Highlight, Review, Terkini,

Naura Ayu Meramu Kembali Irama “Cinta” Vina Panduwinata

Lagu: Cinta
Artis: Naura Ayu
Komposer / Lirik: Chrisye
Produser: SOIN

Cukup popular dengan rangkaian lagu-lagu galau sepeti “Menikmati Sedih” dan ” Jalan Tengah”, bakat muda bernama Naura Ayu antara yang cukup menyerlah dalam mencuri perhatian pendengar lagu-lagu Balada Indonesia.

Meneruskan lagi kembara bermuziknya, Naura Ayu bersama produser muzik SOIN, menghidupkan kembali irama Pop “Cinta” yang cukup ikonik dengan penyanyi asalnya, Vina Panduwinata. Hadir lebih fun dan muda sifatnya, kemasan muzik terbaru ini cocok dengan jiwa mudanya.

Persembahan vokal Naura membaluti lagu ini dengan baik sekali. Cheeky dan menyenangkan. Tarikan utamanya tentu saja kerana penasaran pendengar mahu mendengarkan versi terbaru ini. Hasilnya not bad at all, Naura sebati dalam kemasan muzik begini.

Arah muzik begini seharusnya menjadi paksi muzik Naura setelah ini kerana ternyata hasilnya lebih menyenangkan untuk melihar Naura tidak hanya terjerat dalam pasaran lagu-lagu galau semata.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Keroncong Raya Aizat & Asmidar Lewat “Raya Janji Happy”

Lagu: Raya Janji Happy
Artis: Asmidar / Aizat Amdan / Thunderclap
Komposer / Lirik: Aizat Amdan / Asmidar
Produser: Aizat Amdan

Penghasilan lagu-lagu raya saban tahun berganti dengan ilham-ilham lama yang dilagukan dengan cara baru. Tujuannya pasti untuk rasional dengan pasaran semasa. Formula evergreen harus menjadi tunjang utama dalam penghasilan lagu-lagu raya untuk kekal lama dalam radarnya.

Aizat Amdan bersama Asmidar menerusi single raya mereka tahun ini saya kira berjaya menyantumkan elemen klasik dalam persembahan muzik yang terhasil menghiburkan. Keroncong digubah dalam pesona lirik yang yang catchy menjadikan lagu ini kedengaran segar.

Kelebihan dalam penyampaian Asmidar yang cukup merasuk dalam lagu-lagu begini memberi kelebihan untuk pendengar mengulik cara orang dulu menyanyi. Digabungkan dalam persembahan santai Aizat yang memberi keseimbangan yang baik menerusi lagu ini.

“Raya Janji Happy” saya kira antara lagu baru yang cukup fun dan original dihasilkan tahun ini tanpa perlu bergantung pada ilham muzik semasa sahaja tetapi masih utuh dengan ilham lama yang menyenangkan dan malar segar.


ARTIKEL BERKAITAN

Terkini,

Pamungkas Bakal Kembali Berpentas di Kuala Lumpur

Belum sempat penggemarnya berasa rindu untuk melihat Pamungkas kembali membuat persembahan di Kuala Lumpur tahun lalu, perkhabaran untuk dia kembali ke sini membuat persembahan membuah bunga di hati peminatnya yang pasti.

Berlokasi di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Mei akan datang dibawakan Shiraz Project bersempena konsert Nusa Fest yang merupakan sebuah pesta muzik yang menghimpunkan pemuzik dari 3 negara.

“Melihatkan sambutan yang diberikan kepada Pamungkas tahun lalu, pihak Shiraz Projects dengan bangganya membawa vokalis ini bersama band-nya ke sebuah lokasi yang lebih “intimate” dan menjadi idaman setiap pemuzik.”

Tambah Shirazdeen Karim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects. “Saya percaya bahawa lokasi tersebut akan memberikan sebuah persembahan yang kaya dengan bunyi-bunyian yang padat dan visual menarik yang akan menambahkan galau para peminat menghayati setiap bait lirik dan melodi hasil kreativiti dan kepintaran Pamungkas sebagai pemuzik.”

