Highlight, Review, Terkini,

“Wallflower” Sebuah Rencana Pop Afgan Dalam 10 Trak Masa Kini

Afgan menyusun lembaran muziknya dengan cukup matang. Berawal sebagai bakat baru yang sinonim dengan rangkaian lagu-lagu Balada, dia bergerak semakin cemerlang menghasilkan Balada yang semakin matang dan rich perincian muziknya.

Kembara muziknya bergerak perlahan ke arah Pop R&B dengan beberapa rilis dominan semangat R&B di album “Sides” dia memberikan nuansa berbeza sebelum bergerak dengan Isyana Sarasvati dan Rendy Pandugo menerusi project AIR menghasilkan sebuah formasi Urban Pop yang baik sekali penghasilannya.

Semakin yakin dengan jaluran Urban Pop dan R&B, Afgan mempertaruhkan sesuatu dengan langkah lebih besar lagi dengan bekerjasama dengan produser muzik luar seperti Hapie & Chaz, The Aristocrats antaranya yang cukup dominan di pasar besar muzik antarabangsa.

Merilis single perdana menerusi album Inggeris perdana ini, “Say I’m Sorry” memberi satu siren jelas arah muziknya di album ini. Single ini saya kira terhasil cukup current seiring dengan apa yang ada di pasaran global hari ini.

Afgan saya kira di tahap ini sudah semakin pasti dan yakin dengan apa yang dia mahu lakukan. Album berjudul “Wallflower” mempertaruhkan 10 lagu yang mengangkat ilham Urban Pop dan R&B yang menyatu baik dengan feel nyanyian Afgan.

Mendengarkan album ini saya kira ia seperti sebuah hasil yang memang didambakan Afgan. Jelas sekali chemistry feel Afagn di lagu seperti “Hurt Me Like You”, “M.I.A” tidak kedengaran canggung memandangkan Afgan yang kita kenal itu master di lagu-lagu Balada.

Album ini sebetulnya tidaklah terhasil terlalu luar biasa atau terlalu berbeza dengan apa yang ada hari ini, namun ia satu jejak langkah matang seorang Afgan yang sudah lebih sedekad bergelar pemuzik di Indonesia.

“Wallflower” saya sifatkan sebagai sebuah naskhah yang cukup acceptable kerana muzik dan feel Afgan menyatu sangat baik dan itu hal yang sangat penting untuk penghibur Asia pabila menghasilkan naskhah berbahas Inggeris.

Lagu-lagu di album ini mampu membuka lebih ruang untuk Afgan mengumpul penggemar baru pastinya. “Wallflower” membuat saya berfikir Afagn itu seorang figura muzik yang cukup tetliti dan serius dalam bermuzik dan tahniah untuk usaha itu.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Pelayaran Emosi Penuh Avant-Garde Gamaliel Menerusi EP “Q1”

Highlight, Review, Terkini,

Rakaman Ulang Nostalgia “Hanya Memuji” Krisdayanti & Sandhy Sondoro

Lagu: Hanya Memuji
Artis: Krisdayanti & Sandhy Sondoro
Komposer / Lirik: Melly Goeslaw
Produser: LaleIlmanNino

Hanya Memuji saya kira sudah menjadi Pop anthem pasaran muzik 2000-an Indonesia yang popularitinya tidak hanya meledak di sana namun sehingga ke Malaysia. Dinyanyikan asal oleh Shanty menerusi debut Shanty (2001) sebelum dirakam secara duet bersama Marcell.

Karya agung Melly Goeslaw ini sudah berusia lebih 20 tahun melewati pasaran Pop nusantara yang bergerak sebagai arah baru Pop ketika ia dihasilkan. Melodi yang cukup original dengan groove dan chemistry Marcell – Shanty menjadikan lagu ini cukup ikonik sekali.

Terkini dengan sentuhan kemasan muzik produser on demand LaleIlmanNino, “Hanya Memuji” mengulang nostagianya dengan kolaborasi duet penyanyi senior Krisdayanti bersama Sandhy Sondoro.

