Usai fasa pandemik pasaran muzik kembali bernafas lapang dengan gerak kerja yang kembali normal. Biar tidak sebebas dulu, penyanyi sudah boleh berpentas seperti biasa, produser muzik kembali bergerak produktif di studio dan pemasaran muzik yang kondusif dapat dilaksanakan label rakaman dalam memasarkan muzik mereka.
Evolusi dalam muzik sentiasa harus diraikan, siapa yang bijak dalam memanipulasi bunyian sedia ada dengan sentuhan muzik yang segar pasti akan menemukan formula baru dalam memberikan satu nafas berbeza yang sangat diperlukan pasaran muzik tempatan.
Berbicara tentang muzik yang segar – Faithful Music berada di barisan hadapan dalam memberi infusi baru dalam meninggikan standard Pop tempatan. Usaha mereka dalam mengumpulkan bakat muzik di bawah satu bumbung dan menghasilkan karya bersifat kolaboratif berjaya menghasilkan naskhah original seperti Debu, Hanya Mahukan Bye, Buatku Sempurna, Sudi dan Berubah antaranya yang tercipta lebih current pastinya.
Tenaga baru dalam komposisi muzik on demand seperti Iqie Hugh, Mas Dewangga, John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Jova Devito meneruskan legasi komposer berpotensi tempatan dengan idea menarik dalam produksi muzik yang telah menghasilkan sound Pop yang pastinya cukup bagus bagi perkembangan Pop tempatan.
Yuji menjadi bakat baru yang harus diraikan, biar masih hijau potensi besar miliknya yang mampu menghasilkan sesuatu yang current, mudah digemari dan pada masa yang sama terhasil dalam kualiti yang sangat baik. Keseimbangan begini berjaya memberi ruang buatnya benar-benar popular tahun ini. Ruang luas buatnya di tahun hadapan harus digunakan sebaiknya.
Pasaran Pop seperti biasa diisi dengan nama-nama yang dominan sejak lima enam tahun kebelakangan ini. Lambakan Balada dalam pasaran membuatkan landskap Pop tahun ini semakin membosankan tanpa ilham baru dalam menjadikan Balada yang standardnya lebih baik daripada sebelumnya.
Namun Balada bukanlah satu-satunya jaluran muzik yang harus diberi perhatian. Bakat-bakat muda yang mengemudi muzik secara kendiri dalam mempersembahkan idea segar yang mereka ada harus turut diraikan dalam pasaran muzik semasa yang lebih luas pendengarnya. Dan dengan adanya akses mudah Spotify, YouTube juga TikTok hal ini tidak langsung mustahil jika kena pada caranya.
Tahun ini sekali lagi Muzik Kita meraikan pemuzik tempatan menerusi 50 Rilis Terbaik yang siap beredar sepanjang tahun ini.
1. DEBU (DAYANG NURFAIZAH & AMIR MASDI)
(Mas Dewangga / Jova Devito / Mike Chan / Firdaus Rahmat / Karim Karam / Acap Salim // Faithful Music / Nova Music)
“Debu” terhasil sebagai sebuah perspektif baru pasaran muzik tempatan dengan begitu baik sekali. Kolaborasi 6 penulis dalam satu lagu ini memberi pengalaman baru menikmati Pop tempatan yang mungkin belum pernah kita dengar sebelum ini. Komposisi melodinya bersulam kemasan muzik dalam turun naik momentum yang terhasil cukup berbeza. Persembahan top notch Dayang dan Amir menjadikan lagu ini cukup solid untuk bergelar lagu terbaik sepanjang tahun.