NUSA FEST PRESENTS PAMUNGKAS yang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh
Shiraz Projects Sdn Bhd. Tiket sudah mula dijual sejak Mac lalu.


NUSA FEST PRESENTS PAMUNGKAS
Tarikh : 4 Mei 2023
Venue : Zepp Kuala Lumpur
Laman Web : www.shirazprojects.com
Harga tiket : RM500 (Meet and Greet)
RM200 (Diamond)
RM150 (Platinum)
RM200 (Gold)
RM150 (Silver)
Tiket : www.myticket.asia


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik, Highlight,

#GetaranNostalgia “Tiada Lagi” Sebuah Melodi Kehilangan Sheila Majid

Lagu: Tiada Lagi
Artis: Sheila Majid
Komposer / Lirik: Acis / Sheila Majid
Arranger / Produser: Acis / Jenny Chin

“Tiada Lagi” single raya yang lebih awal beredar di tahun 2011 menerusi album khas sambutan syawal Sheila berjudul “Memori Aidilfitri” menampilkan rakaman lagu-lagu raya terdahulu bersama dua lagi lagu asal Sheila – “Tiba Hari Mulia” (Adnan Abu Hassan) dan “Hari Mulia” (S.Atan)

Single ini menjadi lagu baru yang diisi untuk album tersebut namun dek kerana kurangnya pemasaran saya pasti yang tidak pernah mendengarkan lagu ini kecuali anda big fans Sheila.

Melodinya terikat kuat melodi biasa yang Sheila bawa – retrospektif muziknya di album Ratu yang banyak digubah begini susunan muziknya yang ditangani Jenny Chin.

Berhasil sebagai sebuah melodi sayu yang menyentuh dengan lirik yang “Takbir syahdu // Membayangkan wajahmu // Sayu hati menahan rindu.” membuka lagu ini dengan kelemmbutan vokal Sheila sebelum disambut korusnya “Tapi kukalah dengan kesunyian” yang semakin mellow.

Lagu ini sebetulnya untuk sebuah melodi raya, penghasilannya agak kompleks, kurang catchy dan mungkin tidak bersifat semasa namun masih timeless kerana sifatnya begitu Sheila Majid sekali penghasilannya.

Dalam durasi lima minit lagu ini agak suicidal – payah untuk pendengar muda menikmatinya. Somehow saya rasa ia lebih baik dibikin sebagai sebuah lagu cinta biasa yang boleh didengar pada bila-bila masa seperti mana Balada Sheila lainnya seperti “Percayalah”, “Cinta Jangan Kau Pergi” atau “Ku mohon”.


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik, Highlight,

Ritma Raya S.Atan

Lebih empat dekad mewarnai pasaran muzik semasa, legenda muzik Pop Tradisional, S. Atan sehingga hari ini sudah mencipta lebih 1,000 lagu hit untuk penyanyi berganti generasi. Dari era Sharifah Aini, DJ Dave, Sudirman sehingga ke era Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan penyanyi-penyanyi baru hari ini, nama S. Atan masih di radar on demand.

Karya malar segarnya cukup sinonim dengan ritma Joget, Inang dan Zapin yang dihasilkan dalam kemasan muzik yang cukup lively – hidup dengan percaturan yang cukup tersendiri.

Setiap kali menjelangnya Syawal pasti nama S. Atan akan kembali mengisi carta muzik teratas baik radio mahupun penstriman digital. Rangkaian hit seperti Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Allahyarham Datuk Sudirman Arshad), Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone), Salam Aidilfitri (Datuk Jamal Abdillah), Hari Mulia (Datuk Sheila Majid) dan Indah Beraya Di Desa (Azlina Aziz) pasti akan terus berdendang.

BALIK KAMPUNG / SUDIRMAN

Dirakam pada awalnya bukan untuk pasaran lagu raya, bagaimanapun lagu ini cukup sinonim pada setiap kali haadirnya musim perayaan. Bait lirik serta melodi yang menyatu sempurna dalam persembahan yang cukup menghiburkan penghibur nombor satu, Sudirman.

