
Lebih 3 dekad bergelar penyanyi dan penghibur di Malaysia, Aishah yang cukup dikenali dengan lagu “Janji Manismu” dan “Camar Yang Pulang” bakal bersatu dengan kemasan muzik string Orkestra Filharmonik Malaysia menerusi sebuah konsert yang diberi nama Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.
Bakal dipentaskan pada 6 Ogos 2022, konsert ini akan dipimpin konduktor muzik Ahmad Muriz Che Ros dengan persembahan muzik baru yang digubah oleh Gerard Salonga, Luqman Aziz, Jenny Chin, Ahmad Muriz Che Rose, Ilham Subri, Vivian Chua dan Azhad Sulaiman.
Konsert ini merupakan konsert solo pertama Datuk Aishah bersama MPO di pentas DFP. Sebelum ini beliau pernah berkolaborasi bersama MPO yang akan dialunkan dengan vokalnya yang hebat sambil diiringi melodi simfoni orkestra daripada MPO.
Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan adalah Seloka Rindu, Fatwa Pujangga, Kemaafan Dendam Yang Terindah, Janji Manismu dan
Camar Yang Pulang.
Sehingga artikel ini bersiaran, tiket konsert MPO: A Symphonic Rendezvous mendapat sambutan hebat. Menurut laporan DFP tiket C Reserve (RM 255) dan B Reserve (RM 355) telah habis dijual sejak mula dibuka penjualan.
ARTIKEL BERKAITAN