
Album: Glorious
Artis: Jaclyn Victor
Produser: Gerald Sellan / Mux Ryzor
Dua dekad mengemudi kembara bermuzik secara solo dan terus tinggi permintaannya itu sesuatu yang besar untuk pemuzik tempatan. Jaclyn Victor satu daripadanya yang berjalan terus dalam satu perjalanan panjang yang ada turun naiknya namun masih belum mampu untuk memperlahankan langkah.
Meraikan sambutan dua puluh tahun bermuzik tahun lalu denga konsert solo perdana, Jaclyn Victor sempurna mengisi keinginan penggemarnya yang lama menantikan. Barisan hits “Gemilang”, “Ikut Rentakku”, “Bertamu Di Kalbu” sehingga kolaborasi 3 Suara menerusi “Beribu Sesalan” menjadi lagu-lagu cari makannya sehingga kini.
“Glorious” membuka 2025 sebagai persembahan Pop terkini Jac. Sebuah album penuh yang berisi pemikiran baru, bunyi yang baru dan suara yang semakin matang mengisi kehendak setiap lagu. “Lepaskan Saja” (Adrian Puan / Gerald Sellan / Amir Jahari / Hidayah Azhar) membuka album dengan satu sound yang cukup current.
Terhasil dalam satu acuan Pop yang semangatnya cukup kekinian dengan infusi Afro-Beat pada verse yang bersambut baik dengan korus yang cukup mengikat. Saya mengulang dengar lagu ini kali kedua sebelum bergerak ke trak yang berikutnya. Lagu ini sempurna mentafsirkan sound baru Jac yang cukup mengena dengan suara dan attitude bermuziknya.
“Glorious” turut diisi dengan empat single yang sudah beredar awal seperti “Kembalilah”, “Kejutkan Aku”, “Sesal Tak Bermakna” dan one my favorite “BDT” – Ketiga-tiga lagu siap dihasilkan sebagai pengenalan album ini namun tidak menggambarkan idea keseluruhan album ini. Kerana ada beberapa lagu lain yang sangat kuat mentafsir jiwa bermuzik Jac.
Dan hal ini jelas di lagu “Racun” (Adrian Puan / Gerald Sellan / Amir Jahari / Hidayah Azhar) yang menjadi key important songs dalam album ini saya kira. Penghasilannya sempurna sebagai persembahan Pop yang matang. Kemasan muzik di lagu mengikut standard Pop global yang lainnya. Saya sebetulnya puas mendengarkan bagaimana melodi, susunan muzik, produksi lagu sehingga persembahan vokal Jac benar-benar menyatu menyeluruh dan sempurna sekali.
Hook yang ada pada lagu ini menjerat pendengaran sedari awal ia dibuka dan transisinya bergerak semakin baik pabila ke bahagian korus dan ditutup dengan momentum yang buat saya puas mendengarkannya. Vokal Jac benar-benar solid.
“Airmataku” (Ilham Baso / Gerald Sellan) kembali mellow tetapi tidak tipikal suicidal mellow Balada Melayu. Dibuka dengan mood yang cukup pusam lewat gitar yang melatari dan saya suka bagaimana lagu ini disusun dalam satu tempo yang tidak terburu. Hal yang sangat penting umtuk kita melewati penceritaan Jac lewat penyampaiannya.
Kemasan muzik Gerald Sellan dan Mux Ryzor benar-benar meninggikan standard Balada ini kerana jika dinilai daripada asas melodinya lagu ini memiliki sound Indo Ballad yang biasa kita dengar. Namun susunan muzik lagu ini dikemaskan menjadi kan melodinya sounded very modern. Dan music bridge di tengahnya benar-benar menambah momentum lagu ini untuk bergerak lebih beremosi secukupnya.
Saya puas mendengarkan persembahan vokal Jac di lagu ini. Suara Jac jika diibaratkan buah, ini adalah fasa terbaik untuk dipetik dan dimakan ranum, solid dan sangat sedap. Tanpa perlu terlalu berlebih-lebih dan bermacam-macam – Jac cemerlang mengalirkan emosi terbaiknya lewat lagu ini. This is how you do Ballad.
Persembahan Jac menerusi album ini semakin meyakinkan di lagu “Inilah Saatnya” (Adrian Puan / Gerald Sellan / Amir Jahari / Hidayah Azhar) yang mengembalikan sisi Rock yang ada pada Jac ketika awal dia muncul dalam bidang seni dan di fasa Malaysian Ido dulu. Puas – itu mungkin kata yang tepat setelah mendengarkan keseluruhan lagu ini. Inilah Jac yang sebenar saya kira.
Album ini ditutup dengan “Glorious” (Aubrey Suwito / Adrian Puan) yang sekali membuat saya tersenyum mendengarkan rendisi “Gemilang” yang baru ini. Kemasan muziknya cukup sempurna dalam memberi justifikasi pada hits yang berusia lebih dua dekad ini. Standard muziknya ditinggikan dengan persembahan vokal Jac yang sekali lagi kedengaran cukup solid dan lebih substance berbanding versi asalnya.
“Glorious” seperti mana judulnya benar-benar mentafsir kematangan bermuzik Jaclyn Victor. Apa yang dipersembahan lewat album ini adalah satu pengalaman, dirangkum dalam satu album yang melengkapi setiap kehendak lagu yang dihasilkan. Menerusi album ini juga saya kira Jac sudah menemukan pemuzik yang tepat dalam memahami visi dalam muziknya kerana apa yang sudah siap dihasilkan adalah sesuatu yang solid dan mencukupi tanpa perlu berlebihan. This is probably her best work to date.
9.7/10
ARTIKEL BERKAITAN