MENJELANG HARI RAYA / DJ DAVE

DJ Dave satu daripada penyanyi yang memiliki melodi raya yang cukup popular. Menerusi lagu “Menjelang Hari Raya” ciptaan S.Atan ini, DJ Dave menjadi salah satu legenda Pop yang pastinya akan disengari pada setiap musim perayaan. Melodinya simple dan menangkap serta lengkap ramuan evergreen.

HARI MULIA / SHEILA MAJID

Jazz dalam penyatuan Pop Sheila menyatu baik dan cukup original sekali. Melodi lagu ini antara yang paling unik ciptaan S. Atan keluar daripada kepompong lagu-lagu Joget dan Zapin dengan penghasilan melodi yang cukup classy sekali.

CAHAYA AIDILFITRI / BLACK DOG BONE

S. Atan sekali lagi membuktikan kemampuannya menulis lagu tidak hanya pada jaluran tradisional sahaja. “Cahaya Aidilfitri” menyatukan elemen Rock Black Dog Bone dengan penghasilan melodi yang syahdu namun cukup kental jiwa BDB menerusi persembahan keseluruhan.

UCAP SELAMAT HARI RAYA / GAYA ZAKRI

Dihasilkan di era 70-an, lagu ini memilikit Disco beat yang dihasilkan dalam padanan lirik kemanusiaan / ketuhanan yang cukup dominan. Muzik lagu ini cukup fun sekali biar saya kira agak canggung dengan bait liriknya but still acceptable kerana melodinya masih enjoyable untuk dinikmati.

INANG AIDILFITRI / ZALEHA HAMID & SUDIRMAN

Gabungan unik dua legenda muzik yang bijak dalam mengalun melodi Melayu Asli menghasilkan harmoni “Inang Aidilfitri” dalam rencah berbeza. Masih terhasil dalam elemen muzik evergreen, melodi begini sememangnya menjadi kekuatan S. Atan.

#RetrospektifMuzik,

Syawal Senada: Nostalgia Lagu Raya Evergreen

AISHAH / SENANDUNG LEBARAN

Nostalgia raya pasti akan terisi dengan melodi alunan Aishah. Selain “Pulanglah” yang cukup ikonik, sebuah lagi lagu yang cukup meriah suasana rayanya adalah “Senandung Lebaran”. Lagu yang dipetik daripada album rakaman sepenuhnya lagu-lagu raya ini pernah juga dirakamkan Sharifah Aini.

SHARIFAH AINI / NOSTALGIA AIDILFITRI

Sebuah lagu ciptaan arwah Pak Ngah, “Nostalgia Aidilfitri” begitu cocok dengan kemampuan Biduanita Sharifah Aini mengalunkan lagu-lagu dalam lenggok Melayu sebegini. Cukup syahdu dan hadir dalam penulisan penuh manusiawi daripada pena Logha.

MENJELANG HARI RAYA / DJ DAVE

DJ Dave satu daripada penyanyi yang memiliki melodi raya yang cukup popular. Menerusi lagu “Menjelang Hari Raya” ciptaan S.Atan ini, DJ Dave menjadi salah satu legenda Pop yang pastinya akan disengari pada setiap musim perayaan. Melodinya simple dan menangkap serta lengkap ramuan evergreen.

BERSAMA DI HARI RAYA / CENDERAWASIH

Duo berbangsa India yang pertama merakamkan lagu raya. Lagunya singkat namun mengikat dalam melodi ciptaan Syed Haron ini. Paduan vokal mereka terhasil unik dan memberi warna berbeza dalam menikmati lagu-lagu perayaan.

SUASANA RIANG DI HARI RAYA / JUNAINAH M. AMIN

Sebuah lagi melodi ikonik yang dirakamkan di era 70-an dan masih didengarkan sehingga hari ini. Junainah M. Amin menerusi melodi ciptaan Kassim Masdor dan Yusnor Ef berjaya menyuntik elemen nostalgia raya yang

KEPULANGAN YANG DINANTI / AMAN SHAH

Kesayuan dalam persembahan melodi raya yang begitu menyentuh. “Kepulangan Yang Dinanti” karya ciptaan Omar Taib antara yang cukup syahdu dalam cerita sedih yang ditulis tentang sebuah penantian. Lagu ini juga pernah dirakamkan kembali Fauziah Latiff.

