
Rangkaian lagu-lagu raya klasik sangat sinonim dengan nama-nama biduan serta biduanita muzik tempatan yang sudah menghasilkan hits terbaik sejak 70-an lagi. Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir dan DJ Dave mendahului senarai nama popular era 70-an.
Tidak hanya menghasilkan hits lagu-lagu Pop mereka, nama-nama ini cukup dikenali dengan rangkaian lagu-lagu raya malar segar yang masih diulang dengar sehingga hari ini.
Album “Bergembira di Hari Raya” ini diproduksi Datuk Ahmad Nawab untuk edaran 1977 terisi 18 trak keseluruhannya. Tidak hanya menampilkan rangkaian lagu-lagu raya, album ini turut menampilkan dialog antara keempat-empat mereka diselang-seli dengan rangkaian lagu terpilih.
Dibuka dengan lagu “Bisikan Hati Di Hari Raya” (Sharifah Aini & Hail Amir) monolog Hail Amir berbisik dalam lembutnya melodi ciptaan Ahmad Nawab dengan lirik oleh Sharifah Aini ini. Disahut dengan dialog pembuka, album ini terhasil seperti sebuah program hari raya di televisyen sebetulnya.
Pertama kali mendengar album ini di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” perasaannya agak janggal disebabkan ada dialog selingan tapi pabila sudah berada di beberapa trak berikutnya saya enjoy dengan perbualan empat bersahabat ini.
“Doa Di Hari Mulia” (Uji Rashid) antara all time favorite saya di album ini, melodi Melayunya cukup sayu dalam kemasan muzik Ahmad Nawab yang cukup membuai dan alunan lembut Uji Rashid dalam penyampaiannya yang menyatu cukup baik sekali.
Album ini menampilkan lagu-lagu yang tidak lagi perlu diperkenalkan – “Seloka Hari Raya” (Uji Rashid & Hail Amir), “Suasana Hari Raya” (Sharifah Aini), “Menjelang Hari Raya” (DJ Dave) antaranya.
Naskhah rakaman asal di album ini datang dengan kualiti rakaman yang cukup solid detail bunyiannya. Rakaman suara Sharifah Aini menerusi lagu “Hari Yang Mulia” di album ini antara yang cukup puas saya dengarkan.
Tracklist
| A1 | Sharifah Aini, Hail Amir– | Bisikan Hati Di Hari Raya
Composed By – Ahmad Nawab
Lyrics By – Sharifah Aini
|
4:26 |
| A2 | Uji Rashid, Hail Amir– | Seloka Hari Raya
Composed By – Ahmad Nawab
Lyrics By – Erna (4)
|
2:35 |
| A3 | Uji Rashid– | Doa Di Hari Mulia
Composed By – Ahmad Nawab
Lyrics By – Erna (4)
|
3:38 |
| A4 | Rafeah Buang– | Bila Takbir Bergema
Composed By – Kassim Masdor, Rafeah Buang
Lyrics By – Pathe Pub
|
2:40 |
| A5 | Saloma– | Selamat Hari Raya
Composed By, Lyrics By – Ahmad Jaafar
|
3:33 |
| B1 | Sharifah Aini– | Suasana Di Hari Raya
Composed By – Akbar Nawab
Lyrics By – Sharifah Aini
|
2:22 |
| B2 | DJ Dave*– | Menjelang Hari Raya
Composed By – S. Atan
Lyrics By – Kamali Hudi
|
3:21 |
| B3 | Ahmad Jais– | Selamat Hari Raya
Composed By, Lyrics By – P. Ramlee
|
2:35 |
| B4 | Sharifah Aini– | Hari Yang Mulia
Composed By – S. Omar Osman
Lyrics By – Pathe Pub
|
2:32 |
| B5 | Sharifah Aini, Hail Amir, Uji Rashid, DJ Dave*– | Selamat Hari Raya
Composed By – Zubir Said
Lyrics By – Kamali Hudi
|
3:29 |