Versatility yang ada pada penyanyi dulu-dulu itu sesuatu yang harus diperakui. Diberikan apa jua baik Pop, Keroncong, Dangdut, Rock sehingga irama Disko akan dibawakan dengan sebaik-baiknya persembahan. Hal ini yang sudah dibuktikan Biduanita Hetty Koes Endang sepanjang lebih 4 dekad perjalanan muziknya.
Cukup dominan dengan persembahan Dangdut juga Keroncong, Muzik Kita melewati katalog muzik yang menjadi portfolionya selama ini dan menemukan sebuah album yang disifatkan sebagai album terbaik yang pernah dia rakamkan sepanjang bergelar penyanyi.
“Hati Lebur Jadi Debu” beredar lebih empat puluh tahun lalu pada tahun 1982 terisi sebelas lagu yang mengambil ilham Pop sepenuhnya dengan feel Nusantara dan City Pop dalam kemasan muziknya. “Hati Lebur Jadi Debu” menjadi focus track di album ini sekali gus membawakan nama Hetty ketika itu diraikan begitu hebat sekali.
Sehingga hari ini lagu ini masih menjadi antara lagu yang masih didendangkan, diperdengarkan. Beberapa lagu yang benar-benar menarik perhatian saya di album ini adalah pengaruh City Pop yang menjadi insfusi segar dalam penghasilannya.
“Pelangi Cinta” (A. Riyanto) menjadi lagu yang paling forward saya kira di album ini. Memberi feel berbeza menikmati muzik Hetty Koes Endang, lagu ini tampil sederhana dan cool sekali penghasilannya. Vibe retro dengan kemasan synth di lagu ini menjadikan ia antara tarikan utama album ini.
“Melody Perpisahan” (A. Riyanto) datang dengan feel terbaik Hetty di album ini. Suaranya begitu tenang melengkapi kehendak melodi yang cukup soothing dan sedih pada masa yang sama. Clarity yang pada suaranya dengan penceritaan yang bersahaja benar-benar membuat pendengar merasa apa yang disampaikan.
Di situlah kelebihan bunda Hetty sebagai seorang penyanyi. Penceritaan dan perasaannya menyatu sebaik-baiknya. Hal ini juga saya dapatkan di persembahan baiknya pada lagu “Untuk Papa” (A. Riyanto) yang sedihnya itu tidak terlalu merintih-rintih sekalipun liriknya penuh dengan kata-kata seperti derita, ratapan, sedih hati dan air mata.
Hetty Koes Endang setelah album ini dihasilkan lebih banyak fokus pada penghasilan lagu-lagu Keroncong dan dan Dangdut. Agak sukar untuk mendapatkan lagu sebaik “Pelangi Cinta” sebetulnya. A. Riyanto sebagai produser album ini benar-benar mengeluarkan sisi terbaik Hetty Koes Endang sebagai penyanyi.
Jika menyebut Rida Sita Dewi mungkin banyak generasi muda hari ini tidak mengenal. Namun daripada situlah bermulanya kembara bermuzik Dewi Lestari Simangunsong atau Dee Lestari yang cukup dikenali akan karya-karya novel popularnya seperti “Perahu Kertas”, “Filosofi Kopi”, “Rectoverso” dan beberapa siri lain seperti “Supernova” juga “Rapijali”.
Perjalanan bermuzik Dee Lestari secara solo mungkin tidak sebegitu rancak namun dia sempat melahirkan sebuah album Inggeris berjudul “Out of Shell” pada tahun 2006 dan runut bunyi filem “Rectoverso” pada tahun 2008. Setelah itu dia senang bergerak sebagai penulis lagu dan lirik.
Hasilnya hari ini banyak sebetulnya karya-karya yang telah dihasilkan popular didendang baik penyanyi baru sehingga soloist papan atas Indonesia. Hikmat yang menjadi sakti pada karya-karya sudah tentu panahan lirik yang ditulis dalam bait-bait yang cukup puitis menyentuh. Dan hal ini yang akan dikupaskan dalam artikel ini.