Mengambil ilham City Pop yang cukup dominan dengan kerja muzik LaleIlmanNino, “Hanya Memuji” versi terbaru ini benar-benar meninggikan lagi standard asal lagu ini sebagai sebuah rakaman ulang yang cukup menghiburkan.

Kolaborasi Krisdayanti dan Sandhy Sondoro juga tercipta dalam sebuah chemistry nyanyian yang cukup baik dan kedengaran begitu segar sekali.

Usaha meninggikan lagu-lagu lama dengan kemasan muzik baru ini bukan hal baru di Indonesia, beberapa lagu lain seperti “Cinta” persembahan Dewa 19 pernah dirakam ulang Isyana, Afgan dan Rendy Pandugo.

Usaha begini saya kira satu apresiasi muzik yang cukup baik. Lagu-lagu malar segar ini dipanjangkan hayatnya dengan rakaman ulang yang menjadi semakin baik dengan kemasan muzik yang baru.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Sebuah Doa & Harapan Yura Lewat Single “Tenang”

Highlight, Review, Terkini,

Penyatuan Klasikal Dan Balada Syafinaz Menerusi “Persis Salju”

Lagu: Persis Salju
Artis: Syafinaz Selamat
Komposer / Lirik: Raja Mohd Syam / Zairatul Niza

Bergerak sebagai penyanyi yang keluar sedikit daripada demand pasaran semasa membawa hala tuju Syafinaz Selamat lebih ke arah akademik berkongsi ilmu yang dia miliki dan melupakan seketika pentas nyanyian untuk bergerak sebagai penyanyi.

Biarpun  tidaklah meninggalkan terus, kelibatnya masih ada di pentas-pentas korporat menghibur pada zon yang memahami kraf muziknya. Syafinaz juga sebetulnya pernah menghasilkan single bersama Dennis Lau menerusi lagu berjudul “Mahkota” sekitar tahun 2016 rasanya.

Lebih awal memukau kita dengan alunan merdunya di album “Ingin Bersamamu” Syafinaz bereksperimen dengan cukup baik dengan rakaman semula projek Berkely alumni menerusi “Syhh…” yang beredar 20 tahun yang lalu.

Lantas menghasilkan sound R&B yang cukup strong menerusi lagu “Rindumu Rinduku”, “Kemesraan”, “Ku Sangka Siang Kiranya Malam” dan “Oh Di Mana” antaranya. Album tersebut telah saya letakkan antara album rakaman semula yang cukup cemerlang penghasilannya.

Terkini setelah bertahun lamanya, Syafinaz kembali mahu menuai kepercayaan pendengar akan bakat bermuziknya dengan single terbaru berjudul “Persis Salju” yang baru beredar minggu lalu.

Lagu yang dicipta Raja Mohd Sham dengan lirik tulisan Zairatul Niza ini mengambil ilham Balada yang disulam elemen Klasikal yang menjadi forte Syafinaz sebagai penyanyi dikatakan terhasil sepuluh tahun lalu sebelum ia sempat dirilis tahun ini.

Dan mendengarkan produksi muziknya saya kira terasa benar feel lamanya lagu ini yang kurang mesra dengan apa yang perlu ada di pasaran muzik hari ini. Bunyinya di lagu “Persis Salju” ini agak kompleks dan kurang komersil.

Saya kira apa yang dilakukan Nikki Palikat di album “Hawa” pada tahun 2008 masih menjadi contoh terbaik manipulasi muzik Klasikal yang disatukan dengan Pop agar sound nya lebih current dan komersil.

Beberapa lagu di album tersebut yang mengambil sample lagu klasikal barat seperti “Betara Sukma”, “Cinta” dan “Oh My” saya kira harus dijadikan guidance untuk menyatukan muzik Klasikal dengan Pop yang mampu menjadikan hasilnya lebih moden.

“Persis Salju” bukanlah lagu yang teruk cuma ia kedengaran tua dan tidak berevolusi. Saya faham lagu ini disiapkan 10 tahun lalu dan sebaiknya kemasan muzik baru dan rakaman semula harus dilakukan untuk memperbaharui dan memperbaiki struktur lagu ini menjadi lebih moden dan kekinian.