2. HILANG (KAKA AZRAFF)
(Ezra / Omar K // Warner Music Malaysia)
Probably the most poetic Pop yang terhasil tahun ini adalah lagu karya cipta Ezra bersama Omar K berjudul “Hilang” ini. Kesyahduan yang tercipta dalam melodi persembahan Kaka membuat kita larut dengan bait-bait puitis yang dikisahkan dalam penulisan lirik terbaik yang terhasil. Kemasan bahasa dalam perlambangan menyampaikan cerita terhasil indah ilham penulisan Ezra dan Omar dalam keseluruhan teks lirik lagu mentafsir erti kehilangan dipersembahkan begitu puitis dan cantik sekali susunan katanya.
3. PECAH GELAS (HAMBA)
(Amir Jahari / Sekalo Music Production)
Amir Jahari dewasa sebagai pemuzik dengan penampilan sebagai HAMBA menerusi lagu “Pecah Gelas”. Lagu ini diramu sebagai sebuah intepretasi muzik Amir yang kali ini kedengaran lebih Pop dengan pendekatan cukup kekinian. Seimbang dalam menyuntik idea baru pada masa yang sama berjaya dihasilkan dalam ramuan yang komersil. Amir juga cukup dewasa menerusi penulisan liriknya yang mengangkat sebuah cerita manusiawi bersulam pesan dan hemat. A rare gems!
4. RAKSASA (VIONA)
(Takahara Suiko / Venopia Enterprise)
Untuk menikmati lagu ini saya kira anda perlu benar-benar bersama membaca liriknya. Penulisan Takahara menjerit sebuah realiti batin dalam melodi quirky yang dihasillkan dengan cukup unik sekali. Momentum muziknya berbolak-balik tanpa struktur yang jelas dan full of surprises. “Raksasa” definitely one of a kind yang sangat jarang kita dapat dengar tetapi sangat diperlukan dalam memberi spektrum berbeza pasaran muzik tempatan. “Salah khilaf menjadi batu api pada kata kata yang, lama melayang.”
5. I.L.S.M (AISHA RETNO)
(Aisha Retno / Sony Music Malaysia)
Aisha retno future pop star yang sangat harus diraikan. Kredibiliti dalam penghasilan melodi yang memikat dan segar sudah diperakui sejak dia menghasilkan W.H.U.T tahun lalu. Dan tahun ini dia kembali menghasilkan sesuatu yang lebih berani pastinya menerusi “I.L.S.M” yang terhasil dalam ilham cukup dreamy dengan menolak ilham konservatif Pop tempatan. Beriring alunan vokal yang cukup kemas dan merdu sekali, Aisha membuat kita melayang dalam persembahan terbaiknya tahun ini.
6. OLD LOVE (YUJI & PUTRI DAHLIA)
(Yuji)
Yuji dengan kejayaan “Old Love” bergerak sebagai sebuah naskhah yang cukup booming tahun ini membuka mata ramai akan kebolehan miliknya untuk dikembangkan dengan baik pada masa mendatang. “Old Love” hadir sebagai sebuah naskhah yang sangat diperlukan pasaran Pop tempatan dengan approach yang cukup current seiring Pop lain yang ada di pasaran global. Sebuah Pop anak muda yang sangat boleh dibanggakan. Merdu dan mengikat.
7. BUAT KU SEMPURNA (VANESSA REYNAULD)
(Faizal Tahir / Mage / Sony Music Malaysia)
Instrumentasi serta susunan muzik dalam Balada ilham FT dan Mage ini antara yang paling cemerlang. Dikemaskan dengan vokal Vanessa yang menyempurnakan naskhah Balada terbaik tahun ini. Transisi verse ke korusnya bergerak dalam momentum yang cukup baik dalam menghasilkan sesuatu yang cukup sedap didengar dan pada masa yang sama kedengaran begitu segar berbanding Balada lainnya. Tastefully produced.
8. SATU MALAM DI TEMASEK (JOE FLIZZOW)
(SonaOne / Joe Flizzow / Def Jam Recordings Malaysia / Universal Music Malaysia)
Joe Flizzow menginjak kedewasaan dalam sebuah ekamatra bermuzik yang semakin personal dan matang. Lagu ini terisi dengan penulisan lirik yang berlapis pesan dan hemat yang ditulis berdasar pengalamannya. Baris tertulis sangat pasti mampu dirasai dalam balutan pemikiran juga sebagai sebuah kritikan sosial yang sangat pedas jika anda peduli dengan apa yang cuba Joe sampaikan.