Dee Lestari menerusi akal tajam dan pena kreatifnya pernah menghasilkan hits “Malaikat Juga Tahu” persembahan malar segar Glenn Fredly dalam persembahan Balada yang membuai disulam kemas pemilihan kata-kata yang membentuk lirik yang bercerita dalam alunan terbaik Glenn – membuai, menyentuh.
Korusnya menjadi killer utama lagu ini. “Karena kau tak lihat // Terkadang malaikat tak bersayap // Tak cemerlang tak rupawan.” Sebelum kisahnya ditutup dengan “Namun kasih ini silakan kau adu // Malaikat juga tahu // Siapa yang jadi juaranya.”
Dee banyak mengisi kisahnya dengan kosa kata yang luas dan pelbagai. Satu daripada all time favorite saya adalah “Firasat” yang dipetik daripada album perdana Marcell. Dee bermain dengan perlambangan isi bumi dalam menzahirkan sifat juga keberagaman manusia.
“Semalam // Bulan sabit melengkungkan senyummu // Tabur bintang serupa kilau auramu.” Terhasil sempurna sebagai naskhah cinta malar segar yang masih didengar biar sudah lebih dua dekad usianya. Biar sehingga hari ini saya masih berfikir-fikir bagaimana sebegitu puitis sekali ia mampu terhasil.
Bersama penulisan Dee Lestari juga terhasil hits buat Raisa berjudul “Kali Kedua”. “Jika Wangimu saja bisa // Memindahkan duniaku // Maka cintamu pasti bisa // Mengubah jalan hidupku.” Membuka lagu ini sebegitu bersahaja sekali. Dee penulis yang bijak saya kira dalam mencari perlambangan dalam lirik-lirik yang ditulisnya. Obsesi dan keinginan yang ditulis dalam membentuk keghairahan dalam cinta itu berbeza dan di luar kotak standard lirik-lirik yang ada.
Raisa tahun ini sekali lagi bersama Dee Lestari menghasilkan “Nyaman Tak Cukup” yang saya sifatkan sebagai antara lagu terbaik yang sudah terhasil tahun ini. Liriknya luar biasa, saya saat mendengar dan membaca penulisannya seperti terdiam bagaimana sebegini cantik sekali susunan bahasa yang ditulis Dee boleh terhasil.
“Nyaman Tak Cukup” datang dengan penceritaan berbeza tetapi cukup real. Tentang perhubungan yang tiada lagi sparks. Tentang kenyamanan, keselesaan dalam perhubugan yang apa lagi setelah itu? Dan hal ini ditulis dikupas sebaiknya Dee lewat lagu ini. “Nyaman tak cukup // Kau butuh tentangan, rayuan, jebakan // Semua yang membuatmu panasaran dan degdegan // Tak ada lagi.”
Penggunaan kosa kata tentangan, jebakan dan degdegan itu jika dalam pertuturan harian saya kira biasa tetapi ditulis membentuk sebuah teks lirik yang puitis tanpa kedengaran canggung itu luar biasa. Dan hal ini sememangnya Dee Lestari sahaja yang mampu menulisnya dengan sangat baik.
Tidak hanya juara di penulisan lirik, melodi ciptaannya juga dalam “Nyaman Tak Cukup” terhasil cemerlang. Dee cukup dominan dalam penghasilan Balada lembut yang ditulis dengan membuai rasa. Selain lagu-lagu yang saya sebutkan di awal artikel beberapa lagu lain yang terhasil cemerlang adalah “Awal Mula” & “Perahu Kertas” (Maudy Ayunda), “Satu Bintang di Langit Kelam”(Chandra), “Dan Lalu” (Andien) dan “Celah Bersamamu” (Barsena Besthandi).