Dan sebuah lagi contoh terbaik adalah lagu “Romeo & Juliet” yang juga dinyanyikan Nikki ciptaan Audi Mok yang sekali lagi memanipulasi melodi Klasikal, Balada dan Pop dalam feel yang dramatik but doesnt sound old. Cuba dengarkan di bawah.

5.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

V.E Menawan Pesona Motown Menerusi Single “Tunggu”

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Menyelisik Irama Kerohanian Malar Segar Al-Jawaher 

Al-Jawaher menjadi nama awal yang memberikan nuansa baru irama Nasyid dalam persembahan Pop dan Folk Nusantara dalam rangkaian lima album yang sempat dirakam sehingga hari ini sejak bermuzik sejak 1979.

Debut “Permata” yang beredar pada tahun 1980 menampilkan hits malar segar “Kembara Di Tanah Gersang” ciptaan M.Nasir sehingga hari ini menjadi naskhah penting Pop Nasyid / Kerohanian yang masih didengar dan diputar di radio.

Terdiri awal dengan 9 ahli asal Norhaiyati Yusop, Habibah Othman, Siti Rusminah Jaafar, Jumilah, Jawainah, Azizah dan Ruhaidah Ibrahim yang berasal dari Kota Singapura. Ahlhi-ahli kumpulan ini berubah beberapa kali kerana komitmen berkeluarga yang harus dipertanggungjawabkan.

Al-Jawaher menjadi gerakan penting muzik Nasyid tempatan selaian beberapa nama lain seperti Al-Mizan juga Allahyarham Ahmadi Hassan yang menjadi nama dominan dalam melaungkan irama kerohanian dan ketuhanan dalam lagu-lagu mereka.

Al-Jawaher yang membawa maksud Permata cukup popular dengan rangkaian lagu seperti “Ku Pohon Restu Ayah Bonda”, “Perjalanan”, “Adam & Hawa” dan “Assalamualaikum”. Lagu-lagu mereka banyak ditulis M.Nasir.

Dan kerana itu juga ilham muzik mereka bersatu dengan rasa Folk Nusantara yang cukup kuat jiwanya. Sentuhan puitis lirik, melodi yang mengambil ilham pengaruh timur tengah yang disatukan dengan jiwa Pop Melayu menjadikan Al-Jawaher banyak menghasilkan lagu-lagu yang cukup berkualiti.

Listri lirik “Perjalanan” contohnya mengangkat tema ketuhanan, bait-bait seperti “Dan meletihkan, Apakah ada yang mengasihani semangat untuk mencari-Mu.” Dan disambung “Pulanglah wahai jiwa yang tenang, Daku kan sambut kedatanganmu.” 

Hal serupa dapat dibaca dalam bait “Kembara di Tanah Gersang” – “Kami semua senasib denganmu, Wahai kembara di tanah gersang mencari kebahgiaan dalam hidup, Menempuh berbagai rintangan yang ada, Namun bahgia masih impian.”

Lagu-lagu mereka juga antara yang popular dirakam semula oleh penyanyi muda era 90-an. “Kembara di Tanah Gersang” oleh Ziana Zain, “Ku Pohon Restu Ayah Bonda” (Mamat), “Seroja” (Jamal Abdillah & Mawi) dan “Assalamuaikum” dirakam semula Raihan.

“Drama Dunia” antara yang menjadi kegemaran saya dalam rangkaian penuh lagu-lagu yang pernah mereka rakam. Melodi dan lirik lagu ini terhasil dalam sebuah persembahan Pop dengan dinamik dan keinsafan. Kemasan melodi lagu ini menyatu baik dengan liriknya “Pelakon di atas pentas menangis dan ketawa, Tanpa disedari kita juga sama.”

Al-Jawaher saya kira sudah menjadi satu nama nan abadi dalam perjalanan muzik Nasyid / Kerohanian tempatan. Rangkaian hits mereka saya pasti tidak hanya akan terus didengar tetapi akan terus dirakam penyanyi pelapis lainnya.

Dengarkan kesemua audio rasmi Al-Jawaher di saluran YouTube “Getaran Nostalgia.


