Muzik Kita melewati emosi-emosi yang dicipta lewat sebuah naratif, komposisi dan sudut pandang. Ini leksikon baru jentera muzik sepanjan tahun.
Pasaran penghasilan album cukup meriah tahun ini. Jaclyn Victor (Glorious), Naim Daniel (EP lelaki gila.), ALYPH (The Storm) membuka awal tahun dengan pengalaman menikmati muzik menerusi sebuah album tidak lagi sekadar single sahaja. Kepentingan akan penghasilan album tidak hanya sekadar katalog atau portfolio pemuzik tetapi sebagai satu wahana yang boleh dijadikan bahan rujukan pemuzik pelapis pada masa mendatang.
Tahun ini juga memperlihatkan nyawa baru pemuzik yang sudah lama bertapak untuk benar-benar mendapatkan tempat di hati pendengar. Setelah “Angkat” yang cukup meledak awal tahun ini, Mimifly kembali menawan pendengaran pengikut muzik tempatan dengan “Serumpun” yang memberikan satu hayat baru untuk karier muziknya.
Hal serupa dinikmati Wani Kayrie dengan penangan “Cak Cak Cekuk” ciptaan Iqie Hugh, Karim Karam dan Shane Kennedy yang kini menjadi lagu penting bagi perkembangan karier muziknya. Dominasi bakat-bakat baru seperti ALPHA dan lucidrari memberi dinamik berbeza untuk kita benar-benar membuka deria rasa dan dengar dengan idea baru yang mereka persembahkan.
Beberapa bakat indie yang perlu diberi perhatian dan harus disebutkan di sini seperti Jetcetera (Perantara), Hawa (Terkuburnya Seorang Gadis di Kuala Lumpur), Lil Asian Thiccie (RUSSKI), killamisha (Banned in KL), Sophiarzk (Melayu Swag Giler) dan LANG (Ground Zero) antara penghasilan yang cukup baik dalam memberi spektrum berbeza pasaran muzik tempatan yang lebih luas landskapnya.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Muzik Kita sentiasa mahu merobohkan batas mainstream – indie agar dilihat sebagai satu – MUZIK tanpa terikat pada apa jua batas pemikiran.

1. HATI YANG RINDU – SITI NRHALIZA
(Usop Kopratasa / Hafiz Hamidun / Universal Music Sdn Bhd / SN Legacy Sdn Bhd)
Penghasilan “Hati Yang Rindu” berbalik pada keaslian dan warisan muzik Melayu yang cukup kaya pada penghasilan melodi yang berbalut sempurna listrik lirik serta kelemebutan vokal Siti. Segalanya tentang lagu ini menjadi paksi bahawa apa yang kita kurang hari ini adalah penjiwaan sebenar dalam berlagu. Dan pemuzik senior seperti Usop selalu memiliki satu jawapan pada segalan persoalan jiwa yang semakin pudar ini. “Hati Yang Rindu” sebuah persembahan Pop paling sempurna tahun ini.

2. TANYA TUHAN – YONNYBOII / MALIQUE
(Yonnyboii / Malique / LastKhalif / Def Jam Recordings Malaysia / EMI Malaysia)
Kekuatan Malique dalam ‘memanusiakan’ pendengar dalam lagu menyatu sempurna dengan attitude bermuzik Yonnyboii. “Tanya Tuhan” digerakkan sebagai sebuah naratif identiti dan pencarian diri yang cukup telus. Ilham kerohanian digugah kedua-dua music genius ini membentuk sesuatu yang cukup distingtif namun masih mesra pendengaran dan kuat nilai komersialnya.