PULANG DI HARI RAYA / NOORKUMALASARI

Sebuah lagi melodi ciptaan Syed Sobri yang dihasilkan dengan elemen evergreen yang cukup fun dinikmati dengan persembahan cheeky Noorkumalasari. Biar sehingga hari ini lagu ini cukup segara dinikmati berganti generasi.

Highlight, Review, Terkini,

Terlarut Dalam Perasaan Lewat “Menanti” Persembahan Terbaru Yuna

Lagu: Menanti
Artis: Yuna
Komposer / Lirik: Yunalis Mat Zara’ai / Kenneth Jordan Macartney
Produser: Kenneth Jordan Macartney

Dalam hujan semalam berpuput kuat angin beiring hujan dan sesak jalan pulang ke rumah, saya melayani single terbaru Yuna berjudul “Menanti”. Seperti berbalut sempurna persembahan melodi, lirik dan suasananya – memberi pengalaman terbaik untuk saya menikmanti lagu ini.

Single ini sudah beberapa minggu beredar namun mencari titik mula untuk meresapi sesetengah lagu itu saya kira harus datang pada masa yang tepat. Yuna setelah terakhir kali mengeluarkan single berbahasa Malaysia menerusi “Tiada Akhir” membuat saya semakin menyenanginya lewat lagu ini.

Berbalam rasa resah di awal penulisan liriknya “Siang datang, aku tidak tidur // Dalam dilemma, sepanjang hari kubayang wajahmu” lagu ini bergerak sebagai sebuah naluri hati seorang wanita dalam pentafsiran cinta sejatinya.

Melodi Yuna sangat baik menerusi lagu ini, kecanduan dan membuat saya mengulang dengar sepanjang malam. Persembahannya seperti biasa cukup efforless tanpa memaksa untuk kita merasai dan memahami kisah yang diceritakan sepanjang lagu. A beautiful piece. “Paling terunggul dalam hayatku.”

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Kolaborasi Pop Aizat Amdan & Ajai Lewat Lagu “Hadiahkan Duka Kepadamu”

Lagu: Hadiahkan Duka Kepadamu
Artis: Aizat Amdan
Komposer / Lirik: Ajai
Produser: Ajai

Ajai cukup aktif dalam penghasilan lagu-lagu baru untuk penyanyi tempatan sejak setahun dua kebelakangan ini menerusi label Yayasan Perdana Ummah. Menghasilkan lagu-lagu baru yang dinyanyikan Ramlah Ram, Bob, Siti Nordiana antaranya yang saya kira ilhamnya terlalu biasa dan kurang menarik minat.

Sehingga yang terkini persembahan Aizat Amdan, Ajai kembali mengeluarkan killer track yang sedap didengar dan paling penting sifatnya begitu menyatu baik dengan persona Aizat Amdan sebagai pelantun melodinya.

“Hadiahkan Duka Kepadamu” menjadi pertaruhan yang baik saya sekalipun bukanlah terlalu cemerlang dengan ilham yang segar namun melodinya sangat sedap didengar yang pastinya dibantu sebaik-baiknya persembahan Aizat yang cukup secukupnya.

Lagu ini memiliki korus yang sedap dan mudah diikuti, melodinya baik secara keseluruhan namun kemasan lagu ini agak old fashion dan agak bosan. Ajai saya kira harus bekerjasama dengan arranger jug aproduser muda bagi menyuntik semangat baru dalam penghasilan melodinya agar produksi muziknya lebih segar dan current.

Melodinya baik namun kemasan muziknya terlalu predictable dan seperti sudah biasa kita dengar di era era “Ajai – Nurul” dan “Selagi Ada” daripada Ning Baizura.