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik Menghayati Ceritera Rakyat Dalam Ilham Muzik Nusantara Rock “Kembara”

 

Highlight, Review, Terkini,

Pelayaran Emosi Penuh Avant-Garde Gamaliel Menerusi EP “Q1”

Rencana muzik Gamaliel setelah bergerak solo sejak terakhir kali bersama G.A.C berjalan matang, tersendiri dan tidak terikat dengan ilham muzik popular semata. Apa yang dia cuba lakukan adalah sebuah persembahan kosmik Pop yang terisi nilai estetika yang cukup tinggi.

Tahun lalu di saat dia merilis “Forevermore” dan rakaman semula “Sephia”, Gamliel sudah memberi bayangan arah muziknya yang lebih bereksperimen dengan sound yang bermain dengan ambien dan emosi.

Hal ini ternyata jelas dalam EP solo perdananya “Q1” yang berisi 4 lagu yang cukup beremosi sekali sekali pelayarannya. 17 Minit 33 Saat “Q1” berjalan dalam satu gelora perasaan yang berbolak-balik menuruti kemasan muziknya dan persembahan cemerlang vokal Gamaliel.

Menggamit emosi pendengar dengan setiap perasaan yang ada dalam jiwanya yang sangat dalam. Dibuka dengan “Forevermore” yang sejak awal sudah menangkap perasaan, EP ini diteruskan dengan “Ethereal” cukup dreamy sekali kemasan muziknya yang tidak sukar untuk membuat anada melayang.

Kemasan muzik Aldi Nada Permana di lagu ini benar-benar menyatu baik dengan kawalan vokal Gamaleil yang semakin matang dan solid tanpa perlu lagi berlebihan. Dan hal ini sekali lagi dibuktikan dalam lagu  “Unfindable” yang graf muziknya semakin meninggi emosinya.

EP ini ditutup dengan cukup grand sekali menerusi lagu “Adjacent” yang saya sifatkan sebagai lagu terbaik di album ini. Terlalu hebat melodinya, kemasan  muziknya. This is a masterpiece yang saya kira membuatkan Gamaliel antara soloist terbaik yang Indonesia miliki hari ini.

Unsur klasikal dan new age yang disatukan dengan elemem Pop di EP ini terhasil sebagai sebuah pengalaman menikmati muzik luar kotak yang cukup melekakan.

Lagu-lagu begini membuatkan saya mengingatkan Seal dan Sting yang dimodenkan, dikemaskan dengan menjdikan Gamaliel sebagai representasi muzik hari ini dengan ilham yang cukup setanding.

“Q1” saya letakkan antara naskhah Pop penting kalendar muzik Indonesia tahun ini. Lagu-lagu di EP ini saya sifatkan sebagai sesuatu yang cukup grand dan avant garde penghasilan muziknya. Tahniah buat Gamaliel dan seluruh warga kerja “Q1”.

10/10


ARTIKEL BERKAITAN

Maliq & d’Essentials Merayakan Kembara Bermuzik Dengan Penghasilan Album Ke-8

Highlight, Review, Terkini,

“Sendiri” Melewati Nuansa Pop Terbaru Anuar Zain

Lagu: Sendiri
Artis: Anuar Zain
Komposer / Lirik: Farouk Roman / Aisha Retno
Produser: Farouk Roman

Lama sebetulnya saya menantikan single soloist emas negara ini. Anuar Zain yang kali terakhir muncul dengan album penuh pada tahun 2016 dengan hits “Andainya Takdir” dan “Cinta Takkan Berakhir” bergerak perlahan setelah itu mungkin kerana sukar mencari material yang bagus.

Terakhir kali saya bertemu Anuar Disember lalu, sempat saya tanyakan kesukaran mencari lagu baru itu bagaimana sebetulnya dan katanya tak ada yang dia dengar dan melekat di pendengarannya. Dan saya kira begitulah telitinya seorang Anuar Zain dalam bekerja, apa yang tidak menyntuh jiwanya tidak akan dipertaruhkan.

Terkini dalam diam mencari arah baru muziknya, Anuar Zain berkolaborasi bersama Farouk Roman dalam sebuah persembahan Pop berjudul “Sendiri” dengan lirik tulisan bakat muda meningkat naik, Aisha Retno.