“Dan Lalu” karya terbaru buat Andien ditulis Dee Lestari sebagai naskhah refleksi hidup – tentang kedewasaan dan bertumbuh menjadi manusia yang lebih matang. Persembahan muzik mahal tulisan Dee di lagu ini cukup membebas resah saat mendengarkannya. Jika pendengar di fasa hidup yang buntu dan penuh persoalan itu dan ini, Dee menulis dalam persembahan cukup sederhana.
Pemilihan judul “Dan Lalu” itu sendiri saya kira bersifat penyerahan untuk percaya apa jua yang terjadi dalam hidup itu akan pasti berlalu biar sekuat mana pun badai yang datang. Hal ini ditulis Dee dalam persembahan cukup matang. “Butuh puluhan tahun untuk mengerti // Jarak dan pesona dalam hidup ini // Dan masih ku belajar untuk memahami.”
Sebelum korusnya menyambut “Semua awal kan usai dan berlalu // Suka dan duka akan bertukar // Cerah dan hujan datang bergantian.” Dee menerusi lagu ini menitip pesan dan hemat buat pendengar akan pengisian hidup itu bukan tentang kesempurnaan tetapi tentang pengalaman untuk tumbuh dan lahir semula.
Dee Lestari seorang pemikir yang jiwa kemanusiannya cukup tebal dalam memerhati, memahami juga mentafsir sifatnya manusia dalam penulisan. Kembara bermuzik Dee bersama Rida Sita Dewi bermula di pertengahan 90-an dengan 3 album keseluruhan sehingga yang terkahir pada tahun 1999.
Dee sendiri kali terakhir merilis single solonya tahun ini bersama Barsena menerus lagu “Celah Bersamamu” dan tahun lalu menerus lagu “Berduka” dalam persembahan Adult Pop yang merayakan jiwa-jiwa yang mahu disentuh dengan irama dewasanya.
Hady membuka persembahan dengan a bit off but dia catching up towards the end. Persembahan lagu ini sebenarnya boleh jadi meriah di pentas untuk menjadikan pengalaman yang lebih meninggalkan kesan menontonnya.
AZHARINA- SAYANG DI SAYANG (25%)
Persembahan Nina malam ini serba tak kena. Banyak hal yang tidak melengkapi antara satu sama lain – lirik, melodi dan pemahaman kehendak lagu bagai tidak menyatu sebaiknya. Nina dalam bahaya malam ini.
AYAI – DONDE (20%)
Problem utama Ayai adalah pabila lagu itu di luar konteks muzik yang biasa dibawakan, Ayai tidak mampu fit in nyanyiannya dengan muzik yang terhasil. Dia sekadar menyanyi tetapi tidak membawa attitude muzik yang dituntut.
AISHAH- PEMATAH HATI (23%)
Nyanyian Aishah masih tidak kemas, bahagian verse baik cuma masuk korus all over the place. Aishah masih kedengaran terlalu sharp dan tidak pasti di beberapa bahagian. Aishah perlu mencari faham kehendak teks lagu agar warna nyanyiannya lebih bersesuaian lagu.
NORYN AZIZ – KEMELUT DI MUARA KASIH (65%)
Noryn begitu tenang sepanjang nyanyiannya. Dan hal ini sangat dituntut di lagu ini. Emosinya terkawal cukup baik dan kemas seiring penceritaan.
ZAMANI – YANG SEDANG-SEDANG SAJA (23%)
Se-enjoy mana pun kita lihat Zamani di pentas, tidak boleh dinafikan nyanyian Zamani sangat sumbang and tidak kemas di banyak bahagian. Nyanyian Zamani tidak fluid mengikut tuntutan lagu yang mengakibatkan vokalnya kedengaran tidak stabil.
NAQIU – SANTAI (89%)
Naqiu is a smart performer. Dia bijak menyatukan jiwa miliknya dengan apa jua kehendak lagu dan persembahan. Fleksibiliti begini yang tiada pada kebanyakan peserta GV. Naqiu harus sangat digeruni peserta lain.
EZAD – ZAPIN RINDU-RINDUAN (40%)
Ezad ada kemerduan di bahagian verse dan lenggoknya juga not bad. Cuma dia bagai tenggelam di bahagian korus hingga ke hujung lagu.