9. BAD (DOLLA)
(Ludwig Lindell and Karl-Oskar “Cage” Gummesson / YonnyBoii // Universal Music Malaysia)
“Bad” is a banger yang sangat diperlukan pasaran Pop tempatan. Dolla menjadi bukti a good team work behind what we see itu akan menghasilkan satu branding yang sangat kuat. Lagu ini terhasil dengan visi besar yang tidak hanya untuk Dolla but if we look into the bigger picture ia memberi standard berbeza pasaran Pop tempatan. Sound yang terhasil cukup hebat malah tidak jauh daripada apa yang sudah dihasilkan banyak grup-grup pasaran global yang lain.
10. AKU DI SINI (ANDI BERNADEE)
(Robert Gerongco / Samuel Gerongco / Terence Lam Andi Bernadee / Andrew Pedersen Briol / Benicio Bryant / Mas Dewangga / Jova Devito / Mekar // Warner Music Malaysia)
Kesederhanaan dalam penghasilan melodi lagu ini dalam menghasilkan sesuatu yang cukup simple dalam sebuah produksi muzik yang sangat kemas. Tercipta cukup teliti menjadikan sound yang kita dengar cukup mewah. Penulisan lirik di lagu ini dihasilkan dalam susunan bahasa yang cukup santai tetapi tidak kedengaran canggung. Dan segala kesederhaan yang ada di lagu ini disempurnakan sebaiknya persembahan vokal Andi yang memberi justifikasi melengkapi keseluruhan lagu untuk bergerak sebagai salah satu rujukan Pop terbaik tahun ini.
11. Cinta Pasti Bersatu (Margosa & Aepul Roza)
12. Bernafas & Terus Bernyawa (Margosa)
13. Sudah (Nikki Palikat)
14. Pernahkah (Amir Jahari & Lydbie)
15. Impossible to Love You (Ai.Z)
16. Terpisah (Naim Daniel)
17. Maafkan Aku (Sang.Rawi)
18. Sama Seperti Dulu (Hael Husaini)
19. Hanya Mahukan Bye (Aziz Harun)
20. Menari Dalam Memori (FLQ / Dian / Acap Loko)
21. Rumah (The Impatient Sisters)
22. Sembunyikanlah (Crinkle Cut)
23. All I Ask (Fairuz Hussein)
24. Duit (Stacy)
25. Sutera (Aisha Retno)
26. Kecewa (YonnyBoii)
27. Smile Strong (Airliftz)
28. Damba (Khai Bahar)
29. Bahaya (Luqman Podolski)
30. Silir Semilir (Bayangan)
31. Tenaga (TUJU)
32. Cinta Yang Baru (Zamaera)
33. Astana (Ernie Zakri)
34. It’s Over (Ezra Kairo)
35. Berubah (De Fam)
36. Sempurna (Insomniacks)
37. Kembalikan (Ismail Izzani)
38. Senja (Heidi)
39. Aku Terluka (Nabila Razali)
40. Burn (Sarah Suhairi)
41. Melepaskanmu (Amylea)
42. Kau Ada (A.Limin)
43. Jauh Hati (Shila Amzah)
44. Cinta (Modread & Heidi)
45. Takluk Cinta (Hafiz Suip)
46. Adat Kasih (Ziha Salleh)
47. Tremendous (6ixth Sense)
48. Terus Hidup (Aina Abdul)
49. #IPN (Kirana Kay)
50. Perempuan (Jaclyn Victor)
ARTIKEL BERKAITAN
#502021 Meraikan Kepelbagaian Dalam Bermuzik Menerusi 50 Rilis Terbaik Sepanjang Tahun