
Album: Mulanya Di Sini
Artis: Freedom
Arranger / Produser: Goh Boon Hoe / Freedom / Royston Sta Maria
Label: Universal Music Malaysia
“Mulanya Di Sini” memberi instant fame buat band Pop tempatan yang cukup booming di penghujung 80-an. Bait korus “Sama-sama mengejar mimipi…” diulang nyanyi berganti generasi lebih 3 dekad lamanya.
Dan sehingga hari ini Freedom dan Mulanya Di Sini menjadi satu penyatuan muzik Pop malar segar yang cukup dikenali sebagaimana kita mengenali Sheila Majid dengan Sinaran, Carefree dengan “Rindu Bayangan”dan sensas Pop 80-an yang lainnya.
Freedom diperkenalkan Fauzi Marzuki menerusi album perdana mereka kepada EMI Music ketika itu dengan penghasilan 3 album keseluruhannya – Mulanya Di Sini (1987), Kau Yang Memungkinkannya (1988) dan yang terakhir “Cinta Ciptaan Kita” (1989).
“Mulanya Di Sini” terhasil dalam acuan Pop yang cukup popular di era 80-an. Ilham serupa anda akan dapat dengar daripada penghasilan album band luar ketika itu seperti Duran Duran, Culture Club dan Wham! antaranya.
Melodi mereka masih kental jiwa Melayunya dalam kemasan muzik dengan pengaruh Disco Pop, Synth dan City Pop. Balada mereka dalam lagu-lagu seperti “Jauh Dirindu”, “Mungkinkah” dan “Masihkan Ada Esok” masih kental feel kemelayuan.
Album ini bergerak sebagai satu album berkonsep yang disusun kemas setiap lagu-lagu yang terisi menyeimbangi kehendak pasaran muzik ketika itu tanpa meminggirkan kualiti untuk bergerak sebagai sebuah naskhah malar segar.
Pengaruh City Pop menerusi “Bersama” menjadi antara lagu yang paling saya enjoy di album ini selain melodi “Persamaan” yang sehingga hari ini menjadi antara lagu terpenting karier muzik mereka.
Album ini terhasil kemasa dalam ilham yang current untuk pasaran muzik 80-an. Biar tidak kelihatan maestro Pop seperti Michael Veerapan, Mazlan Hamzah, Fauzi Marzuki dan Adnan Abu Hassan (yang memonopoli album-album hebat 80-an – Sheila Majid, Fairuz Hussein dan Fran) di album ini namun ia terhasil setara dengan kualiti serupa.
Freedom mampu menjadi rujukan yang cukup baik buat semua yang mahu menghasilkan ilhan City Pop pada masa sekarang dengan penyatuan EDM yang akan lift up sound lagu-lagu begini jadi lebih current seperti apa yang dilakukan Diskoria dan Laleilmannino dari Jakarta.
Album-album Freedom kini anda boleh dengarkan dengan kualiti terbaik di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” Universal Music Malaysia.
Tracklist
| A1 | Mulanya Di Sini
Composed By – Royston Sta Maria
Lyrics By – Syed Haron
|
4:29 | |
| A2 | Mungkinkah
Composed By – Richard*
Lyrics By – S. Amin Shahab
|
3:52 | |
| A3 | Impian Ternyata
Composed By – Md. Nor*
Lyrics By – Johan Nawawi
|
3:35 | |
| A4 | Babak Cinta Terakhir
Composed By – Royston Sta Maria
Lyrics By – Syed Haron
|
3:50 | |
| A5 | Mungkin Ini Cinta
Composed By – Jenny Chin
Lyrics By – Johan Nawawi
|
3:47 | |
| B1 | Persamaan
Composed By – Fauzi Marzuki
Lyrics By – S. Amin Shahab
|
4:00 | |
| B2 | Jauh Di Rindu
Composed By – Othman Mohd
Lyrics By – Habsah Hassan
|
3:56 | |
| B3 | Bersama
Composed By – Md. Nor*
Lyrics By – Johan Nawawi
|
3:58 | |
| B4 | Si Minah Blues
Composed By – Fauzi Marzuki
Lyrics By – Johan Nawawi
|
3:15 | |
| B5 | Masihkah Ada Esok
Composed By – A. Ali
Lyrics By – Juwie
|
4:03 |
ARTIKEL BERKAITAN
Melayani Vokal Hebat Yunizar Hussein Menerusi Album Terbitan 1980