3. TERJAGA – TEMAN LELAKI
(Eidi / Tajul Edrus / Teman Lelaki Production)
Semangat lagu-lagu puisi yang telah hilang dibangkitan kembali Teman Lelaki lewat naskhah “Terjaga” yang cukup melekakan. Sekali lagi puitis lirik menjadi kunci pada penghasilan naratif sebuah melodi yang disusun. Bait-baitnya simple tetapi bergerak dalam penceritaan yang kembali pada fitrah dan jati diri. “Terjaga” sebuah hayat baru lagu-lagu puisi berkualiti yang mungkin kali terakhir dibawakan Sang Rawi.

4. BIARKAN AKU MATI – LUCIDRARI / TARRARIN
(putra haika / Tarapati Iktiar Rinrin / cyndaquil / Heil Nuan / Zulkarnain / Midlyfe Records)
lucidrari bakat baru yang tahu menyeimbangi kehendak penciptaan lagu yang moden dengan menyatukan persoalan pencarian diri dan identiti yang kuat. Dan hal ini sangat jelas dalam kolaborasi bersama Tarrarin menerusi lagu “Biarkan Aku Mati” yang dihasilkan cukup sifatnya sebagai sebuah pentafsiran pada pemikiran generasi baru bermuzik seperti mereka berdua. Tidak sekadar mahu kedengaran kekinian tetapi datang dengan penceritaan serta sudut pandang.

5. INGAT – ALYPH
(MagicPotions / Def Jam Recordings SEA)
ALYPH menulis naratif cinta pertama yang cukup jujur dan relatable dengan banyak orang. Itu kekuatan ALYPH sebagai pemuzik yang sentiasa mahu meneroka banyak cerita yang kebanyakan kita lalui dengan cara paling puitis lewat lagu. Melodinya mengikat, persembahan ALYPH seperti biasa bersahaja dan meyakinkan dalam bercerita lewat lagu yang ditulis. Ini contoh lagu simple yang akan melekat lama di jiwa sesiapa pun yang mendengar dan bukan mudah untuk magis sebegini terhasil.

6. LOWKEY – LUCIDRARI / HEIL NUAN
(Putra Haika / Heil Nuan / JVD / Cyndaquil / Midlyfe Records)
lucidrari wakilan generasi bermuzik kini yang begitu jelas dengan apa yang mahu dia persembahkan. “lowkey” menjadi satu penanda aras baru muzik tempatan yang meletakkan ia seiring dengan kebanyakan rilis yang ada di pasaran global. Lagu ini lengkap segala ramuan muzik yang cukup forward untuk kita nikmati sebagai the new classic.

7. PELUK – HAEL HUSAINI / NADEERA
(Hael Husaini / Iqie Hugh / Rocketfuel Entertainment)
Pentafsiran Pop Balada masa kini diberi nafas baru Hael dan Iqie yang jarang gagal dalam penciptaan melodi serta kesegaran dalam penghasilan keseluruhan. “Peluk” menolak ilham galau dengan sebuah persembahan Pop yang menyentuh, lembut dan romantis. Formula muzik yang menjerat pendengaran dengan sekali dengar menjadikan ilhamnya memiliki nilai evergreen yang tinggi.

8. BREAK – MISHA OMAR
(Melly Goeslaw / Tohpati / Sony Music Malaysia)
“Break” mewakili apa yang pendengar hari ini mahukan. Galau, resah dan kekecewaan yang terdalam. Melodi lagu ini benar-benar diberi nyawa dalam kemasan muzik Tohpati dan persembahan cemerlang Misha Omar yang membentuk dinamik lagu ini sangat kemas tanpa bergantung pada asas melodi sahaja. Korusnya mengikat dengan emosi dan kejujuran rasa dalam penyampaian.

9. TAK ADIL – AISHA RETNO
(Aisha Retno / Radi / Jaydi / Aisha Retno Entertainment / Faithful Music Sdn Bhd)
Aisha Retno bagai tidak kering ilham dalam berkarya. Tahun ini dia meneroka sebuah lagi cabang Pop dengan variasi berbeza. Lagu ini lengkap sebagai pentafsiran baru dan kelangsungan bermuziknya yang begitu diperlukan. Momentum “Tak Adil” bergerak cukup dinamik berbanding apa yang pernah dia persembahkan sebelum ini. One of the best Pop this year.

