
Lagu: I Lost Me
Artis: Aina Abdul
Komposer / Lirik: Aina Abdul
Sudah cukup establish di lapangan muzik semasa dengan runtunan Balada patah hati, Aina menyeimbangkan kembara bermuziknya dengan rangkaian lagu-lagu berbahasa Inggeris yang lebih current sifatnya sejajar apa yang ada dalam pasaran muzik global.
Setelah “Shadow”, “Ghost” dan “Fool” beredar sebagai sisi kedua bermuzik Aina yang mencuri perhatian pendengar yang mahukan sesuatu yang dia sering lakukan di awal karier, Aina meneruskan kelangsungan tersebut dengan sebuah lagi single Inggeris berjudul “I Lost Me”.
Komposisi sepenuhnya ciptaan Aina ini datang dengan ilham Pop semasa dalam style R&B pada persembahan nyanyiannya yang cukup sempurna sekali. Aina lebih baik saya kira di lagu-lagu begini yang membenarkan kita sebagai pendengar menikmati soul yang ada dalam persembahan vokalnya yang cukup mahal.
Saya secara personally sangat menggemari persembahan nyanyian Aina dalam lagu-lagu begini. Dia kedengaran lebih classy dan soulful dalam balutan jiwa serta styling nyanyian yang cukup sederhana tetapi lengkap dan cukup.
Terisi sebagai sebuah lagu yang cukup mudah menangkap pendengaran dalam layangan melodi yang diisi dengan cerita yang relatable untuk kebanyak pendengar . Liriknya mudah dalam cerita kesakitan masa silam yang jelas dalam bait “You left me shattered” sebelum diteruskan dengan bait “Things turn to dust // And I lost me.”
Killer utama lagu ini tentu saja pada korusnya yang mengikat biar hanya dengan sekali pendengaran saya pasti anda mampu enjoy dengan melodinya. Aina sangat membenarkan jiwanya lepas tanpa terlalu berlebih-lebihan dalam penyampaiannya. Lagu ini saya kira bergerak sebagai sebuah ekamatra muzik Aina yang saya begitu saya senangi.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN