Lagu: L.D.R
Artis: CACCIA
Komposer / Lirik: CACCIA
Produser: CACCIA / DECEMBERKID
CACCIA nama baru dalam lapangan muzik Indonesia awal hadir dengan single perdana mereka pada tahun 2019 menerusi lagu “I Wont Let You” menzahirkan ilham muzik Urban Pop yang cukup kuat pengaruh R&B yang disulami feel Soul yang cukup promising. Namun langkah mereka lebih awal diperkenalkan menerusi single kolaborasi bersama produser DECEMBERKID menerusi single “Take Me Away” pada tahun 2018.
Setelah itu satu persatu single diperkenalkan duo ini untuk memberi kepelbagaian dalam menikmati muzik Indonesia dengan citarasa yang lebih urban dan bersifat global produksi muziknya. Awal tahun ini mereka siap merilis lagu “Let Me Confess” meneruskan kraf muzik mereka dengan single kedua tahun ini dengan judul “L.D.R”.
Lagu yang dihasilkan sendiri duo ini – Anya dan Kenny dibentuk dalam acuan muzik mereka sama seperti yang tersedia hadir dalam dua single sebelum ini. Melodinya cukup kuat menangkap pendengaran penggemar R&B khususnya. Mendengarkan lagu ini mengingatkan saya pada lagu-lagu di OST Long Vacation daripada Cagnet.
Liriknya berlegar isu yang jelas seperti di tajuknya – perhubungan jarak jauh yang terpisah jarak atau mungkin waktu. Tidak sukar mendasari alur ceritanya kerana ditulis dengan cukup jelas dan mudah gaya bahasanya.
“L.D.R” merupakan salah satu lagu yang dihasilkan bagi projek “Kompilasi Irama Kotak Suara Terbaik Vol. 1” yang akan menghadirkan 12 single baru dari 12 pemuzik yang berkolaborasi dengan produser dan label yang dianjurkan oleh team editorial Pop Hari Ini.
Mendengarkan CACCIA mengingatkan saya pada duo Soundwaves yang juga mengendong ilham muzik serupa. Jika anda boleh enjoy Soundwave saya kira tidak sukar untuk anda enjoy muzik CACCIA. Semoga akan ada single berbahasa Indonesia selepas ini daripada duo ini.
ARTIKEL BERKAITAN