“Sendiri” terhasil sebagai sebuah naskhah Pop yang sedap didengar. Persembahan lagu begini cukup sifat Anuar jiwanya seperti apa yang kita sering dengar pada lagu-lagu fast number Anuar seperti “Kau Bunga Cintaku” dan “Permata”.

Korus di lagu ini saya kira killer utama buat saya enjoy dengan melodi yang cukup catchy dan groove yang saya kira cukup menjadi. “Sendiri” saya kira akan menjadi sebuah lagi lagu cari makan Anuar yang akan kita nantikan dia persembahankan di persembahan live nya.

Kegusaran saya pada awalnya pabila melihat kolaborasi Anuar – Farouk ini saya kira lepas lega kerana ia bukanlah tipikal Ballad yang biasa Farouk hasilkan dan keyakinan saya pada Farouk untuk dapat sound berbeza daripadanya tercapai dengan terhasilnya “Sendiri”

Lagu begini sebetulnya kita akan lebih enjoy pabila melihat persembahan live Anuar. This kind of Pop antara yang harus terus ada dalam pasaran muzik tempatan. Modern, segar dan kekinian.

6.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

V.E Menawan Pesona Motown Menerusi Single “Tunggu”

#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

Melayani Jiwa Julie Sudiro Dalam Diskografi Swing & Jazz Melayu Sepanjang Karier Muziknya 

Era 60-an banyak melahirkan penyanyi tempatan yang bergerak atas pengaruh muzik Swing dan Jazz yang sudah dilagukan dengan jiwa Melayu penyampainya. Julie Sudiro satu daripada khazanah muzik berharga yang harus didalami sejarah serta pengalaman bermuziknya.

Lama sebetulnya saya mencari material yang sudah dirakam Bidunita ini sepanjang karier muziknya. Sehinggalah baru-baru ini saluran YouTube “Getaran Nostalgia” memuatnaik beberapa EP yang pernah dirakam Biduanita Julie Sudiro atau nama sebenarnya Raden Juariah binti Raden Sudiro.

Memulakan karier bermuzik dengan memasuki pertandingan bakat nyanyian yang dianjurkan di Singapura, Julie Sudiro mendapat perhatian syarikat rakaman EMI selepas dia menjuari pertandingan nyanyian tersebut.

Rakaman album-album dan EP piring hitam bersama kugiran The Emeralds antara yang membantu menaikkan nama Julie Sudiro ketika dia awal bermuzik.

Bersama The Emeralds, Julie Sudiro menghasilkan beberapa hits seperti Tangisan di Hati, Selagi Kau Sayang Padaku, Kembalilah serta yang paling diingati adalah “Na Na Hey Hey Kiss Him Goodbye“.

Kehebatan Julie Sudiro sebagai penyanyi tidak hanya sebagai penyanyi rakaman piring hitam, dengan lebih 15 album keseluruhannya, Julie Sudiro cukup dikenali dengan kehebatan berpentas dengan bersahaja melantunkan suara merdunya.

Usai kontrak rakaman bersama EMI tamat, Julie Sudiro membuat keputusan untuk bernyanyi secara bebas di kelab-kelab muzik yang tidak hanya di Kuala Lumpur tetapi membawanya terbang jauh ke Hong Kong, Bangkok, Manila dan Melbourne.

Tidak lagi fokus dengan rakaman album, Julie Sudiro setelah itu hanya memberi fokus pada persembahan pentas – dari kelab malam ke istana, suara Julie Sudiro bergema menghiburkan pelbagai lapisan penonton.

Saya melayani beberapa album yang dimuat naik di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” – feel dan soul Julie dalam menyampaikan lagu-lagu seperti “Oh Me Oh My”,Destination”, “Senyumlah Selalu” antara yangdipersembahkan dalam kesederhanaan.

Lagu-lagu rakaman semula yang diberi nafas tempatan pada liriknya terhasil cukup baik sebagai sebuah naskhah Pop yang menyenangkan. Ilham di EP 657 antara yang terbaik. Lagu seperti “Tangisan di Hati” antara yang dilontar dalam kemerduan suara biduanita ini.