ALIFF AZIZ – KASIH (28%)
Alif sangat sumbang hampir di keseluruhan bahagian awal lagu ini. Saya agak pelik dengan komen bunda yang berlebihan memuji. Ia sekadar persembahan level majlis perkahwinan sahaja.
LIZA HANIM- PANTUN JANDA (93%)
Cemerlang. Liza mengalirkan sebaiknya vokal yang dia miliki. Sangat kemas, merdu dan tidak berlebihan. Stage presence Liza sangat besar biar tanpa perlu melakukan hal-hal yang tidak perlu, Liza success malam ini.
NIKKI PALIKAT – CANGGUNG (45%)
Jiwa Nikki belum betul-betul menyatu dengan sifat lagu ini. Banyak bahagian yang hampir mengena namun tidak menyeluruh. Nyanyiannya baik cuma bagai tiada klimaks dalam persembahan.
SITI NORDIANA – TEMBERANG (34%)
Karakter juga keperibadian Nana menjadikan persembahannya malam ini terlalu selamat, tanpa kejutan dan agak membosankan.
TOMOK – CINTA TAK KERUAN (31%)
Menerusi persembahan ini jelas Tomok membuktikan limitasi dalam kreativitinya. Ia terlalu biasa dan sudah dijangka. Atas faktor lagu juga mungkin ia tidak begitu memberi impak.
JACLYN VICTOR – BOLE CHUDIYAN (88%)
Jac benar-benar memberikan dimensi berbeza dalam menikmati nyanyiannya. So much control in her singing, melepaskan Jaclyn Victor yang biasa kita dengar dalam lontaran lepas. Jac faham kehendak lagu dan melagukan irama sebaiknya malam ini.
Jika anda sudah membacakan ulasan saya pada album terbaru Rossa “Another Journey” pasti sudah faham mengapa album ini saya sifatkan sebagai sebuah album yang sound terhasil kedengaran lama dan tidak current. Ia diselamatkan beberapa lagu sahaja sebetulnya.
Perjalanan menghabiskan album tersebut bagai jalan panjang yang bila kan berkesudahan. Namun satu-satunya lagu yang saya enjoy di album tersebut adalah “Bertengkar Manis” yang dihasilkan sepenuhnya melodi juga lirik oleh Barsena Besthandi yang juga rakan duetnya di lagu ini.
Melodi lagu ini terhasil cukup soothing dan melekakan. Tidak memaksa pendengar untuk senang dengan penghasilannya atau bosan dengan formula muzik berulang. “Bertengkar Manis” sebuah lagu yang memberi pengalaman berbeza menikmati muzik Rossa.
Saya sukakan ilham dalam penulisan Barsena yang mengusung isu merajuk, ingin dipujuk dan perhatian yang diwujudkan. Hal ini jelas dalam pehubungan sebetulnya. Saya pernah berbual dengan Rossa tentang lagu ini yang menurutnya sebuah lagu yang ‘manja’ atas keinginan pasangan yang mahukan perhatian yang lebih. Pertengakaran yang ada bukan dicipta kerana mahukan perpisahan tetapi perhatian.
Hal ini jelas dalam bait “Kini kau tahu jika pertikaian datang // Bukan selamanya tentang mengakhiri lalu menghilang.” Dan korusnya yang cukup mengikat “Bertengkar manis dengan dirimu // Satu hal yang paling kurindu // Kusuka caramu membujukku // Tenangkan hatiku.” menjadi antara bait lirik yang manis terhasil tahun ini.
Afgan melalui kembara bermuziknya dengan sangat bijak saya kira. Dia bijak tentang ‘placement’ bagaimana dia mampu untuk relevan di setiap fasa perubahan muzik semasa Indonesia dan pada masa yang sama evolve sebagai pemuzik yang matang.