6.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik,

#GetaranNostalgia Melodi Manusiawi

SEORANG ORANG (KOPRATASA)

Puisi yang ditulis dalam persembahan Folk Pop sudah menjadi nadi bermuzik Kopratasa. “Seorang Orang” antara yang paling menarik perhatian penulisan liriknya yang berlatar kisah ketersendirian “Kau, aku, dia mereka // Adalah kita // Yang berhak memiliki pilihan sendiri” – sebuah bahan fikir yang penulisan tiga bersahabat ini.

KALIFAH (KEMBARA)

Kembara bersama M.Nasir menzahirkan sangat banyak lagu yang ditulis dalam cerita-cerita rakyat. Selain populariti “Keroncong Untuk Ana”, “Hati Emas” dan “Ekspres Rayat” banyak lagu-lagu mereka yang ditulis dalam cerita manusiawi yang baik. “Kalifah” salah satunya yang datang dengan pengisian yang menarik dalam penulisannya. “Dengan tiba-tiba // Ribut pasir dari barat // Datang bertujuan // Untuk melemahkan semangat”

DUNIA (AL-JAWAHER)

Melodi Nasyid Al-Jawaher cukup dominan di era 80-an. Bersama prodser muzik M.Nasir mereka telah menghasilkan lagu-lagu yang cukup besar sifatnya dalam mentafsir ilham kemanusiaan dan ketuhanan. Seringnya bersifat pesan-pesanan, Al-Jawaher tersendiri dalam legasinya. “Dunia” satu contoh yang saya sifatkan sebagai lagu terbaik mereka dalam menyatukan pesan manusiawi.

YAYADAN (SHARIFAH AINI)

Melodi ciptaan Pak Ngah dengan ilham lirik Hairul Anuar Harun seringnya meengkapi. Menjadikan naskhah berjudul “Yayadan” ini lebih istimewa pastinya kerana kemerduan dan kelunakan persembahan Biduanita Sharifah Aini yang cukup sempurna serba segala sifatnya. Malar segar.

ILLAHI (AHMADI HASSAN)

Penyanyi nasyid 70-an dan 80-an, Ahmadi Hassan antara yang cukup banyak merakamkan lagu-lagu bersifat ketuhanan. Biarpun hasilnya tidaklah komersil namun usaha EMI bersama Ahmadi Hassan ketika itu meluaskan lagi pasaran muzik Nasyid yang jarang diperdengarkan ketika itu. “Illahi” hadir dalam persembahan sederhana Ahmadi Hassan yang penuh keinsafan.


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

Konsert Belagu – Sebuah Pengalaman Muzik Dari Hati Ke Hati

Dayang sering bercerita tentang projek “Belagu” yang merupakan mimpi yang nyata buatnya. Daripada hanya berbekal ilham sebuah album yang dirakam secara langsung bersambung pula tanpa dirancang, sebuah album lengkap iringan full string orchestra Budapest Scoring menjelma.

Yang bahagia dengan projek tersebut bukan hanya dia atau pengikutnya tetapi saya kira semua penggemar muzik tempatan turut berbangga. “Belagu” saya kira satu era tertinggi dalam hierarki kembara bermuzik Dayang yang sudah melepasi usia dua dekad. Satu pencapaian yang cukup tersendiri dan tak tertandingi.

11 Mac lalu, satu lagi pencapaian yang saya kira sangat boleh dibanggakan Dayang juga pasukan pengursannya pabila mencipta sejarah tersendiri setelah lebih 20 Tahun bermuzik, dia buat pertama kalinya belagu bersama Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO) yang dikongsikan dengan seluruh penggemarnya.

16 lagu didendangkan, dalam kemasan muzik Aubrey Suwito dan iringan orchestra MPO yang dikepalai Ahmad Muriz Che Rose memberikan pengalaman menikmati muzik Melayu Klasik dengan cukup mewah dan tinggi sekali darjatnya.