Berdiri cukup tersendiri tanpa dibayangi mana-mana penyanyi sezamannya, sehingga hari ini nama Julie Sudiro masih lagi diingati sebagai salah seorang penyanyi yang memiliki bakat nyanyian yang cukup baik.

Melewati sejarah karier muziknya, Julie Sudiro mula menyanyi di kelab-kelab malam seawal usia 13 tahun pada tahun 1958 dan nama Julie Sudiro yang diilhamkan oleh salah seorang pengurus kelab malam di Singapura.

Hari ini dia tidak lagi aktif sebagai penyanyi namun masih terus diingati bakat serta sumbangan dalam bidang nyanyian di Singapura dan Malaysia.

Highlight, Review, Terkini,

Sebuah Doa & Harapan Yura Lewat Single “Tenang”

Lagu: Tenang
Artis: Yura Yunita
Komposer / Lirik: Yura Yunita
Produser: Iwan Popo

Yura Yunita satu nama yang sudah utuh dalam barisan hadapan pemuzik wanita Indonesia yang semakin dirasai juga dihargai keberadaannya. Berbekal 2 album “Yura” dan “Merakit” dia berdiri dengan tersendiri tanpa dibayangi penghibur lainnya.

Cukup kental dengan nuansa Jazz di album perdana dan semakin mendekati pengikut muzik Indonesia dengan persembahan Pop yang matang di album “Merakit” serta beberapa rilis ang beredar sebagai single seperti “Hoolala” dan “Duhai Sayang”, bakat Yura ternyata semakin disenangi.

Terkini dia yang semakin mahu mendekati jiwa-jiwa manusia yang celaru dan kelabu dalam sebuah harapan dalam hidup, Yura sekali lagi merilis sebuah lagu dengan lirik positif penuh manusiawi berjudul “Tenang”

Lagu yang ditulis sepenuhnya Yura ini hadir sebagai sebuah ciptaan lagu yang menginspirasi jiwa-jiwa yang lara pastinya. Monolog yang dilagukan ini menyentuh isi cerita jiwa manusia hari ini yang bergerak sebagai sebuah doa dan harapan.

Yura membalut rasa yang paling tenang dalam penyampaian vokalnya dengan terkawal sempurna sekali. Gemersik suaranya dalam bait-bait lirik yang ditulis cukup bermakna itu sampai terus kepada pendengar.

Setelah merilis “Duhai Sayang” lewat tahun lalu, Yura meneruskan visi bermuziknya dalam menginspirasi pendengar menerusi lagu ini dan ternyata saat dia semakin bahagia bergelar suri hati Donne Maula, semakin besar jiwanya mahu menginspirasi kita dengan lagu-lagunya.

“Tenang” saya kira satu jaluran muzik khusus Yura yang pastinya akan menjadi arah di album seterusnya dan sejujurnya saya tidak lagi sabar menantikan apa lagi yang mahu dia tawarkan buat kita sebagai pendengar.


ARTIKEL BERKAITAN

Terlarut Dalam Perasaan Nadin Amizah di Single “Seperti Takdir Kita Yang Tulis”

Highlight, Review, Terkini,

Terlarut Dalam Perasaan Nadin Amizah di Single “Seperti Takdir Kita Yang Tulis”

Lagu: Seperti Takdir Kita Yang Tulis
Artis: Nadin Amizah
Komposer / Lirik: Kevin Rinaldi / Nadin Amizah / Ramadhan Zulqi
Produser: Eky Rizkani

Gerakan muzik Nadin Amizah cukup menarik sekali perjalanannya. Berjalan atas landasan muzik Folk yang disulami kuat jiwa Indonesianya, Nadin menawan rasa jutaan yang sudah menikmati lagu-lagunya.

Tanpa mahu memperlahankan langkahnya dalam bermuzik Nadin Amizah mengedar sebuah lagi lagu terbaru yang disulami puisi indah cerita manusiawi dalam melodi yang melekakan.

