
Pasaran muzik Rock sedikit perlahan berbanding Balada 90-an yang begitu mendapat tempat di kalangan pendengar muda khususnya. Spider sempat mengeluarkan album penghujung 2016 berjudul Ankabut dengan single Hidupku namun bagai kurang saktinya, album tersebut sedikit terpinggir biarpun menurut saya lagu Hidupku cukup baik penciptaannya.
Kita masih bertuah kerana legenda muzik seperti Search dan Ella tahun ini menghasilkan album yang saya kira sangat boleh dibanggakan. Peace, Love Rindu dan Katharsisbergerak atas esen muzik mereka dengan sentuhan terkini.
Saya paling tertarik dengan cara Ella menjual idea muziknya supaya kedengaran current dan segar. Search masih kental dengan identiti muzik mereka dan di bawah kendalian M.Nasir, Katharsis nyata sebuah lagi album yang akan dikenang penggemar mereka.
Monoloque tampil lebih nusantara dalam rock mereka. Kejutan manis mengakhiri tahun ini tentu sahaja kemunculan semula Seven Collar T-Shirt dengan single terbaru mereka yang baru diedarkan berjudul Lines. Lagu ini cukup solid sebagai sebuah naskhah rock yang cukup internasional bunyinya.
Berikut setelah ditimbang tara estetika seni muzik dan nilai komersilnya. Kami menyenarai lengkap Produksi Rock Terbaik 2017.
SIDANG KANGAROO / SEARCH
Komposer & Lirik: M.Nasir / Amy / Nasir Rockfather / Kid / Din / Pae / Ismail MS
Lagu ini saya kira sepatutnya menjadi benchmarkanak-anak muda yang mahu membikin rock muzik dengan bunyi lokal. Segala-sagala tentang lagu ini saya kira menzahirkan definisi rock itu sendiri. Seawal adlib Amy disambut riff gitar dan pembuka bait “Berapa kudeta mampu mewaraskan candu di fikiran membarah di badan…” – menjadikan Search masih lagi rujukan rock terbaik nusantara.
SUJUD / ELLA
Komposer & Lirik: Edrie Hashim
Saya mengulang putar lagu ini sejak kali pertama mendengar sehingga hari ini. Melodi Edrie saya kira dasyat dalam menterjermah rock corak Ella. Lagu ini sempurna untuk Ella, sempurna segala segi. Momentum lagu ini menderu laju dan baik seawal versa pertama sehingga korus sampailah penutupnya. Ok pergi dengar sekarang!
LINES / SEVEN COLLAR T-SHIRT
Pagi tadi saya bangun buka iTunes nak dengar Faith dan ternampak legendary kugiran underground ini ada single baru after so many years. This is a great surprise menutup kalendar muzik 2017. Lagu ini cukup solid sekali penghasilannya bukan selalu ada tapi bila ada we can never skip!
AKU YANG SEBENAR / HAZAMA
Komposer & Lirik: M.Nasir / Ad Samad
Hazama semakin matang menyusun karier seninya. Tidak lagi mahu berkompromi dengan naskhah biasa-biasa, Aku Yang Sebenar bukti keseriusan muzik Hazama. Dan sejujurnya saya meletakkan Aku Yang Sebenar sebagai lagu terbaik yang pernah dirakam sepanjang kariernya.
LAGU UNTUK LAILA / AKIM & THE MAJISTRET
Komposer & Lirik: Hang Nadim / Laq
Sejujurnya saya tidak pernah menyukai AKM sehingga mereka rilis lagu ini. Tiada lagi pop balada Potret dan Mewangi – AKM kali ini lebih solid dan matang dalam muzik mereka. Lagu ini benchmark terbaik untuk mereka meneruskan visi baru dalam muzik. The fact that lagu ini terlepas ruang ke final AJL masih buat saya bingung.
LULUH / PESAWAT
Komposer & Lirik: Pesawat / Jippie
Terlalu banyak potensi yang ada pada kugiran ini. Ketelitian dalam muzik mereka dengan baik kita boleh dengar menerusi penghasilan Luluh. Pada awalnya saya kira jika Pesawat mahu go mainstream secara total (seperti Nastia hari ini) mereka perlu cari formula itu namun saya kira kugiran ini tidak perlu itu semua. This is way too good sebetulnya.
KEMBALII / BUNKFACE
Komposer & Lirik: Sam
Saya kira Bunkface antara kugiran lokal yang sudah boleh cukup bangga dengan pencapaian mereka. Kembalii bergerak atas landasan citarasa muzik band ini yang tersendiri. Lagu ini bukanlah naskhah terbaik mereka atau terlalu original tetapi saya kira masih relevan dan tidaklah kedengaran mundur seperti lagu carta radio hari ini.