Berawal di tahun 2008 ketika “Confession no. 1” beredar dengan formula Balada bagi mencuri perhatian sehingga era “SIDES” (2016) titik mula perubahan sound Pop Afgan sehingga “Wallflower” (2021) sebagai sebuah fasa meluaskan skop Pop miliknya, Afgan dan pengurusannya tahu bagaimana untuk terus mencuri perhatian pendengar.
Biar pada masa yang sama benar-benar mahu lakukan apa yang dia suka iaitu R&B menerusi apa yang dihasilkan di album Wallflower dia tidak lupa untuk terus mengikat pengikutnya dengan kolaborasi bersama Raisan dan projek AIR bersama Isyana dan Rendy sebelum itu.
Meneruskan kelangsungan bermuziknya untuk terus bernadi di pasaran muzik besar Indonesia yang semakin didominasi bakat-bakat muda, satu lagi pelan perancangan yang kemas harus dibuat. Maka dengan itu saya percaya terhasillah “Ada” sebuah kolaborasi manis bersama Lyodra.
Ini sebuah lagi pelan pemasaran yang bijak saya kira untuk meletakkan terus nama Afgan segar, muda sentiasa di pasaran muzik semasa. Kolaborasi ini saya sifatkan idea genius, dalam persembahan Pop yang sangat mudah mengikat pendengaran ditambah pesona dua bintang ini, dengan senangnya akan mendapat perhatian meluas.
Dihasilkan Afgan bersama Adrian Rahmat Purwanto, Rishanda Singgih dan Simhala Avadana, lagu ini diproduksi S/EEK dalam persembahan muzik yang cukup current dan fresh. Kelembutan suara Afgan menyatu sempurna dengan lyodra yang tidak langsung memberi lebih daripada apa yang sepatutnya.
Kedua-dua mereka melengkapi “Ada” sebagai naskhah cinta yang cukup manis. Korus lagu ini masih sakti utama dengan kemasan muzik yang cukup current sifatnya. Saya sukakan sangat cara mereka meninggikan standard sound lagu ini sehebat Pop lain yang ada di pasaran global.
It doesn’t sound ages biarpun usia bermuzik Afgan itu sudah memasuki usia 15 tahun lamanya. Itulah pentingnya untuk seorang penyanyi yang sudah lama bermuzik untuk bekerja dengan tenaga-tenaga muda dalam menghasilkan muzik yang segar dan kekinian. Dan Afgan sudah membuktikannya.
Lagu: Dan Lalu Komposer / Lirik: Dee Lestari Produser: Ifa Fachir / Dimas Wibisana
Andien persona Pop Jazz Indonesia yang menjalani karier bermuziknya dengan cara tersendiri tanpa terikat dengan kehendak pasaran muzik semasa sahaja. Fokus penghasilan lagu yang sesuai dengan show, festival juga acara korporat menjadi nadi untuk Andien terus bergerak relevan.
Sejak bermuzik pada tahun 2000 sehingga hari ini dia sudah menghasilkan sembilan album kesemuanya dalam adunan Pop yang mid-tempo dalam infusi Jazz, R&B dan Balada yang mengikut acuan muzik Andien.
Saban tahun tanpa gagal dia akan ada lagu-lagu baru, projek personal yang dijalankan untuk terus kekal ada dalam radar Pop Indonesia dan setelah terakhir kali menzahirkan album “Metamorfosa” (2017) Andien kembali baru-baru ini berjaya menyiapkan album terbarunya “Dan Lalu” yang diusahakan sejak fasa pandemik sehingga awal tahun ini.
“Dan Lalu” menjadi focus track di album ini, hasil tulisan puitis Dee Lestari yang seperti dijangka terhasil dengan perasaan yang dalam dan menyentuh. Seawal dibuka pada bait “Butuh puluhan tahun untuk mengerti // Jerat dan pesona dalam hidup ini.” Andien dalam penyampaian serba sederhananya membelah isi cerita tulisan Dee Lestari dengan sebaiknya.