“Seperti Takdir Kita Yang Tulis” menjadi pertaruhan terbarunya dalam meneruskan ilham bermuzik dalam sebuah pengalaman indah menikmati muzik.

Single terbaru yang ditulis bersama Kevin Rinaldi dan Ramadhan Zulqi ini membaluti jiwa Nadin dalam persembahan vokalnya yang semakin matang dalam tenang mengalun nota muzik yang tertulis.

Listrik liriknya masih menjadi senjata utama Nadin menarik perhatian kita untuk sama larut dengan melodi yang dihasilkan. Bait-bait indah tersusun kemas menyempurkan lagu ini.

Lalu, lalu bagaimana waktu berhenti bodoh di masa lalu” dan dibuka cukup impresif menerusi bait “Ku ingat di kamar ini, kita bermimpi akan menjadi angan tak pasti kicau berani.” 

Saya kira cara terbaik menikmati Nadin adalah menikmati setiap kata-kata yang disusun dalam penghasilan lagunya. Dan seperti apa yang sudah dihasilkan di lagu ini, Nadin indeed a good writer.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Gitu’an” Sebuah Manipulasi Budaya & Seni Muzik Etnik Dalam Sentuhan Segar Persembahan Alena Murang

Highlight, Review, Terkini,

Kaka Azraff Mengikat Kata Cinta Dalam Lagu Menerusi “Janjiku”

Lagu: Janjiku
Artis: Kaka Azraff
Komposer / Lirik: MFMF. / Tisya Tiar
Produser: MFMF.

Pasaran muzik Pop Kaka semakin cemerlang dengan rangkaian single yang bergerak dengan cukup cemerlang sejak dia awal bermuzik biar pada awalnya muzik yang dibawa bukanlah berada di radar komersil namun beriring masa muzik Kaka semakin diterima meluas.

Utuh dalam konsep muzik Urban Pop yang dibawa berawal dengan hits “Bukan Hal Aku” sehingga dominasi “GILA” di pentas AJL 35 yang lalu – Kaka is always one to watch sebagai pelapis muzik masa depan yang boleh kita banggakan.

Dan bersama ALYPH (Alif Magic Potion) Kaka sudah membuktikan bahawa dia memiliki sesuatu yang tersendiri dan unik. Lagu-lagu Pop terhasil baik dalam acuan muziknya meletakkan “Sibuk”, “Diamond”, “Kembali” dan “Terima Kasih” antara lagu terbaik yang sudah dipersembahkannya.

Terus mencuri perhatian pendengar semsa, Kaka baru-baru ini hits dengan Balada “Karma” yang saya kira sekadar okey. Bukanlah sesuatu yang terlalu bagus lagunya kerana Balada “Ada JalanNya” bersama Awi Rafael dulu lebih better lebih segar dan current.

Namun saya kira “Karma” banyak membantu perkembangan karier muzik Kaka untuk mencuri perhatian mass market yang seperti biasa akan sangat suka dengan Balada OST begitu.

Terkini keterujaan menikmati muzik Kaka dikembalikan dengan single “Janjiku” ciptaan MFMF. bersama Tysha Tiar yang boleh saya katakan begitu ‘Kaka’ sekali sifatnya.

Styling di lagu ini mirip dengan kebanyakan lagu-lagu Kaka bersama ALYPH dan saya sangat enjoy dengan persempahan Pop sebegini kerana muzik beginilah yang buat kita kenal dan suka dengan Kaka.

“Janjiku” terhasil dalam penulisan kisah cinta yang tidak sukar saya kira untuk kita sebagai pendengar menikmatinya. Korus di lagu cukup baik sekali dan mudah menangkap pendengaran.

Kaka juga semakin matang dalam persembahan vokal sederhananya yang melengkapi naskhah Pop ini dengan justifikasi yang secukupnya. Perasaannya tepat dalam kemasan muzik yang dinamiknya itu terasa di penghujung lagu.

Kolaborasi MFMF. dan Kaka ini antara yang paling saya nantikan dan ya ia ternyata sesuatu yang tidak langsung mengecewakan.

7.9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Sheila Majid Menyapa Dengan Kejutan Lewat Single “Ketika Cinta Ingin Dimengerti”