“Tudung Periuk” membuka persembahan dengan lenggok merdu Dayang yang dijaga santun dan adabnya. Mendengar dengan teliti nyanyian Dayang lewat dua album “Belagu” saya kira Dayang benar-benar membawa dirinya keluar daripada corak tipikal stail “Dayang Nurfaizah” yang tidak langsung kita dengar patah lenggok R&B nya tetapi dijaga penuh kesantunan dalam layangan muzik klasik Melayu itu sendiri tanpa mengubah tetapi meninggikan lagi kesedapan dan kemerduan lagu-lagu lama ini.

Hal ini benar-benar kami semua yang berada di Dewan Filharmonik Orkestra rasai malam konsert tersebut. “Dikirim Jangan Dipesan Jangan”, “Tak Seindah Wajah” dan “Menanti Di Ambang Syurga” yang membuat saya seakan terhenti nafas mahu menyerap segalan emosi dan perasaan yang disalurkan Dayang. Seperti salah satu lagunya “Dari Hati ke Hati” begitulah saya sifatkan “Konsert Belagu” – satu persembahan dari hati yang mengalun sampai ke hati yang mendengar.

Dayang malam tersebut seperti biasa bersahaja dalam bicaranya seperti apa yang biasa kita lihat, begitulah Dayang dan sebetulnya kali ini dia kelihatan benar-benar selesa begurau dan mengusik penonton yang malam tersebut cukup responsive sekali. “Tari Tualang Tiga” didendang di slot pertama konsert mengundang riuh di DFP, mereka sama menari, bersorak dan menyanyi bagai sebuah pesta meraikan muzik Klasik Melayu dengan begitu nostalgik sekali.

Tiga set konsert yang berlangsung lebih 2 jam bagai tak terasa lamanya, melewati satu per satu lagu yang dinyanyikan penuh (tanpa medley) berjiwa mengundang bangga saya melihat Dayang – Dayang yang mula saya kenal sejak “Hakikat Cinta” dan membuat saya jatuh suka kerana “Kembalilah Sayang” hari ini menjadi Dayang Nurfaizah yang cukup dewasa dalam kembara bermuziknya.

Saban tahun semakin baik, tanpa mahu menoleh kebelakang dia terus “muda” dalam persembahan muziknya yang sentiasa seiring pasaran muzik semasa tanpa perlu berkompromi dengan kualiti yang biasa-biasa.

“Belagu” sebuah era yang akan sentiasa dikenang dan konsert malam tersebut akan sentiasa diingati semua yang hadir sebagai sebuah pengalaman menikmati muzik Klasik Melayu di tahap yang paling baik pernah dipersembahkan. Saya kira jika legenda-legenda muzik seperti P.Ramlee, Saloma, Ahmad Jais dan S.M Salim masih barnadi, pasti berbunga bangga jiwa mereka melihat setinggi itu lagu-lagu mereka digubah dan dipersembahkan.

Kredit harus juga diberikan pada semua pasukan pengurusan Dayang, Sharina terutamanya yang menjadi tulang belakang, juga Aubrey yang menyusun kembali kesemua lagu menjadi semakin hebat sehingga imej dan styling grandeur Abidin Khairul yang berbalut mewah busana Rizalman oleh Faizul. Tanpa juga melupakan tatarias Khir Khalid dan dandanan Yusof Ruzaimi yang melengkapkan overall look “Belagu”. Tahniah dan teruslah saling melengkapi.

Senarai Lagu

  1. Overture
  2. Tudung Periuk
  3. Tak Seindah Wajah
  4. Malam Ku Bermimpi
  5. Gurindam Jiwa
  6. Tari Tualang Tiga
  7. Dikirim Jangna Dipesan Jangan
  8. Kenang Daku Dalam Doamu
  9. Intermission
  10. Nak Dara Rindu
  11. Menanti Di Ambang Syurga
  12. Ketipang Payung
  13. Mengapa Dirindu
  14. Sejak Ku Bertemu Padamu
  15. Dari Hati ke Hati
  16. Rindu Menyapa
  17. Encore – Jauh Di mata & Umpan Jinak di Air Tenang

Semua gambar daripada Facebook Dayang Nurfaizah.


ARTIKEL BERKAITAN