Korus di lagu ini menjadi semakin baik dan melekakan. Kisah ditulis tentang hidup dan tentangannya bertukar menjadi sebuah melodi harapan yang patahkan tumbuh hilang pasti berganti. Metafora indah Dee Lestari menyantuni baik penghasilan melodi yang emosinya cukup dalam.
Tidak salah juga saya katakan “Dan Lalu” menjadi lagu terbaik Andien di album yang menghimpunkan tujuh lagu yang sudah beredar awal sejak tahun 2021.
Menjadi antara lirik paling popular pernah ditulis oleh Amran Omar sepanjang karier bermuziknya. Tercetus sebagai sebuah melodi sentimental yang kemudiannya menjadi fenomena cukup digilai di era 90-an. Lagu ini tidak sahaja membuatkan Jee semakin dikenali dan disenangi tetapi juga nama Amran Omar sebagai penulis lirik berpengaruh di era tersebut. Penulisannya simple dan terus kisah patah hati dan dalam keluhan keresahan seorang wanita dalam percintaan.
GEMILANG (SHEILA MAJID / AZMAN ABU HASSAN / JOHAN NAWAWI)
Diedarkan pada tahun 1988 menerusi album “Warna”, lagu gemilang komposisi bersama Azman Abu Hassan dan Johan Nawawi ini menjadi antara killer track di album ketiga Sheila ini. Amran Omar menulis kisah gemilang sebuah percintaan yang dibaluti dengan ambien yang cukup positif. “Segalanya bagaikan impian yang ternyata // Kita bina keteguhan cinta suci abadi.”
DALAM GERIMIS (VISA / ADNAN ABU HASSAN)
Bersama melodi emas Adnan Abu Hassan, terhasil sebuah lirik untuk kumpulan Visa “Dalam Gerimis” yang menjadi lagu penting sepanjang mereka bermuzik. “Hujan bagai mengundang nestapa // Titis airnya // Bersama deru tangisanmu.” mengisi kehendak melodi Adnan dengan cukup baik dibaluti penceritaan Sham.
MENTARI KOREA (RAJA EMA)
Lagu yang dipetik daripada album Titi Bermula diedarkan pada tahun 1988 ini pernah diangkat sebagai lagu Sukan Olimpik di Korea. Raja Ema ketika itu menjadi wakil penyanyi dari Malaysia yang mempersembahkan lagu ini secara langsung bersama beberapa artis lain dari Korea Selatan juga Hong Kong. Bait lirik berbahasa ditulis Amran Omar
USANG (RAHIM MAAROF)
ANTARA YANG MANIS (ANITA SARAWAK / FAUZI MARZUKI)
Ini antara lirik yang cukup menarik pernah ditulis Amran Omar. Kemanisan cinta yang begitu dirasai dalam pengalaman keasyikan suara Anita Sarawak. Komposisi Fauzi Marzuki cukup fresh di lagu ini dengan lirik yang simple dan sampai, ia terhasil sebagai sweet Pop songs yang terhasil di era 90-an dan sehingga hari ini jika didengarkan masih segar.
SEHELAI DAUN SETITIS EMBUN (ADNAN ABU HASSAN)
Amran Omar cukup dikenali sebagai penulis lirik yang tulisannya terus dan tidak berpelambangan. Hanya di beberapa lagu sahaja dia bermain dengan perlambangan. Antaranya lagu persembahan Shasha ini yang berjudul “Sehelai Daun Setitis Embun” yang cukup melankolik. Lagu ini pernah dirakamkan kemudian oleh kumpulan Genuine.
SAHABAT (FAUZIAH LATIFF)
Harus saya letakkan ini sebagai lirik terbaik yang pernad dituliskan sepanjang dia berkarya. Penceritaan dan gaya bahasanya membaluti sebaiknya melodi ciptaan Zul Mahat ini. “Di titian waktu // Aku yang terpisah jauh dari dirimu // Kini merasa rindu.” dan bait “Semalam yang ku pergi // Sayup tak berpaling lagi.”
Lagu: Terlalu Sakit Artis: Andmesh Komposer / Lirik: Andmesh Kamaleng Produser: Omega Touselak
Andmesh menjalani pelayaran bermuziknya dengan cukup bersahaja dengan penerimaan yang cukup terbuka pendengar muzik senusantara. Percaturan Balada yang dipersembahkan dalam lagu-lagunya tidak sukar mencuri perhatian dengan lembut vokalnya juga kesederhanaanya yang dia miliki.
Siap menghasilkan album kedua dengan judul “Cinta & Doa” dengan focus track “Terlalu Sakit” – Andmesh berkarya dengan cukup bebas kali dengan dalam kreativiti yang dia miliki. Dengan membawakan ilham lirik dialek Kupang, “Terlalu Sakit” terisi dengan visi berbeza.
Bait-bait lirik yang disatukan dalam Bahasa Indonesia disela-seli dialek Kupang memberi nilai tambah pada lagu ini. “Son pernah menyangka // Ujungnya beta yang terluka.” disusun kemas sudut bahasanya. Andmesh saya kira bijak dalam mengikat pendengar pada lagu-lagunya.
Dia membuat pendengar panasaran dan tertanya-tanya apa yang dibutirkan sehingga membuat kita mahu mendengarkan buat kedua dan ketiga kali lagu ini. Melodinya seperti biasa berpaksi sakti yang dia miliki dalam lagu-lagu sebelum ini seperti “Cinta Luar Biasa” dan “Nyaman” antaranya.
Kelebihan Andmesh sebagai penyanyi dalam memberikan perasaan yang tepat dan mewarnakan nyanyiannya itu sangat dipraktikkan di lagu ini. Emosinya semakin baik di hujung lagu dengan kesederhanaan dia mengalirkan isi cerita di balik lagu dengan sebaiknya. Suara Andmesh semakin sedap saya kira di lagu ini. Melekakan.
Lirik lagu ini saya kira killer utama penghasilan keseluruhan lagu ini. Andmesh menulis sebuah kisah sedih dengan cara yang cukup menarik untuk dinikmati. Dia tahu jika teks lirik ini ditulis dalam gaya bahasa biasa ia menjadi terlalu biasa, jadi dengan akal bijaksananya “Terlalu Sakit” menjadi unik dek kerana penggunaan dialek Kupang. “Talalu sakit liat dia deng yang lain // Sedangkan beta disini bujuk hati jang menangis.”
Berbicara tentang nyanyian dalam pertandingan, Liza bijak mewarnakan nyanyiannya namun overall atas faktor lagu ia menjadi persembahan yang sekadar selamat tiada apa yang lebih daripada apa yang kita jangkakan. Bahagian awalnya baik namun di hujung persembahan Liza menjadi terlalu bingit.
ALIFF AZIZ (30%)
Tiada impak sebetulnya. Aliff sekadar menyanyi. Sedap? Yes. Lebih daripada itu? Tiada. Kemasan muziknya juga bagai tidak memberi.
JACLYN VICTOR (99%)
Bercakap tentang impak dalam persembahan, Jac faham tentang pertandingan. Dia tahu cara bermain dalam game GV. Kemasan muzik lagu ini benar-benar membuat kita teruja dengan peraembahan keseluruhan. Dengan adrenalin gitar AG COCO ia membantu persembahan Jac jadi sangat menarik. One of the best experience watching GV tonight.
NIKKI PALIKAT (35%)
Saya tidak pasti this is the best song choice yang dia harus bawakan dalam GV. Nikki harus step out daripada Balada. Suaranya baik namun ia tidaklah teralu menarik dan tiada elemen lain yang membantu persembahan pentasnya hebat selain vokal.
CLIFF UMAR (30%)
Cliff bagai hilang stamina daripada tengah ke hujung lagu. Persembahannya seperti apa yang kita jangkakan, kelemahan Cliff adalah dalam memberi warna dalam penceritaan nyanyiannya. Sekadar mengikut tuntutan melodi sahaja.
TOMOK (48%)
Tomok terlalu berkespresi saya kira. Bagai menekan-nekan nyanyiannya untuk menunjukkan emosinya yang dalam tapi dia lupa asas nyanyian itu adalah untuk sentiasa sedap dan membuai. Ini bukan pentas theatrical untuk terlalu begitu.
AISHAH (67%)
Aishah beri kita entertainment yang baik malam ini. Kemampuannya berpentas dengan baik itu semakin okey cuma nyanyiannya masih masih kurang sedap dan masih sharp.
SUKi (21%)
Sejujurnya tidak meninggalkan impak. Nyanyi Suki terlalu biasa dan bukan level pertandingan pentas yang besar. Di kedudukan bahaya malam ini.
ZAMANI (50%)
Nyanyian Zamani solid , sedap terutama di bahagian korus cuma apa yang dia persembahkan itu sama sahaja seperti apa yang kita lihat di pentas persembahan konsert juga show sebelum ini dan dia harus ingat GV adalah pentas pertandingan.
AYAI (37%)
Ayai sudah kembali membosankan walaupun sedap tapi sekadar okey-okey sahaja.
NORYN AZIZ (35%)
Another forgettable performance.
EZAD (68%)
Dia bijak memilih lagu yang sangat sesuai dengan karakter vokalnya. Cuma Ezad tidak boleh selesa dengan lagu begini saja dan masih banyak masalah teknikal yang saya kira hal biasa yang ada pada vokalis berkumpulan.
SITI NORDIANA (89%)
Nana sangat cemerlang, bersahaja mengalirkan emosinya sebaiknya tanpa kedengaran memaksa. Beautiful voice.
HADY MIRZA (99%)
Cemerlang! Sedap! Flawless!
NAQIU (67%)
Atas faktor lagu, Naqiu sounded old fashion. Power ada cuma tiada control in his singing. Nyanyian lagu ini jika dialurkan sahaja perasaannya dengan lembut akan lebih sedih dan sayu. Naqiu really need to soften his singing.
AZHARINA (88%)
Kelebihan Nina ada penceritaannya. Malam ini dia benar-benar memberikan pengalaman berbeza menonton GV. Lebih baik berbanding munggu lalu.
Lama tidak mendengar perkhabaran Meet Uncle Hussain yang cukup dominan di pasaran muzik era 2000 dengan hits “Lagu Untukmu”, “Drama King” dan “Pokok”. Intepretasi muzik Rock moden yang dibawakan dalam persembahan muzik yang cukup tersendiri membawakan MUH sebagai kugiran yang cukup diraikan.
Bakal berpentas di Dewan Filharmonik Petronas buat pertama kali pada tanggal 2 Disember nanti, MUH bersama vokalis terbaru mereka Cliff Umar akan beraksi bersama Taja (gitar), Babab (gitar), Gfat (bass) dan Pitt (dram). Selain Cliff Umar sebagai vokal utama, MUH juga akan mengundang Hazama dalam persembahan ini.
Meet Uncle Hussain tidak perlu diperkenalkan lagi. Ditubuhkan pada tahun 2000, kumpulan ini dikenali dengan muzik yang tersendiri dipengaruhi dari beberapa genre dan diperkuatkan dengan gubahan yang segar. Mereka mengambil inspirasi dari band ikonik dari UK seperti The Dove dan The Killers.
Kumpulan ini telah membuat kejutan dalam arena muzik Malaysia pada tahun 2007 melalui lagu hit Lagu Untukmu yang telah memenangi beberapa anugerah. Lagu yang digemari golongan muda dan tua ini telah melangkau budaya, membuktikan keunggulan muzik mereka yang universal.
Bertemakan “A Homage To Our History”, konsert ini akan mempersembahkan lagu-lagu hit antaranya Halusinasi, Putihnya Lukisan, Lagu Untukmu, Drama King, Pokok, Milk In The Bottle, Pari Pari Di Bawah Angin, Hilang dan Ali Baba.