini,

Kemasan Muzik Kelas Satu Ricky Lionardi Diteruskan Di Single Kolaborasi Bersama Andien

Lagu: Aku Cinta Dia
Artis: Ricky Lionardi & Andien
Komposer & Lirik: Adjie Soetama
Verdik: 9/10

Projek produksi semula lagu-lagu legenda muzik Indonesia oleh Ricky Lionardi diteruskan lagi kelangsungannya setelah kejayaan dua rakaman semula “Bengawan Solo” (Tompi) dan “Tinggal Bilang” (Trio Lestari).

Menerusi projek yang dipanggil “Senandung Indonesia” Ricky sebagai produser muzik meneruskan usaha mengangkat karya-karya agung Indonesia ke peringkat lebih tinggi dengan penghasilan rakaman semula berkualiti tinggi.

Terkini bersama Andien, Ricky Lionardi menampilkan lagu asal nyanyian Chrisye berjudul “Aku Cinta Dia” sebagai pertaruhan perdana tahun ini. Lagu yang asalnya beredar di tahun 1985 ini merupakan single keempat album “Senandung Indonesia” yang bakal beredar.

Album tersebut akan berisikan lagu-lagu Indonesia popular yang diciptakan oleh para komponis legendaris seperti Ismail Marzuki, Guruh Soekarno Putra, Adjie Soetama juga Cornel Simanjuntak.

Salah satu visi dari album Senandung Indonesia adalah untuk melestarikan lagu-lagu Indonesia popular sepanjang masa agar bisa dinikmati dan diakses oleh para pencinta muzik nusantara.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

#502019 Melewati Gelombang & Cahaya Terang Pasaran Muzik Indonesia Bersama 50 Rilis Terbaik 2019 (Indonesia)

Highlight, Review, Terkini,

Aisha Retno Menawan Rasa Menerusi Single “Mengikat Jiwa”

Lagu: Mengikat Jiwa
Artis: Aisha Retno
Komposer & Lirik: Aldi Nada Permana / Aisha Retno
Verdik: 8/10

Pasaran muzik lokal hari ini berhadapan satu transisi Pop yang lebih progresif dan cemerlang penghasilannya. Balada tahun ini kami kira bukan lagi percaturan yang baik jika masih terikat ilham lama tanpa kreativiti bermuzik.

Penghujung 2019 menghadirkan beberapa rilis balada yang hadir denga feel R&B yang baik. Kolaborasi terbaru Kaer dan Amylea antaranya yang lebih berevolusi Baladanya.

Satu lagi nama baru yang cukup menyerlah adalah Aisha Retno bakat muda diketengahkan Sony Music Malaysia menerusi single perdana berjudul “Mengikat Jiwa” yang hadir soulful dalam penyampaian sederhana Aisha yang mempesona.

“Mengikat Jiwa” karya cipta Aldi Nada Permana (GAC, Cakra Khan) menyerlahkan sisi hebat vokal serta feel Aisha yang saya kira puas untuk didalami perasaannya.

Lagu ini sebetulnya bergerak atas ilham tipikal Indo Pop tetapi diberi suntikan melodi yang membuai tetapi tidak terlalu meleweh. Berawal lembut, dinamik lagu ini ternyata disusun kemas Aldi sebagai produser untuk membuai pendengar.

Aisha memiliki karakter vokal yang cukup baik dan menawan. Feel Aisha baik untuk penghasilan “Mengikat Jiwa”. Semoga di single berikutnya dia boleh menghasilkan sesuatu yang lebih kental feel R&B sifatnya.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Bakal Muncul Dengan Album Perdana, Amni Musfirah Hadir Membuai Rasa Di Single “Bukan Bahagiamu”

Highlight, Review, Terkini,

#ICYMI Ini Senarai 10 Pop Tersegar Untuk Senarai Lagu 2020 Anda

Melangkah ke tahun 2020 dengan beriring satu visi meninggikan standard muzik tempatan ke arah yang lebih baik dan bercitarasa tinggi.


Pasaran Pop lokal sepanjang 2019 disemarakkan bakat-bakat muda yang sentiasa tampil dengan idea segar dan bervisi jauh. Berawal Disember beberapa senarai rilis segar sudah beredar dengan kordinasi muzik segar.

Sudah pasti untuk meminggirkan Balada itu mustahil tetapi Balada juga harus berevolusi. Beberapa senarai lagu baru Balada yang beredar sepanjang bulan ini masih di takuk lama dan lapuk berbanding bakat-bakat Pop yang lebih segar penghasilannya.

Aisha Retno (Mengikat Jiwa) dan “Selalu Dengamu” (Amylea & Kaer) antara contoh Balada yang baik penghasilannya dengan kemasan melodi serta lirik yang tidak lembik dan cheesy.

Kolaborasi Ismail Izzani dan Andi Bernadee menerusi “Hello” antara yang paling cemerlang untuk rilis tahun ini. Lagu “Hello” cukup current dan tampil dalam persembahan muzik yang cukup cemerlang.

Elizabeth Tan meneruskan pesona Pop nya setelah kejayaan “Police Entry” dan “Semua Sudah” dengan sebuah lagi naskhah up beat “Shh” ciptaan duo Jael dan Ezra Kong. Asmidar tampil lebih membanggakan dengan rendisi segar “Sireh Pinang” nyanyian asal Azlina Aziz yang diberi sentuhan lebih deep.

MK Menyenaraikan senarai lagu segar untuk anda revamp senarai lagu-lagu yang lebih terkini.

1. Hello / Andi Bernadee & Ismail Izzani
2. Shh / Elizabeth Tan
3. Hati / Hael Husaini
4. Selalu Denganmu / Amylea & Kaer
5. Kembali / Aziz Harun
6. Aizat Amdan / Waktu
7. Bagai Lagu Indah / Adzrin
8. Sireh Pinang / Asmidar
9. Infiniti / O@G
10. Mengikat Jiwa / Aisha Retno

 

Review, Terkini,

Ezad Lazim Tampil Sisi “Exists” Di Single “Luahan Cintaku”

Lagu: Luahan Cintaku
Artis: Ezad Lazim
Komposer & Lirik: Harry Khalifah / Room None
Verdik: 6/10

Setelah fasa GV, Ezad memikat pendengar dengan comeback “Demi Cinta” yang kini sudah distrim hampir 5 Juta di Spotify. Setelah itu dia tampil dengan single seperti “Kuasa Cinta” yang tidak begitu memberi kelebihan buat kariernya

Awal tahun ini bersama Broadway Ent satu kolaborasi bersama Zamani menerusi “Aksara Cinta” diluncurkan dengan kurang pesona melodi yang memikat. Begitu juga duet bersama Idayu untuk OST Ombak Rindu the Series berjudul “Gelora Rindu” yang biasa-biasa sahaja.

Terkini Ezad melancarkan single terbarunya “Luahan Cintaku” yang begitu kuat pengaruh balada Exists seperti “Masih Terserlah Ayumu” dan “Mengintai Dari Tirai Kamar” antaranya.

“Luahan Cintaku” menyerlahkan sisi-sisi Exists dalam balada yang pastinya akan disukai pasaran semasa dengan lebih meluas. Vokal Ezad seperti biasa tidak mengecewakan namun lagu begini secara general bukanlah lagu yang mampu meniggikan standard muzik lokal.

6/10


ARTIKEL BEKAITAN

Menyelisik Balada Kerohanian Ramlah Ram Dalam Penuh Sayu Di Single “Masar Cinta”