
Album: Sialnya, Hidup Harus Tetap Berjalan
Artis: Bernadya
Produser: Petra Sihombing / Rendy Pandugo
Bernadya menemukan titik penerimaan pendengar lewat single “Kata Mereka Ini Berlebihan” yang cukup memperkenalkan namanya sebagai penyanyi dan pemuzik yang diyakini. Dengan simple chord dan lirik yang berbicara dalam bahasa paling santai, lagu tersebut menjerat banyak jiwa yang mendengar.
Tidak asing sebenarnya. Lagu-lagu dengan konsep serupa sudah dihasilkan banyak pemuzik Indonesia – Nadin Amizah, Dere, Tulus antaranya yang ada ilham serupa. Apa yang dihasilkan Bernadya adalah kesinambungan.
Namun itu bukanlah hal yang tidak bagus kerana sebagai pemuzik Bernadya ada cerita tersendiri, ada kisah yang mahu dia kongsikan dalam penciptaan lagu-lagunya. Tanpa mahu bergerak sendiri dalam produksi muziknya, Bernadya mengendeng Petra Sihombing dan Rendy Pandugo untuk meramu melodi yang dicipta menjadi lebih tastefully produced.
Dan ini hal yang bijak kerana Bernadya sememangnya memerlukan produser muzik yang memahami kehendak pasaran muzik hari ini dan Petra Sihombing sudah membuktikannya dengan produksi muziknya yang cukup booming di lagu seperti “Penjaga Hati” (Nadhif), “Kota” (Dere), “Beranjak Dewasa” (Nadin Amizah) dan juga “Whiskey Bottle” (Gangga).
Jadi jika anda masih hijau dengan persoalan siapa Bernadya, jawapannya ada pada lagu-lagu yang saya sebutkan tadi kerana apa yang ditawarkan di album ini memiliki esen muzik serupa yang terhasil lebih awal di pasaran muzik Indonesia.
Dan ketika mendengarkan album ini membuatkan saya hanya mahu mencari apa kelebihan Bernadya jika mahu dibandingkan dengan penyanyi Folk wanita lainnya seperti Danilla, Nadin Amizah, IDGITAF atau Dere. Dan kenapa saya masih mahu menikmati Bernadya jika saya sudah bisa menikmati nama-nama yang saya sebutkan tadi?
Tiga lagu pertamanya bergerak senada dalam ilham yang dekat dan berulang. “Sialnya Hidup”, “Kata Mereka Ini Berlebihan” dan “Lama-lama” bergerak sebagai sebuah yang mentafsir muzik Bernadya. Komposisi “Lama-Lama” berjaya mencuri pendengaran saya. Dalam penuh kesederhanaan, lagu ini ada daya pengikatnya dengan ambien yang terhasil di produksi muziknya.
Dan ya, liriknya cukup dekat dengan pendekatan kebanyakan penulisan lirik hari ini “Ku maklumi selalu // Ku mengerti kamu // punya sibuk lain // Tak harus aku // Tak selalu aku.” – Bait ini kalau sedang diamun cinta atau berdepan cinta sebelah tangan, dengan mudahnya pendengar akan relate. Bahkan dengan attitude vokal Bernadya ini sahaja sudah membuat saya senang dengan pesembahan lagu ini.
Hal ini semain jelas di bait “Lama-lama habis tenagaku // Bila bukan lagi aku // Tempat pulang yang kau tuju.” Keserhanaan Folk di album ini diteruskan dengan lagu “Kita Kubur Sampai Mati” yang sekali lagi daya penariknya adalah lirik dan penceritaan Bernadya.
“Kita Kubur Sampai Mati” meneruskan keterujaan saya menikmati album ini dan sekali lagi storytelling Bernadya begitu kuat untuk saya melekat terus ke hujung lagu. Seawal ia dibuka dengan “Hening sepanjang perjalanan pulang.” Susah berhaua membuat saya larut dengannya. “Harga diri yang terkikis // Terbuang untuk mengemis.”
Bernadya membuat saya semakin mencemburui bakat penulisannya menerusi penghasilan lirik lagu ini
Riff gitar di tengah lagu ini memberi roh berbeza di lagu ini. Rendy Pandugo sebagai penerbit lagu ini nyata meniggikan standard melodi yang Bernadya hasilkan dengan begitu mewah sekali penghasilan keseluruhannya.
“Ambang Pintu” dan “Berlari” menjadi pengisian yang meneruskan ilham tiga lagu terawal. Saya tidak begitu terjerat dengan kedua-dua lagu ini. It’s giving the repetition dan agak forgettable. Namun harus saya perakui kemasa muzik serta produksinya sangat kemas dan berkelas.
Dua lagu yang menutup album ini ad “Kini Mereka Tahu” dan “Untungnya, Hidup Harus Terus Berjalan” yang menutup album ini. “Untungnya Hidup” saya letakkan sebagai lagu terbaik yang ada di album ini. Penghasilannya lebih berisi dengan momentum muzik dan idea yang segar berbanding lagu-lagu lain di album ini.
Liriknya LUAR BIASA. I mean the whole text is just amazing. Bernadya menulis tentang hidup, tentang takdir, kegagalan dan kekuatan sebagai manusia. Saya tidak pasti apa yang dilalui gadis semudanya untuk menulis sematang matang. Sepertinya she was giving a second life untuk kembali hidup dan menulis pesan-pesan ini buat kita yang masih di bumi. Saya harus letakkan di sini bait-bait terbaik yang ditulis Bernadya di lagu ini. Saya speechlees!
“Persis setahun yang lalu
Ku dijauhkan dari yang tak ditakdirkan untukku.”
“Lebih percaya cara-caraku
Pilih ragukan rencana Sang Maha Penentu.”
“Ada waktu-waktu
Hal buruk datang berturut-turut
Semua yang tinggal, juga yang hilang
Seberapa pun absurdnya pasti ada makna.”
Untungnya, bumi masih berputar
Untungnya, ku tak pilih menyerah
Itu memang paling mudah
Untungnya, kupilih yang lebih susah
Untungnya, kupakai akal sehat
Untungnya, hidup terus berjalan
Untungnya, ku bisa rasa
Hal-hal baik yang datangnya belakangan
Sebagai sebuah album perdana saya kira Bernadya ada idea yang mahu dia kongsikan bersama pendengar namun apa yang dia tawarkan sebetulnya sudah ditawarkan dahulu oleh pemuzik-pemuzik yang lebih awal berkarya sebelumnya.
Dan hal itu membuatkan saya sekali lagi mencari di mana originality Bernadya sebagai pemuzik untuk bergerak sendiri tanpa dibayangi mana-mana pemuzik lain. Hal ini yang harus dia fikirkan. Eksplorasi dan manipulasi jaluran muzik yang lain harus dia pelajari untuk create her own sound.
8.7/10
ARTIKEL BERKAITAN