10. P RAMLEE SALOMA – ALPHA
(Justin Seow / Mohsein Kush / Rocketfuel Entertainment)
Apa yang ALPHA tawarkan tahun ini ada keterujaan baru menikmati persembahan boy group yang datang dengan potensi besar. “P Ramlee Saloma” permulaan baik untuk bakat muda ini bertumbuh sebagai sebuah aset baru dunia showbiz tempatan. Melodinya current dengan pesona melankolik yang dipersembahkan menjadikan ia antara lagu yang cukup kuat dalam pasaran Pop semasa hari ini.
11. $IN (53 UNIVERSE)
12. 501 (Joe Flizzow / SonaOne / Gard)
13. Tatapan Nona (Naki / Darien Sebastian)
14. MWA (Dolla / Gaston Pong / Roland Lim / Yonnyboii / SYA)
15. Orang Kampung (Let Zapin / Faizal Tahir / Glowrush / Ja’a)
16. Tenggelam (Ismail Izzani / MFMF.)
17. X Percaya (53 UNIVERSE / Imran Hakeem / Jefrey Affandi / Morte)
18. Lengkapilah Kita – Missing Piece (Aisha Retno / Radi / Jaydi)
19. Nirmala (Noh Salleh / Vega Antares)
20. Alangkah (Hael Husaini / Iqie Hugh)
21. Stamina (SonaOne / K10 / Wolfy)
22. Takleh Usik (SonaOne / K10 / Kaka Azraff / Harvint Skiin)
23. Manusia Buntu (mimpi. / Syiqin Azlan / Ezra Kong)
24. Kumbang Bunga (Siti Nurhaliza / Lesti / Firdaus Rahmat / Iqie Hugh)
25. Russkie (Lil Thicce Asian / DJ MAGN3SIUM)
26. Yang Kau Percaya Ada Di Sini (Jetcetera / Megat Fazly / Zico)
27. Ayuh Pulang (Amir Jahari / Aina Abdul)
28. Residue (Midnight Fusic)
29. Laut Kelabu (mimpi. / Syiqin Azln / Empty Page.)
30. Lepas Pegangan (NAKI / Misky Zasia / Fareeq Angkasa / Awalawe)
31. Kita Jumpa Lagi (Asmidar / Ahmadul Amin)
32. Gerak (ALYPH / Ziana Zain)
33. Off The Bat (Lang / Murty)
34. Nanti Pulang ke Aku, Ya? (Dalia Farhana)
35. Banned in KL (Killamisha / DJ Waste)
36. Pelangi Pasti (Marsha Milan / Amir Jahari)
37. Airmataku (Jaclyn Victor / Gerald Seelan / Ilham Baso / Mux Ryzor)
38. Question (Dolla / Justin Seow / Aziz Harun)
39. Kanser (Hawa / Eff Hakim)
40. Cita-Cita Asmara (Ramaya / Faliq Mohd)
41. lagu lelaki gila . (Naim Daniel / Amir Firdaus)
42. Nostalgia (Ernie Zakri / Allan Anderson)
43. Air Mata (Aziz Harun / Mohsein Kush / Justin Seow / Danial Doodye)
44. Kuala Lumflow (Eemrun / Danial Iman / Imran Daniel)
45. Cerminan (Amir Jahari / Meet Uncle Hussein / Taja)
46. ME[MAHA]MI (Bunga / Amzar Razq / Sabbala / Amir Hasan)
47. Mata Bengkak (Chronicalz / Alif Aqbari / Alz Asmarshal)
48. Dendam (Firdaus Rahmat)
49. Nostalgila (Haqiem Rusli / Fahmi Zafran)
50. Temberang (Mimifly / Bo Iqram)
ARTIKEL BERKAITAN